Thursday, 15 August 2024

1 Jangan Sekadar Ambil Syarat

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Ma'un 107, 4-5

"Maka celakalah orang yang sholat,"

"(yaitu) orang-orang yang lalai terhadap sholatnya,"


Sa’ad bin Abi Waqqas RA berkata: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang yang melalaikan solatnya, maka Baginda menjawab: “Iaitu mengakhirkan waktu solat (daripada waktunya yang asal sehingga sampai kepada waktu solat yang lain). Mereka itu tetap dinamakan orang-orang yang menunaikan solat iaitu sebagai musalliin. Akan tetapi kerana mereka telah mensia-siakan dan mengakhirkan waktu solat tersebut, maka mereka diancam dengan neraka Wail, iaitu seksaan yang teramat pedih di dalamnya.


“Sejahat-jahat pencuri ialah orang yang mencuri dalam solat. Sahabat bertanya: Bagaimana dia mencuri di dalam solatnya? Nabi s.a.w. menjawab: Dia tiada menyempurnakan rukuknya dan sujudnya. Atau Nabi menjawab: Dia tiada menegakkan pungungnya di dalam rukuknya dan sujudnya.”

H.R. Ahmad , At Thabarani dan Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dari Ibnu Qatadah


“Bahwasanya Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki tg tidak menyempurnakan rukuknya dan mematuk-matuk dalam sujudnya, sedang dia lagi bersolat. Maka berkatalah Rasulullah s.a.w.:Sekiranya orang ini mati dalam keadaan begini, matilah dia di luar agama Muhammad.Kemudian Nabi s.a.w. berkata: Perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan mematuk-matuk dalam sujudnya, adalah seumpama orang lapar memakan sebiji atau dua biji kurma yang tiada mengenyangkan(tiada memberi faedah apa-apa baginya).”

H.R. Abu Ya’la dengan sanad hasan, Khuzaimah dan Tabarani dari Abu Abdullah Al Asy’ary


Abu Hurairah r.a. ra. berkata:

“Aku telah disuruh oleh kekasihku, tiga perkara dan ditegah aku dari tiga perkara, iaitu mematuk-matuk rukuk dan sujud seperti patukan ayam dan duduk seperti duduk anjing dan berpaling-paling sbg tsa’lab(sejenis anjing hutan).”


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir



Sunday, 11 August 2024

0 Sentiasa Ingat Akan Perjanjian

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Al-A'raf ayat 172-173:

Artinya: "(Ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari tulang punggung anak cucu Adam, keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksiannya terhadap diri mereka sendiri (seraya berfirman), 'Bukankah Aku ini Tuhanmu?' Mereka menjawab, 'Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi.' (Kami melakukannya) agar pada hari Kiamat kamu (tidak) mengatakan, 'Sesungguhnya kami lengah terhadap hal ini,' atau agar kamu (tidak) mengatakan, 'Sesungguhnya nenek moyang kami telah mempersekutukan (Tuhan) sejak dahulu, sedangkan kami adalah keturunan yang (datang) setelah mereka. Maka, apakah Engkau akan menyiksa kami karena perbuatan para pelaku kebatilan?'


Hadith daripada Ummu Salamah – Asma’ binti Yazid bin Sakan – Rasulullah SAW sering mengucapkan doa: (Ya Allah, Yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu). Aku (Ummu Salamah) pun bertanya: “Hai Rasulullah, apakah hati itu berbolak-balik?” Baginda SAW menjawab:

“Ya, tidak seorang pun manusia ciptaan Allah melainkan hatinya berada di dua jari dari jari-jari Allah. Jika Allah menghendaki, Dia boleh meluruskannya. Dan jika Dia menghendaki, Dia boleh menyesatkannya. Maka kita memohon kepada Allah, Tuhan kita agar tidak menyesatkan hati kita setelah Dia memberi petunjuk kepada kita, dan kita memohon kepada-Nya agar mengurniakan kepada kita rahmat dari sisi-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pemberi.”

Riwayat al-Tirmizi (3517) dan Ahmad (301). Al-Haithami dalam Majma’ al-Zawa’id (10/179) menyebut bahawa isnadnya hasan.


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir



Friday, 9 August 2024

0 Jangan Sampai Keluar Landasan

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Ar-Ra'd 13, 25:

"Dan orang-orang yang melanggar janji Allah setelah diikrarkannya, dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah agar disambungkan, dan berbuat kerusakan di bumi; mereka itu memperoleh laknat dan tempat kediaman yang buruk (Jahanam)."


Riwayat Muslim 38

Diriwayatkan daripada Sufyan bin ‘Abdillah al-Thaqafi R.A bahawa dia bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku (nasihat) tentang Islam, yang mana aku tidak akan bertanya tentangnya pada orang lain selainmu.” Rasulullah SAW bersabda:

“Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah,’ kemudian istiqamahlah.”


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir

Monday, 5 August 2024

0 Berusaha Mencari Rahmat Dan Redha Allah

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Yusuf 12, 53:

"Dan aku tidak (menyatakan) diriku bebas (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali (nafsu) yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang.""


Riwayat al-Bukhari 5999

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab R.A, bahawa Nabi SAW telah dibawa seorang tawanan di mana ia adalah seorang perempuan yang sedang menyusu. Maka apabila didapatinya terdapat seorang kanak-kanak dalam kalangan tawanan tersebut, lantas diambilnya, dipeluk dan disusukannya. 

Nabi SAW bersabda kepada kami:

“Menurut kamu adakah perempuan seperti ini sanggup mencampakkan anaknya ke dalam api?” Kami jawab, “Tidak mungkin kerana dia mampu untuk tidak mencampakkannya.” Maka sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya melebihi kasih sayang seorang ibu ini terhadap anaknya.”


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir

Tuesday, 30 July 2024

0 Sentiasa Muhasabah Diri

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Ankaboot 29, 3-4:

Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.


Ataukah orang-orang yang mengerjakan kejahatan itu mengira bahwa mereka akan luput (dari azab) Kami? Amatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu.


Riwayat al-Baihaqi 20270

Hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Ketenangan datangnya dari Allah, sedangkan tergesa-gesa datangnya dari syaitan.”


-Peliharalah solat fardhu, jangan sesekali sekutukan Allah, sentiasa mengingati Allah pada perkara wajib/sunat dan ikhlas dalam setiap amal.


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates