Tiga Kategori Manusia
Mujahid Fathi Yakan di dalam kitabnya, Maza Ya’ni Intima-i Li al-Islam, telah menyatakan bahwa di dunia terdapat tiga katagori manusia.
Kategori Pertama
Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. Mereka dinamakan sebagai golongan ad-Dahriyyun. Sikap mereka jelas seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran:
Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. Mereka dinamakan sebagai golongan ad-Dahriyyun. Sikap mereka jelas seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran:
“Dan tentu akan mereka katakan: “Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan lagi ” .- Surah al-An’am: ayat 29
“Dan mereka berkata: “Kehidupan tidak lain hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa. Dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah mempersendakan sahaja.”
- Al Jatsiyah: ayat 24
Kategori Kedua
Golongan yang telah hilang pedoman, terumbang-ambing, aqidahnya telah celaru , mereka melakukan kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah SWT dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka membuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah SWT dan Hari Kiamat tetapi aqidah mereka hanyalah gambaran semata-mata yang terputus hubungan dengan aktiviti harian atau amalan hidup mereka. Mereka itu pada hakikatnya berfahaman materialistik walaupun kadangkala mereka melakukan kerja-kerja yang berbentuk kerohanian.

Kategori Ketiga
Golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebagai ladang tanaman untuk mendapat atau memungut hasilnya di akhirat kelak. Golongan ini benar-benar beriman dengan Allah SWT. Mereka mengetahui hakikat hidup serta memahami nilai dunia berbanding dengan Hari Akhirat. Allah SWT membandingkan mereka seperti dalam FirmanNya:

“Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain daripada permainan dan bersenda gurau semuanya. Dan sungguhnya kehidupan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu memahaminya.”- Surah al-An’am: ayat 32
Mereka yang benar-benar beriman menganggap dunia sebagai medan perlumbaan untuk mentaati Allah SWT dan mencari keredhaanNya. Seluruh bidang hidupnya (ilmu, perniagaan,pekerjaan, kekayaan, rumah, masa dan fikiran) diarahkan kepada jalan Allah SWT , tidak ada sesaat pun untuk berpesta maksiat dengan kemudahan yang Allah berikan termasuk semua pancaindera yang ada pada kita.adalah milik Allah SWT.
Oleh itu marilah kita perbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan zikrullah atau solat dengan penuh keikhlasan mengharapkan hanya rahmat dan redha ALLAH semata-mata .
0 comments:
Post a Comment