Saturday, 30 September 2023

0 Waris

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Furqan, 20:

Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan kami jadikan sebahagian kamu cobaan bagi sebahagian yang lain. Maukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu maha Melihat.


Daripada Abdullah bin Mas’ud R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Sekiranya tidak berbaki daripada dunia itu melainkan hanya satu hari nescaya Allah akan memanjangkan hari tersebut sehinggalah Dia mengutuskan seorang lelaki pada hari tersebut yang mana lelaki itu dari kalangan aku – atau dari ahli baitku – Namanya berbetulan dengan namaku dan nama bapanya berbetulan dengan nama bapaku. Dia akan memenuhi bumi dengan penuh adil dan saksama sebagaimana ia (bumi) dahulunya dipenuhi oleh kegelapan dan kezaliman.

Riwayat Abu Dawud (4282)


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir



Thursday, 28 September 2023

0 Ikuti Beliau

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah al-Ahzab, 21 :

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)


Contohi Akhlak Rasulullah SAW

(HR Muslim No : 2309) Status: Hadis Sahih.

Daripada Anas bin Malik RA berkata : Aku telah berkhidmat kepada Rasulullah SAW selama 10 tahun, Demi Allah, Baginda SAW tidak pernah berkata kepadaku “ Uff ” dan tidak pernah berkata kepadaku kerana sesuatu : Kenapa awak buat begini ? Kenapa awak tidak buat begini ? 


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir



Tuesday, 26 September 2023

0 Sokonglah

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah al-Anbiya, 107 :

"Kami tidak utus engkau (wahai Muhammad) melainkan

untuk membawa rahmat bagi semesta alam."


Daripada Abu Soleh RA, beliau berkata: “Adalah Nabi SAW (pada suatu hari) menyeru para sahabat: “Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) Bahawa sesungguhnya daku ini adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah SWT kepada seluruh alam).” 

(Hadith riwayat Ad-Darimi, No: 15, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, No: 98, beliau berkata: ” Hadith ini adalah sahih dengan mengikuti syarat-syarat yang telah digariskan oleh Imam al-Bukhari & Muslim).


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir



Sunday, 24 September 2023

0 Kenapa Memikirkanya

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Qamar, 17,22,32&40:

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?


Empat kali Allah SWT ulang, adakah kita memikirkanya ? 


Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Al-Quran ini adalah hidangan Allah SWT. Oleh itu hadaplah hidangan Allah itu sepuas hati kamu. Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutinya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang. Bacalah kerana Allah, maka akan memberikan kamu ganjaran jikan kamu membacanya setiap satu huruf sepuluh ganjaran. Saya tidak katakan Alif Laam Miim sebagai satu huruf tetapi alif sepuluh dan laam sepuluh dan miim sepuluh.”

Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak 

(1/555) dan Fadhail al-Quran oleh Ibn Kathir


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Wednesday, 20 September 2023

0 Hakikatnya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Hud, 47:

Nuh berkata: Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi".


Hadis Sunan At-Termizi Jilid 3. Hadis Nombor 2002.

Hannad menceritakan kepada kami, Abu Muawiyah menceritakan kepada kami, dari Al-Amasy dari Abi Sufyan dari Jabir berkata: "Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya syaitan benar-benar putus asa agar disembah oleh orang-orang ahli solat tetapi ia berusaha menyebarkan permusuhan di antara mereka." Dalam bab ini terdapat hadis dari Anas, Sulaiman bin Amr bin AIAhwash dari ayahnya. Hadis ini adalah hasan dan Abu Sufyan adalah Thalhah bin Nafi'.


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir



Sunday, 17 September 2023

0 Sujud Dan Merendah Diri

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Baqara, 34:
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1423.
Mewartakan kepada kami ,Abdurrahman bin Ibrahim. mewartakan kepada kami Al-Walid bin Muslim: mewartakan kepada kami 'Abdurrahman bin 'Amr, Abu 'Amr Al-Auza'iy, dia berkata: Mewartakan kepadaku Al-Walid bin Hisyam Al-Mu'aitiy, mewartakan kepadanya Ma'dan bin Abu Thalhah Al-Ya'muriy, dia berkaia: "Wartakanlah kepadaku sebuah hadis, semoga Allah memberikanku manfaat dengannya." Dia melanjutkan. "Namun dia diam." Kemudian aku bertanya kembali seperti itu, namun dia tetap diam. Demikianlah sampai aku bertanya tiga kan. Akhirnya dia berkata kepadaku: "Bersujudlah kepada Allah. Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah Saw. bersabda: "Tiada seorang hamba yang bersujud sekali kepada Allah, melainkan Allah akan mengangkat dengan sujudnya itu satu derajat, dan menghapus daripadanya satu dosa." Ma'dan berkata: "Kemudian aku menemui Abud-Darda-, dan Aku menanyainya, lantas dia menjawab seperti itu juga."

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir

Thursday, 14 September 2023

0 Beginilah Cara Sebenar

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Ghafir, 60:

Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".


Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1736.

Dari Jabir r.a., katanya: Nabi saw. telah mengajarkan kepada kami istikharah (memohon kepada Allah agar ditunjukkan pilihan yang benar ketika berada dalam keadaan ragu) dalam segala urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. "Kalau seorang bermaksud mengerjakan sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, selain yang fardu, kemudian berdoa: Ya Tuhan ku! Saya mohon diberi pilihan yang benar dengan pengetahuan-Mu, saya mohon diberi tenaga dengan kekuatan-Mu, dan saya memohon kurnia-Mu yang maha besar. Engkaulah yang berkuasa, saya tidak berkuasa. Engkaulah yang mengetahui, saya tidak mengetahui. Engkaulah yang maha mengetahui segala yang ghaib (tidak kelihatan). Ya Tuhan ku! Kiranya Engkau mengetahui bahawa hal ini baik untuk saya dalam hal agama saya dan penghidupan saya dan pada akhirnya berakibat baik bagi saya, atau baik bagi saya untuk jangka pendek dan jangka panjang, maka jadikanlah saya sanggup mencapainya. Tetapi sekiranya Engkau mengetahui bahawa hal ini tidak baik bagi saya dalam soal agama saya dan penghidupan saya, dan pada akhirnya berakibat tidak baik bagi diri saya, atau tidak baik bagi saya untuk jangka pendek maupun untuk jangka panjang, maka jauhkanlah saya dari hal itu dan jauhkanlah hak itu dari saya. Berilah saya kesanggupan untuk memperoleh kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah saya rela gembira dengan hak itu." Kemudian ia menyebutkan hak apa yang dimaksudkannya itu.


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir

Tuesday, 12 September 2023

0 Selayaknya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah An-Noor, 55:

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.


Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0380.

Aswad r.a. bercerita: "Pada suatu kali kami berada dekat Aisyah r.a., lalu kami berbincangkan masalah menetapi solat berjemaah dan memuliakannya. Kata 'Aisyah, "Ketika Rasulullah saw. sedang solat keras menjelang akhir hayat beliau, waktu solat tiba dan orang pun telah azan; maka berkata beliau, "Suruhlah Abu Bakar supaya dia mengimami solat berjemaah dengan orang banyak." Dijawab orang, "Abu Bakar seorang penyedih hati. Kalaulah dia yang menggantikan anda, dia tidak akan sanggup solat menjadi imam bagi orang banyak." Rasulullah mengulangi perintahnya sampai tiga kali, tetapi orang itu mengulangi jawabnya pula hingga tiga kali. Akhirnya Rasulullah saw. bersabda: "Kamu semua (wanita) sahabat-sahabat Yusuf. Suruhlah Abu Bakar solat dengan orang banyak!" Abu Bakar datang, dia solat menjadi imam bagi orang banyak. Ketika Nabi merasa agak ringan penyakitnya, beliau datang ke masjid dengan dipapah oleh dua orang (Abbas dan Ali). Seolah-olah masih kelihatan olehku bagaimana Nabi mengheret kakinya kerana sakit. Dan Abu Bakar hendak undur ke belakang. Tetapi diisyaratkan oleh Nabi kepadanya supaya dia tetap di tempatnya. Kemudian beliau dipapah/didudukkan orang di dekat Abu Bakar."


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Teguran nasihat

mencariygbenar@gmail.com

Saturday, 9 September 2023

0 Inilah Kuncinya

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Isra, Verse 44:
Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.

Dari Ibnu Abbas Radiallahu-Anhuma bahawa Rasulullah Sallallaahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Demi yang diriku ditangannya (kekuasaannya), jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah Lailaha illallah di sebelah yang lain, maka dacing kalimah (Lailaha illAllah) itulah yang lebih berat”.
(Hadith riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Surah Al-Ahzab, 56:
Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.

-اللهم صل على محمد وعلى آل محمد

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda;
Maksudnya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali”. [Riwayat al-Bukhari (6307)]

-أستغفرالله

Surah Al-Baqara, Verse 156:
(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun".

-إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

-Lazimkan, didiklah hati agar sentiasa mengingati Allah/berzikir.
Ketika resah gelisah perbanyakkan selawat
Ketika terbuat dosa @ terkenang dosa lampau perbanyakkan istigfar
Ketika hati terasa tenang perbanyakkan kalimah tauhid
Dan apabila di timpa musibah perbanyakkan innalillahiwainailairojiun

Syaitan boleh mengaku dirinya Allah
Tetapi dia tidak boleh mengaku dirinya Muhammad
Perbanyakkanlah zikir kalimah tauhid
Didalam hati dengan penuh keikhlasan
In sya Allah kita terpelihara

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir

mohon subscribe link di bawah
& share agar lebih ramai mendapat dakwah akhir zaman
mencariygbenar@gmail.com
https://t.me/dakwahakhir

Friday, 8 September 2023

0 Semailah

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Ibrahim, Verse 24-25:
Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,
pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1472.
Dari Abu Hurairah r.a.: Ada orang bertanya: "Hai Rasulullah! Siapakah manusia yang termulia?" Beliau menjawab: "Yang paling bertaqwa kepada Allah (mematuhi perintahNya)". Mereka berkata: "Bukan ini yang hendak kami tanyakan kepada tuan". Beliau bersabda: "Jika begitu, Yusuf Nabi Allah anak Nabi Allah dan anak kekasih Allah". Mereka berkata: "Bukan ini yang hendak kami tanyakan kepada tuan". Beliau bersabda: "Kalau begitu, tentu kamu hendak menanyakan kepada saya tentang keperibadian orang Arab. Mereka yang baik pada masa jahiliah, mereka itulah yang lebih baik dalam zaman Islam, jika mereka mengerti".

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir

Monday, 4 September 2023

0 Tali Yang Wajib Di Pegang

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Aal-e-Imran, 103:
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2267.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Manusia itu seperti bahan galian emas dan perak. Mereka yang pilihan di zaman jahiliyah, pilihan juga di dalam Islam, selama mereka memahami ajaran Islam itu. Dan ruh (jiwa) adalah bagaikan parajurit yang aneka ragam. Bila saling mengenal bersatulah mereka, dan bila tidak saling mengenal, mereka berpecah belah."

-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates