Bukannya kita istigfar itu 70kali sekali kita berzikir
Apabila teringat dosa kita zikirlah istigfar sampai hati terasa tenang
Surah Ar-Rad, Verse 28:
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Selang dua tiga jam teringat lagi dosa dosa kita kepada ALLAH
Istigfar lah lagi ,hingga hati tenang
Dan begitulah sebenarnya Junjungan Besar Kita Nabi Muhammad SAW
amalkan untuk kita contohi
Aku sendiri salah faham selama ini ,aku menyangka maksud hadis soheh
Rasulullah SAW istigfar sehari 70kali atau 100kali itu
Sekali Rasulullah SAW istigfar terus 70 atau 100kali kemudian Baginda akan teruskan dengan zikir yang lain
Rupanya sangkaan aku meleset ,tidak menepati kehendak ALLAH dan seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW
Jadi kita orang awam ,jika dalam sehari kita teringat akan dosa kita kepada ALLAH hanya 3 atau 4kali pon dah amat memadai
Aku sendiri masih tidak teringat akan dosa dosa aku di dalam sehari
MasyaAllah takut sebenarnya
Terlalu banyak dosa dan maksiat kita kepada ALLAH dalam sehari
Tetapi kita tidak pon rasa bersalah dan rasa berdosa kepada ALLAH
Jauhlah nak zikir istifar mohon keampunan kepadaNya
Ayuh kita didik hati supaya sentiasa mengingati ALLAH SWT
Sebenarnya selepas kita istighfar dan merasa hati dah tenang
Teruskanlah di dalam hati dengan zikrullah kalimah tauhid
لا اله الا الله محمد رسول الله
Jangan berhenti kalimah tauhid di dalam hati
In syaa Allah
Sama sama kita kembali mentauhidkan ALLAH SWT
KUNCINYA IKHLAS
Astagfirullahhalazim = istigfar
Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [Riwayat al-Bukhari (6307)]
0 comments:
Post a Comment