بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Surah al-Ahzab, 21 :
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)
Contohi Akhlak Rasulullah SAW
(HR Muslim No : 2309) Status: Hadis Sahih.
Daripada Anas bin Malik RA berkata : Aku telah berkhidmat kepada Rasulullah SAW selama 10 tahun, Demi Allah, Baginda SAW tidak pernah berkata kepadaku “ Uff ” dan tidak pernah berkata kepadaku kerana sesuatu : Kenapa awak buat begini ? Kenapa awak tidak buat begini ?
-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.
Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir
0 comments:
Post a Comment