Sunday, 7 September 2025

0 Sedarkah Kita Syirikkan Allah ?

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi (tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman), "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab, "Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari Kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini,""

(Al-A'raf 7, 172)


Rasulullah SAW bersabda:


Maksudnya: Setiap anak yang dilahirkan itu dalam keadaan fitrah. Kedua ibu bapanya lah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.

(Riwayat al-Bukhari: 1385)


Kita telah buat perjanjian dengan Allah sebenarnya di alam roh ,ketika itu kita dalam keadaan fitrah suci daripada pengaruh umarah .

Malangnya setelah kita di lahirkan ke dunia ,kita mengikut umarah dan terus lupa akan janji kita dengan Allah .

Jadilah kita pemula kepada keturunan kita yang kembali benar-benar mentauhidkan Allah dalam erti kata sebenar mengikut Al Quran dan Hadis Saheh penuh keihlasan ,hanya mengharapkan Rahmat dan Redha Allah semata-mata .

In Syaa Allah 


#roh #perjanjian #fitrah #ikhlas #tauhid


-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Blog

https://mencariygbenar.blogspot.com


Tik Tok

https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman


Teguran pendapat

mencariygbenar@gmail.com

Saturday, 6 September 2025

0 Tunaikan Niat

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(Surah al-A’raf 7, 96)

Hadith Nabi SAW:

Maksudnya: “Dan sesungguhnya setiap orang memperolehi apa yang diniatkan.”
(Riwayat al-Bukhari 1)

Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut apa yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang ingin diperolehi atau kerana seorang wanita yang ingin dinikahi, maka hijrahnya adalah berdasarkan kepada apa yang diniatkan.”
(Riwayat al-Bukhari 1 dan Muslim 1907)

Tunaikanlah semampu mungkin apa yang telah di niatkan dalam seharian
Lahaulawala'kuwatailla'billah
Ucaplah jika terasa berat nak laksanakan haq-haq Allah.
Lawan diri sendiri dan mintalah pertolongan dari Allah.
Diri sendirilah yang banyak menggagalkan kita sebenarnya.
In Syaa Allah

#niat #tunaikan #haqallah #ikhlas #tauhid

-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir

Blog
https://mencariygbenar.blogspot.com

Tik Tok
https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman

Teguran pendapat
mencariygbenar@gmail.com

Friday, 5 September 2025

0 Beramal Dengan Ikhlas Pasti Merasainya

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Cubalah Dengan Ikhlas, Pasti Merasainya

Semua sedia maklum tentang firman Allah dalam ayat di bawah dan sabda Nabi saw mengenai perkara ini.
Akan tetapi tahukah kita ketika hati gundah gulana, ianya akan kembali tenang
Jika kita perbanyakkan selawat dengan penuh ikhlas.
Islam itu agama amal, sesiapa yang mengamalkan nya pasti akan merasai
Kerana itu janji Allah, bukan janji dari sesiapa, rujuk (Surah Ar Rad 13, 28)

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya."
(Al-Ahzab 33, 56)

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat.”
(Riwayat al-Baihaqi 5995)

#selawat #islamagamaamal #cuba #ikhlas #tauhid

-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir

Blog
https://mencariygbenar.blogspot.com

Tik Tok
https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman

Teguran pendapat
mencariygbenar@gmail.com

Wednesday, 3 September 2025

0 Agar Tidak Lalai Dengan Akhirat

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم




“Dan sakaratul maut datang dengan sebenar-benarnya. Itulah perkara yang kamu selalu lari daripadanya.”

(Surah Qaf 50, 19)


Rasulullah SAW menyuruh memperbanyakkan mengingati kematian kerana ia boleh menghilangkan sifat alpa yang disebabkan oleh kelazatan dunia. Sabda Rasulullah SAW:


Maksudnya: “Perbanyakkanlah mengingati pemutus kelazatan.” Iaitu kematian.

(Riwayat Ibn Majah 4258)


Hidupkanlah amanah dari Allah iaitu hati kita agar bebas dari penjara kegelapan umarah.

Pelihara solat fardhu walau apa cara sekali pun, berdoa sungguh-sungguh agar Allah beri kekuatan dapat sentiasa mengingati Allah di dalam hati dan jangan pernah syirikkan Allah hatta dengan diri sendiri.


#ingatmati #nafsupemutus #janganlalai #ikhlas #akhirzaman


-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Blog

https://mencariygbenar.blogspot.com


Tik Tok

https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman


Teguran pendapat

mencariygbenar@gmail.com

Monday, 1 September 2025

0 Doa Boleh Ubah Takdir

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

(Surah Ghafir 40, 60)


"Sesungguhnya takdir itu tidaklah berubah kecuali dengan doa.

Sesungguhnya doa dan takdir saling berusaha untuk mendahului, hingga hari kiamat. Dan sesungguhnya perbuatan baik (kepada orang tua) itu memperpanjangkan umur."

(HR. Ahmad 22438)


Tahukah Kita Takdir Boleh Berubah


"Sesungguhnya takdir itu tidaklah berubah kecuali dengan doa.

Sesungguhnya doa dan takdir saling berusaha untuk mendahului, hingga hari kiamat. Dan sesungguhnya perbuatan baik (kepada orang tua) itu memperpanjangkan umur."

(HR. Ahmad 22438)


Keyakinan kpd Allah tidak boleh di buat buat

Cinta kpd haq haq Allah dan benci kpd yang batil, juga tidak boleh di buat buat

Ianya secara semulajadi terzahir daripada apa yg kita amalkan selama ini. 

Maka semailah keimanan berlandaskan Al Quran dan Hadis Saheh, mengikut kehendak Allah dalam kehidupan seharian kita

Dengan penuh ikhlas, hanya kerana Allah 

Jangan syirik kpd Allah 

Lazimkan mengingati Allah pd pkra wajib/sunat

Apabila hati resah, perbanyakkan di dalam hati dengan selawat

Apabila kufur atau terkenang dosa silam, maka istigfar lah

Apabila hati merasai ketenangan, perbanyakkan kalimah tauhid

Dan apabila di timpa musibah, perbanyakkan innalillahiwainailairojiun 

In syaa Allah


(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

(Surah Ar-Rad, 28)


#takdir #doa #yakin #ikhlas #akhirzaman


-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Blog

https://mencariygbenar.blogspot.com


Tik Tok

https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman


Teguran pendapat

mencariygbenar@gmail.com

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates