Tiada lain hanya dengan mentauhidkan Allah
Minggu lepas berbual dengan seorang sahabat aku
Dia ada mengikuti kelas pengajian tentang tauhid
Padanya susah kerana tak boleh ponteng
Jika ponteng akan tidak sempurna pengajian itu
Bila aku ceritakan hanya perbanyakkan mengingati Allah di dalam hati
Dengan kalimah tauhid ,selawat dan istigfar
Dan kuncinya ikhlas
Dia terkejut ,itu je
Katanya
Buatlah sebab islam itu agama amal
Buat akan merasai
Sama seperti ada ilmu tapi tak amalkan
Masih belum tentu beriman
Tetapi jika beriman ,pasti berilmu
Itulah tembok yang paling ampuh di akhir zaman
Yg boleh selamatkan kita dari tipu daya syaitan, dajjal, yakjut dan makjut
Dan itulah juga kebangkitan islam di akhir zaman
Apabila umat manusia kembali mentauhidkan Allah dengan ikhlas sepertimana zaman kegemilangan islam dahulu
"Aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitab Allah dan Sunnah RasulNya”
(Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Malik, al-Hakim dan al-Baihaqi)
0 comments:
Post a Comment