بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
(Surah al-A’raf 7, 96)
Hadith Nabi SAW:
Maksudnya: “Dan sesungguhnya setiap orang memperolehi apa yang diniatkan.”
(Riwayat al-Bukhari 1)
Sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut apa yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang ingin diperolehi atau kerana seorang wanita yang ingin dinikahi, maka hijrahnya adalah berdasarkan kepada apa yang diniatkan.”
(Riwayat al-Bukhari 1 dan Muslim 1907)
Tunaikanlah semampu mungkin apa yang telah di niatkan dalam seharian
Lahaulawala'kuwatailla'billah
Ucaplah jika terasa berat nak laksanakan haq-haq Allah.
Lawan diri sendiri dan mintalah pertolongan dari Allah.
Diri sendirilah yang banyak menggagalkan kita sebenarnya.
In Syaa Allah
#niat #tunaikan #haqallah #ikhlas #tauhid
-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .
Join Dakwah Akhir Zaman
Telegram.me/dakwahakhir
Blog
https://mencariygbenar.blogspot.com
Tik Tok
https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman
Teguran pendapat
mencariygbenar@gmail.com
0 comments:
Post a Comment