Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
(Luqman 31:15)Sungguh Nabi s.a.w. solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. `Aishah berkata kepada baginda: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal ALLAH telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.” Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Qur’an, hadis no: 4837.
Bagaimana pula kita menterjemahkan rasa syukur kita kepada ALLAH SWT ...
Adakah sekadar ucapan ...alhamdulilah
Begitu juga bagaimana kita menterjemahkan rasa syukur kepada kedua orang tua kita ...
Adakah dengan hanya menghulurkan wang ringgit tetapi tidak langsung menjengah mereka ,mengambil tahu keadaan mereka
kerana hanya kepada ALLAH SWT dan kedua orang tua kita sahaja yang boleh kita bersyukur
0 comments:
Post a Comment