ada kawan marahkan aku kerana
aku memperlekehkannya suka menjual barang-barang kegemarannya
tujuan kawan aku tu menjual barangnya pula ialah kerana
duitnya tidak berapa cukup untuk membeli barangan kegemarannya lain
dan dalam membuat sesuatu perkara juga
kawan aku tu tidak bersungguh-sungguh
aku kununnya jenis yang berpendirian
apa sahaja yang aku inginkan
pasti akan aku usahakan hingga tercapai
cuma antara cepat atau lambat sahaja aku dapat
kununnya aku ni jenis yang bersungguh-sungguh atau 'extreme'
di dalam hendak dapatkan sesuatu
malangnya sekarang
apabila aku mula memahami sedikit sebanyak tentang agama ALLAH yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW
tak dapat pula aku bersungguh-sungguh
bersungguh-sunguh di dalam mengikhlaskan segala ibadah dan perbuatan kerana ALLAH SWT
bersungguh-sungguh di dalam mengekang nafsu umarah di dalam hati
bersungguh-sungguh di dalam menegakkan hak-hak ALLAH dan RASUL di dalam diri
bersungguh-sungguh tunduk atau merendahkan hati hanya kepada ALLAH
bersungguh-sunguh di dalam melaksanakan sunah-sunah Rasullallah SAW di dalam kehidupan seharian
bersungguh-sungguh di dalam membaca al quran ,menghayati makna-maknanya dan cuba mengamalkannya semampu yang mungkin di dalam kehidupan
mungkin itulah bezanya
apabila niat sesuatu perkara itu kerana riak takebur bangga diri
dan niat ikhlas mencari rahmat dan redha ALLAH SWT semata-mata
jadi aku mengajak diri aku sendiri dan para pembaca blog MK
marilah kita perbetulkan semula niat kita di dalam setiap amal perbuatan seharian
ikhlas hanya ALLAH SWT
dan janganlah sekali-kali kita menduakan ALLAH SWT walaupun dengan diri kita sendiri rujuk sini
sama-samalah kita tingkatkan mentauhidkan ALLAH SWT di dalam hati kita
dengan memperbanyakkan mengingati ALLAH samaada dengan solat atau zikrullah
wallahhualam
in sya allah ...
0 comments:
Post a Comment