"Pandu Dengan Cermat
Sayangilah DIRI Anda"
Aku baru balik dari 'outstation'
dalam perjalanan tadi aku ternampak satu papan tanda
berbunyi seperti di atas
jika sekali baca ,seperti tiada yang salah pada maknanya
malah memberi peringatan kepada kita
supaya lebih berhati-hati ketika memandu
inilah permasalahnya
pada diri aku ...
kenapa aku asyik mengulang-ulangi kesalahan yang sama
walaupun aku mengetahui bahawa perkara itu adalah tidak selaras dengan kehendak ALLAH SWT
tiada kekuatan untuk aku tegakkan kebenaran di dalam diri aku sendiri
bagaimana pula aku hendak menegakkan kebenaran dii sekeliling aku ?
DIRI ...
kerana tunduk dengan kehendak dirilah aku gagal untuk laksanakan perintah ALLAH dan RASUL
kerana mengikut keseronokkan diri sendiri
aku akan buat apa yang penting untuk diri aku sendiri dahulu daripada menunaikan kehendak ALLAH dan RASUL
bermakna aku meninggikan diri aku sendiri di dalam hati aku
bukannya ALLAH SWT yang paling tinggi di dalam hati aku
...ketika baru balik dari peperangan yang dasyat melawan kaum musyrikin ,Rasullallah SAW bersabda yang bermaksud :
Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar .Sahabat terkejut dan bertanya ,"Peperangan apakah itu wahai RAsullallah ?"Baginda berkata ,:Peperangan melawan hawa nafsu."
(Riwayat Al Baihaqi)
kita di sarankan supaya selalu muhasabah diri ,mencerca diri sendiri
kerana kita mengikut dialah kita selalu gagal di dalam hendak menunaikan hak-hak ALLAH dan RASUL di dalam kehidupan kita seharian
kita juga tidak boleh merujuk atau bertanya kepada diri sendiri pada setiap permasalahan ,kita mesti bermohon bertanyakan kepada ALLAH SWT di dalam hati
walaupun kita tidak mendengar apa jawapan daripada ALLAH
yakinlah jika kita banyak mengingati ALLAH SWT di dalam hati kita
in sya allah kita akan mendapat lintasan yang baik-baik di hati
jagalah diri sendiri
jangan besarkan diri sendiri
besarkanlah ALLAH SWT di dalam diri kita dan tinggikanlah kedudukkan ALLAH SWT di dalam hati kita dengan mentauhidkanNya dan banyak mengingatiNya
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala) ...
(At-Tahriim 66:6)wallahhualam
in sya allah ...
0 comments:
Post a Comment