Thursday, 24 January 2013

0 tertipu



di dalam mencari rahmat dan redha ALLAH aku seringkali tertipu
tertipu apakah yang harus di utamakan dahulu di dalam kehidupan seharian
aku tertipu dengan diri sendiri sebenarnya
kerana aku seringkali mengutamakan hak-hak diri aku dahulu
kemudian barulah aku laksanakan hak-hak ALLAH SWT

dan kerana itulah pentingnya taat dan patuh kepada segala perintah ALLAH dan RASUL
kesan daripada mentaati dan mematuhi segala perintah ALLAH dan RASUL
akan membuatkan kita sentiasa ingin selaraskan kehandak diri kita mengikut kehendak ALLAH SWT di dalam kehidupan seharian
taat dan patuh juga bererti
kita tunduk atau merendah diri
dalam kata lain tidak sombong
sombong bukan hanya kepada makhluk
ini sombong kepada (khaliq)pencipta kita sendiri

itulah juga kesannya
apabila aku sendiri tidak mahu tunduk sepenuhnya kepada segala perintah ALLAH dan RASUL
walaupun aku mengetahui akan kesalahan yang aku akan buat
atau perkara yang aku lakukan itu tidak selaras dengan kehendak ALLAH SWT
aku tetap lakukan juga
aku tiada kekuatan hendak menepis bisikkan-bisikkan syaitan
padahal hanya bisikkan ,bukannya ancaman bunuh

betapa pentingnya mentauhidkan ALLAH SWT dengan penuh keikhlasan
kerana hanya dengan ikhlas kita akan ada kekuatan
apabila ikhlas juga barulah kita akan bersungguh-sungguh
semoga kita terpelihara daripada tipudaya syaitan
dengan mengikhlaskan segala ibadah atau perbuatan kerana ALLAH SWT

dan keikhlasan itu juga  dapat dirasakan dari seketul daging di dalam tubuh jasad anak Adam dan itu adalah qalbu (hati)

”Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” maksud Hadis.

 “Dan tiadalah mereka disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama kepadanya.”
(surah Al Bayyinah 5)

firman ALLAH dalam hadis qudsi

“Bermula ikhlas itu satu rahsia daripada rahsia aku, aku taruhkan ia dihati hamba yang aku kasihi daripada hamba-hamba ku.”
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

"Melainkan hambu-hambuMu yang ikhlas dari antara mereka".
(Al-Hijr 15:39-40)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang merendah diri;
(Al-Baqarah 2:45)

aku berpesan kepada diri aku sendiri terutamanya dan kepada pembaca-pembaca blog MK
marilah kita perbaharui niat mentauhidkan ALLAH SWT di dalam hati kita tanpa menduakanNya 
dan marilah kita memperbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan solat atau zikrullah

wallahhualam 

in sya allah ...

Monday, 21 January 2013

0 diri ?



"Pandu Dengan Cermat
Sayangilah DIRI Anda"

Aku baru balik dari 'outstation'
dalam perjalanan tadi aku ternampak satu papan tanda
berbunyi seperti di atas

jika sekali baca ,seperti tiada yang salah pada maknanya
malah memberi peringatan kepada kita
supaya lebih berhati-hati ketika memandu

inilah permasalahnya
pada diri aku ...
kenapa aku asyik mengulang-ulangi kesalahan yang sama
walaupun aku mengetahui bahawa perkara itu adalah tidak selaras dengan kehendak ALLAH SWT
tiada kekuatan untuk aku tegakkan kebenaran di dalam diri aku sendiri
bagaimana pula aku hendak menegakkan kebenaran dii sekeliling aku ?

DIRI ...
kerana tunduk dengan kehendak dirilah aku gagal untuk laksanakan perintah ALLAH dan RASUL
kerana mengikut keseronokkan diri sendiri
aku akan buat apa yang penting untuk diri aku sendiri dahulu daripada menunaikan kehendak ALLAH dan RASUL
bermakna aku meninggikan diri aku sendiri di dalam hati aku
bukannya ALLAH SWT yang paling tinggi di dalam hati aku


...ketika baru balik dari peperangan yang dasyat melawan kaum musyrikin ,Rasullallah SAW bersabda yang bermaksud :


Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar .Sahabat terkejut dan bertanya ,"Peperangan apakah itu wahai RAsullallah ?"Baginda berkata ,:Peperangan melawan hawa nafsu." 


(Riwayat Al Baihaqi)



kita di sarankan supaya selalu muhasabah diri ,mencerca diri sendiri
kerana kita mengikut dialah kita selalu gagal di dalam hendak menunaikan hak-hak ALLAH dan RASUL di dalam kehidupan kita seharian
kita juga tidak boleh merujuk atau bertanya kepada diri sendiri pada setiap permasalahan ,kita mesti bermohon bertanyakan kepada ALLAH SWT di dalam hati
walaupun kita tidak mendengar apa jawapan daripada ALLAH
yakinlah jika kita banyak mengingati ALLAH SWT di dalam hati kita
in sya allah kita akan mendapat lintasan yang baik-baik di hati

jagalah diri sendiri
jangan besarkan diri sendiri
besarkanlah ALLAH SWT di dalam diri kita dan tinggikanlah kedudukkan ALLAH SWT di dalam hati kita dengan mentauhidkanNya dan banyak mengingatiNya


Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala) ...
(At-Tahriim 66:6)

wallahhualam

in sya allah ...

Friday, 18 January 2013

0 ikut siapa



“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu kitab ALLAH (al-Quran) dan Sunnahku.”
(Hadis Riwayat Malik Ibn Anas)

Para nabi dan para rasul sentiasa bersedia hendak melaksanakan perintah atau petunjuk daripada ALLAH   SWT
dan sebaliknya dengan keadaan diri aku  
sepatutnya semakin banyak aku mengingati ALLAH SWT 
samada dengan zikrullah atau solat 
aku semakin mentaati dan mematuhi segala perintah ALLAH dan RASUL

akan tetapi 
aku masih terus-terusan melanggar perintah ALLAH 
malah aku berani buat kemungkaran yang baharu
tanpa merasai takutnya kepada ALLAH SWT 

apabila direnung-renung 
rupanya-rupanya niat setiap amal perbuatan aku dah mula lari dari paksi keikhlasan 
jadi hati aku menjadi kotor walaupun aku masih mengingati ALLAH dan masih menjaga solat samada yang wajib atau yang sunat 

samada sedari atau tidak 
sebenarnya aku mula tidak memberi tumpuan kepada ibadah sunat 
puasa isnin khamis menjadi berat untuk aku laksanakan 
ada saja alasan atau sebab yang membuatkan aku tidak dapat berpuasa 
kemudian solat malam semakin dipinggirkan 
kalau buat pun sekadar witir satu rakaat 
istiqomah ...jangan ceritalah 
memang selang seli ikut suka 
bukannya ikut nabi lagi atau mengikut kehendak ALLAH SWT dan RASUL

kerana itulah pentingnya kita menguasai AGAMA
kita akan sentiasa selaraskan kehendak kita mengikut kehendak ALLAH dan RASUL dengan keikhlasan dan mentaati serta mematuhi segala perintah ALLAH dan RASUL dengan ketakwaan (tidak sombong)
dan apabila AGAMA yang mengusai kita
kita akan menjadi sombong 
menganggap diri beriman dan kita saja yang betul dalam setiap perkara ,orang lain semua salah 

aku berpesan kepada diri aku terutamanya 
marilah kita sama-sama perbetulkan semula niat 
perbanyakkanlah mengingati ALLAH SWT samada dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas 
dan tingkatkan lagi mentauhidkan ALLAH SWT di dalam hati kita 

wallahhualam

in sya allah ...

Monday, 7 January 2013

0 pertahankan



Benteng-Benteng Iman

Iman memerlukan benteng yang kukuh yang dapat menahannya daripada terlucut daripada diri seseorang. Antara bentengbenteng
penyelamatnya ialah:

Yakin: Yakin terhadap semua rukun- rukun Iman dan Islam.

Ikhlas: Membuat atau meninggalkan sesuatu perkara hanya kerana Allah.

Istiqamah: Menyempurnakan amalan wajib serta meninggikan pangkat dan darjat di sisi 
                     Allah s.w.t.

Beramal Soleh: Melakukan amal soleh sedikit tetapi berkekalan ianya lebih baik dan berkesan daripada banyak tidak istiqamah (berterusan).

Mengawal Iman: Dari gangguan nafsu dan syaitan.

Bertertib: Menjaga adab, kesopanan dan kehalusan lahir dan batin dalam beramal



Saturday, 22 December 2012

0 apa yang menjamin ?




Amalan zikir jamin puasa sempurna, dorong diri sentiasa berusaha untuk kebaikan
PUASA adalah urusan peribadi seorang hamba dengan Allah. Begitu rahsia sifatnya kerana tiada siapa yang tahu apakah seseorang itu benar-benar berpuasa atau dia hanya berpura-pura. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Puasa juga berperanan membentuk kasih sayang dalam diri hamba kepada Allah. Ibadat yang istimewa itu berhasil mengajar kita mengenai rahsia ketundukan dan kesabaran di atas perintah-Nya.
Bukan senang mendapat pahala puasa yang dijanjikan Allah. Entah-entah ibadat puasa itu mungkin rosak oleh pengaruh persekitaran dipenuhi gangguan hawa nafsu yang bersekutu.
Ada beberapa tanda menunjukkan puasa seseorang itu cacat seperti dijelaskan melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan dusta maka Allah tidak berhajat kepada usahanya meninggalkan makan dan minum (puasanya).” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Mengapakah Allah amat membenci lidah yang suka bermaksiat sehingga memberi amaran kepada orang yang berpuasa dengan amaran begitu keras? Tidak dinafikan jenayah lisan bukan hanya menjadi penyebab rosaknya puasa, tetapi ia juga menjadi sumber kerosakan segala ibadat.
Jenayah lisan juga menjadi racun yang mematikan kasih sayang dalam pergaulan sesama insan, menyuburkan benih dendam dan kebencian dalam persaudaraan. Apabila manusia terdedah kepada bahaya fitnah, saling mencela, berprasangka buruk atau menghina secara terang-terangan maka akan rosaklah kehidupan yang asalnya aman dan damai.
Justeru, strategi paling berkesan bagi menghindari maksiat lisan sudah diajar Baginda SAW melalui penyaksian Ummul Mukminin Aisyah yang berkata:
“Sesungguhnya Rasulullah sentiasa berzikir kepada Allah setiap saat.” (Hadis riwayat Muslim)
Alangkah eloknya apabila kita boleh memujuk diri dan membulatkan tekad untuk sentiasa berzikir seperti mana amalan Baginda SAW.
Walaupun tujuan sebenarnya ialah untuk menghadirkan Allah pada setiap perbuatan, supaya lurus segala amal zahir dan batin, amalan zikrullah juga diyakini boleh menyibukkan lidah dan hati sehingga keduanya tidak berpeluang melakukan maksiat.
Zikrullah menjamin puasa yang sempurna, hati hidup dan jasad sentiasa bergerak untuk kebaikan.
Selepas memahami tanda puasa yang cacat dan ubat mujarab untuk mengubatinya, seharusnya kita juga menggali kefahaman mengenai tanda puasa yang sempurna iaitu:
Ikhlas beramal secara sembunyi dan terang-terangan.
Setiap mukmin yang beramal ada kalanya terpaksa menghadapi bisikan hati yang ragu-ragu terhadap amalannya itu. Bisikan itu memujuk supaya menyembunyikan amal daripada pandangan manusia sebagai syarat keikhlasan.
Padahal fitrah manusia suka kepada pergaulan, saling mempengaruhi dan berhubungan satu sama lain.
Maka tidak menjadi kesalahan melakukan amal secara terang yang dilakukan berjemaah atau di hadapan khalayak ramai. Amal yang terang di hadapan orang lain tidaklah kecil kedudukannya di samping amalan tersembunyi.
Kesan dari melakukan amal secara terang amatlah baik untuk persekitaran kita. Bukankah amal itu boleh menjadi teladan untuk diambil peringatan?
Nyata silapnya pandangan mengenai amal yang dilakukan dengan terang-terangan kononnya dapat merosakkan niat. Sedangkan hadis Rasulullah SAW menjelaskan yang mafhumnya:
“Sesiapa yang menunjukkan kebaikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.” (Hadis riwayat Muslim)
Tetapi hasutan syaitan tidak akan pernah menyerah untuk memperdaya manusia, dibisikkan ke dalam hati orang yang beramal secara terang-terangan itu mengenai bahaya riak supaya orang itu mengalami keraguan dan akhirnya langsung meninggalkan amal.
Cara ubati was-was yang dihembus syaitan seperti diterangkan al-Imam Fudail bin ‘Iyyad katanya: “Meninggalkan amal kerana manusia itu adalah riak. Beramal kerana manusia itu adalah syirik. Adapun ikhlas ialah Allah menyelamatkan kamu daripada keduanya.”
Reda dan gembira
Tanda puasa yang sempurna selain ikhlas kepada Allah ialah reda dan gembira. Tidak merasa berat melakukan ibadat bahkan merasa gembira dengan mengingat janji Allah kepada orang yang berpuasa.
Janji-janji Allah itu dikhabarkan Rasulullah SAW dalam hadis Baginda antaranya:
Pertama ialah pahala istimewa yang menjadi rahsia Allah disimpan untuk orang yang berpuasa. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Allah berfirman:
Puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Janji Allah yang kedua, diampun segala dosa seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang berpuasa dengan keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Ketiga, dijauhkan dari api neraka. Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidaklah seorang hamba yang mengerjakan puasa satu hari kerana Allah, melainkan Allah menjaga dirinya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun kerana puasanya yang sehari itu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Keempat, imbalan tunai dan kesihatan jasmani. Sebelum pakar kesihatan mengkaji dan menemukan manfaat puasa,
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Berpuasalah nescaya kamu akan sihat.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kelima, doa yang tidak akan ditolak. Rasulullah SAW menegaskan dengan sabdanya yang bermaksud:
“Tiga orang yang doanya tidak akan ditolak; pemimpin adil, orang berpuasa sehingga dia berbuka dan orang yang teraniaya.” (Riwayat Ahmad, al-Nasai, al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Keenam ialah masuk syurga melalui Bab al-Rayyan. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Barang siapa yang termasuk golongan orang mengerjakan sembahyang maka ia akan dipanggil dari pintu solat.
Barang siapa termasuk golongan orang melakukan jihad, maka ia akan dipanggil dari pintu jihad. Barang siapa termasuk golongan orang yang berpuasa maka dia akan dipanggil dari pintu al-Rayyan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Enam ganjaran tadi boleh menjadi pemacu ke arah kesempurnaan puasa. Saat menahan lapar dan dahaga, ketika menghidupkan malam dengan ibadat, membaca al-Quran pada siang hari, bersedekah, bekerja dan menuntut ilmu, ketika zikrullah tidak terlucut dari hati dan lisan, ingatlah enam ganjaran ini.
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates