Friday, 5 September 2025

0 Beramal Dengan Ikhlas Pasti Merasainya

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Cubalah Dengan Ikhlas, Pasti Merasainya

Semua sedia maklum tentang firman Allah dalam ayat di bawah dan sabda Nabi saw mengenai perkara ini.
Akan tetapi tahukah kita ketika hati gundah gulana, ianya akan kembali tenang
Jika kita perbanyakkan selawat dengan penuh ikhlas.
Islam itu agama amal, sesiapa yang mengamalkan nya pasti akan merasai
Kerana itu janji Allah, bukan janji dari sesiapa, rujuk (Surah Ar Rad 13, 28)

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya."
(Al-Ahzab 33, 56)

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat.”
(Riwayat al-Baihaqi 5995)

#selawat #islamagamaamal #cuba #ikhlas #tauhid

-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .

Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir

Blog
https://mencariygbenar.blogspot.com

Tik Tok
https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman

Teguran pendapat
mencariygbenar@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates