Tuesday, 31 October 2023

0 Sokonglah Semampu

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Anfal, 73:

Adapun orang-orang yang kafir, sebagian mereka menjadi pelindung bagi sebagian yang lain. Jika kamu (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, niscaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerusakan yang besar.


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2991.

Dari Abu Abdur Rahman Al Hubuly dari Abu Sa'id Al Khudry ra. berkata: "Rasulullah saw. bersabda kepadaku: "Wahai Abu Said, siapa yang redha ber-Tuhan-kan Allah, dan menerima Islam sebagai agamanya , serta mengakui Muhammad sebagai Nabinya, maka telah wajib syurga baginya". Maka saya merasa hairan atas sabda beliau itu, dan saya katakan: "Ulangilah apa yang kau sampaikan padaku itu, wahai Rasulullah?" Maka beliau mengulanginya lagi, kemudian beliau menambahkan:"Dan amalan lain, yang dengan itu Allah akan mengangkat darjat seorang hamba di syurga setinggi seratus darjat, di mana jarak setiap dua darjat bagaikan jarak antara langit dan bumi". Tanya saya: "Amalan apakah itu, wahai Rasulullah?" Jawab beliau: "Berjihad di jalan Allah, jihad di jalan Allah."


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir



0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates