Monday, 18 March 2019

1 Fakta



INI ADALAH FAKTA YG MANUSIA WAJIB TAHU SUPAYA MEREKA DAPAT MENJADI HAMBA ALLAH.

Hamba itu bermaksud seorang yang patuh dan taat kepada tuan nya atau raja nya. Ramai di antara kita yg mahu menjadi hamba Allah tetapi tidak tahu bagaimana kah cara nya.

Sebelum mengenal Allah, manusia hendaklah mengenal diri mereka sendiri supaya mereka dapat membezakan yg Haq (Benar) dan yg Bathil (Salah) .

Dalam diri manusia ada hati, akal dan roh.  HATI merupakan Raja yg mengawal akal dan roh kita. Tetapi di masa yg sama juga, di wujudkan nafsu yg terletak dekat dengan hati yg fungsi nya ialah untuk membisik kan lintasan-lintasan yg jahat supaya mendorong manusia melakukan dosa. Akal pula akan menerima lintasan jahat itu dan mula merancang bagaimana hendak melaksanakan nya. Manakala roh lah yg akan menerima balasan nya bila mati nanti kerana tubuh badan kita sudah tentu akan reput dan hancur menjadi tanah dan tidak akan merasakan azab itu.

Nabi kita bersifat maksum kerana baginda telah dua kali di bedah untuk di buang nafsu nya. Tetapi kita orang awam sudah tentu tidak begitu. Namun apa yg kita boleh lakukan hanya lah dengan meletak kan nafsu itu jauh dari hati dengan senantiasa memuji Allah dengan kalimah tauhid "La illa ha illa Allahu muhammadur rasullullah".

Tauhid ini bukan perkara main-main. Tanpa tauhid, setinggi mana pun ilmu seseorang itu,  ia akan tewas dengan cobaan harta , takhta dan perhiasan dunia. Tetapi saya akui utk menanam kan tauhid dalam hati bukan perkara yg mudah maka kita kena berazam untuk melatih hati. Mungkin kita boleh mula kan setiap kali selepas solat. Dan seterusnya latih untuk istiqomah pada masa-masa yang lain. Ini merupakan jihad kita di akhir zaman 'untuk melawan hawa nafsu". Apabila hati kita bersih maka sudah tentu akal dan roh akan turut bersih. Apabila hati itu bercahaya maka wajah kita pun akan turut bercahaya. Ini lah yg di namakan mengenal diri. Maka apabila kita sudah mengenal diri pasti kita akan dapat mengenal Allah. Kita akan taat dan patuh melakukan amalan yg Allah perintahkan dan meninggalkan amalan yg di larang. Kita dapat membeza kan yg Haq dan yg Bathil. Allahualam.

Janganlah kita jadi hamba nafsu yang sentiasa mengajak kita melakukan kemungkaran kepada ALLAH

Terima kasih kerana membaca. Saya sekadar berkongsi. Saya juga manusia yg lemah dan melakukan dosa.
Ilmu tanpa amal adalah sia-sia dan amal tanpa ikhlas lagi sia-sia

Sekira nya ada keraguan boleh email saya
Copy paste dari tulisan sahabat saya Sheikh Abd Wahid

1 comments:

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates