بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Surah As-Saff, 10:
Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2407.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa, Rasulullah saw bersabda: "Perumpamaan orang bakhil dan orang dermawan itu bagaikan dua orang yang memakai baju besi. Baju itu terasa sesak oleh mereka, setiap orang dermawan itu ingin bersedekah, maka baju itu bertambah longgar hingga dapat menutupi seluruh tubuhnya, tetapi orang bakhil itu jika ingin bersedekah, maka baju itu semakin menyempit dan menyepitnya hingga kedua bahunya menjadi satu dengan lehernya, dan saya mendengar Rasulullah saw bersabda: ia berusaha melonggarkan bajunya, tetapi tidak dapat."
-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.
Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir
0 comments:
Post a Comment