5 RUKUN ISLAM
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Mengeluarkan zakat
4. Berpuasa di bulan ramadhan dan
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.
6 RUKUN IMAN
1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.
3 PERKARA YANG MESTI SENTIASA DISEMAK
1.Niat
2.Yakin
3.Ikhlas
-Setiap perkara bermula daripada niat ,samada ibadah ataupun pekerjaan .Jadi kita harus menjaga niat supaya ianya bulat hanya kerana ALLAH ta'ala
” Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs bin Umar bin Al-khattab bin Nufail bin ‘Uzza bin Rayaah bin Abdullah bin Qurthi bin Razaah bin ‘Adiyya bin Ka’aab bin Luaai bin Ghalib al-quraisy al-’adawiy redha Allah keatas nya berkata :
aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda : ” Sesungguhnya setiap amalan itu dimulai dengan niat, dan sesungguhnya keatas setiap manusia itu ( dibalas ) mengikut apa yang telah diniatkannya, barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah kerana Allah dan RasulNya, dan barang sesiapa yang berniat berhijrah kerana dunia atau perempuan yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu adalah kerana kedua-duanya ( dunia dan perempuan yang ingin dinikahi ).
( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )
-Menyakini bahawa hanya ALLAH SWT yang berkuasa keatas setiap sesuatu ,tiada kuasa selain ALLAH
Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaaq 65:12)-Ikhlaslah dalam setiap amal perbuatan tidak mengharapkan ganjaran kecuali rahmat dan redha ALLAH SWT semata mata
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.
(Al-Bayyinah 98:5)dan adalah lebih bermanafaat jika kesinambungan itu disertakan pula dengan mengingati ALLAH SWT di dalam hati setiap masa dengan kalimah tauhid
(LAA ILAAHA ILLALLAAH MUHAMMADA RASULLALLAH)
selawat dan
istigfar
0 comments:
Post a Comment