Thursday, 18 September 2025

0 Pastikan Tidak Rugi

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu (benar-benar) dalam kerugian, kecualilah orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar". 

(Surah Al-Asr 103, 1-3)


Daripada ‘Amru bin Sa’id al-As, sabda Baginda SAW:

Maksudnya: “Tiada pemberian seorang bapa terhadap anak-anaknya yang lebih baik daripada (didikan) yang baik dan adab yang mulia.”

(Riwayat al-Tirmizi 1952)


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Apabila matinya anak Adam, maka amalnya terputus kecuali daripada tiga perkara, sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.

(Riwayat Muslim 1631)


Daripada Abdullah bin Amr R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat.”

(Riwayat al-Bukhari 3461)


Tinggalkanlah harta yang paling bernilai selepas kita mati, iaitu anak soleh/solehah yang dapat mendoakan kita.


-PELIHARALAH SOLAT FARDHU, JANGAN SEKUTUKAN ALLAH, SENTIASA MENGINGATI ALLAH DI DALAM HATI DAN IKHLAS DALAM SETIAP AMAL .


Join Dakwah Akhir Zaman

Telegram.me/dakwahakhir


Blog

https://mencariygbenar.blogspot.com


Tik Tok

https://www.tiktok.com/@dakwahakhir_zaman


Teguran pendapat

mencariygbenar@gmail.com

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates