Sunday, 11 December 2011

0 tips apabila susah hati

santai di hujung minggu aku nak berkongsi tips apabila susah hati
jika kita dah tunaikan semua perintah ALLAH swt tetapi hati masih gelisah
cubalah perbanyakan selawat keatas baginda junjungan besar kita rasullallah saw dengan IKHLAS

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad



إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) ke atas Nabi (Muhammad S.A.W). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]

 al ra'ad 13:28
yang beriman dan tenteram hatinya LANTARAN INGAT KEPADA ALLAH ,ketahuilah ! dengan INGAT KEPADA ALLAH lah ,bisa tenteram hati (manusia)
wallahhualam

inshaallah ...

boleh juga nak komen ...

Wednesday, 7 December 2011

2 pekara yang dah telalu lama di tinggalkan oleh kita

jom kita kembali kepada sirah nabi junjungan besar kita muhammad saw semasa di kota mekah
sebelum turunya perintah solat kepada baginda saw supaya kita mesti solat atau sebelum peristiwa isra' mikraj
ketika itu baginda rasullallah saw  hanya menyampaikan tauhid kepada penduduk mekah
supaya penduduk mekah yang ketika itu rata rata menyembah berhala membesarkan ALLAH swt  di dalam hati atau meletakan ALLAH swt yang paling tinggi di dalam hati
selama 13tahun lamanya rasullallah saw dan para sahabat baginda menyampaikan kalimah tauhid kepada penduduk mekah supaya mengesakan ALLAH swt mengakui bahawa yang tiada tuhan selain ALLAH dan muhammad itu pesuruh ALLAH swt
ALLAH swt jualah tempat bergantung tiada kuasa selain dari ALLAH swt yang dapat membantu kita
pekara ini lah yang cuba di tanamkan oleh baginda rasullallah saw dan para sahabat baginda seebelum ada hukum solat

dan selepas 13tahun baginda rasullallah saw dan para sahabat baginda menyiarkan agama ALLAH swt barulah terjadi peristiwa isra' dan mikraj di mana perintah solat turun kepada kita dan barulah baginda rasullallah saw dan para sahabat baginda berhijrah ke madinah

kalau kita dapat memahami daripada peristiwa baginda rasullallah saw selama menyampaikan kalimah tauhid kepada penduduk mekah sebelum ada nya perintah solat ianya bukanlah satu pekara yang amat mudah
kerana ia mengambil masa selama 13tahun barulah turun perintah solat
bererti tauhid itu adalah pekara yang amat serius dalam kehidupan kita yang mesti kita tanam di hati kita supaya  kita membesarkan ALLAH swt dan meletakan ALLAH swt yang paling tinggi di dalam hati kita

jika baginda rasullallah saw sendiri berjaya menanam kalimah tauhid di hati penduduk mekah selama 13tahun bagaimana pula pada zaman sekarang ini yang tah siapa siapa pun tak ada menyampaikan lagi kalimah tauhid kepada kita supaya membesarkan ALLAH swt dan meletakkan ALLLAH swt yang paling tinggi di dalam hati kita .jadi entah lagi berapa lamakah yang harus kita tunggu supaya tauhid kita tertanam dengan kukuh seperti zaman para sahabat jika kita mulakan dari sekarang

kita pada zaman sekarang mesti bersolat kerana perintah solat dah turun 1400tahun dahulu akan tetapi adakah kita menanam kalimah tauhid di hati kita sepertimana yang di sampaikan oleh junjungan besar kita muhammad rasullallah saw kepada penduduk mekah 1400 tahun dahulu
jangan pula kita beranggapan bahawa pada zaman baginda rasullallah saw menyampaikan kalimah tauhid penduduk mekah masih belum solat jadi mereka mestilah menanam kalimah tauhid di hati masing masing
dan kita pula di zaman sekarang dah ada hukuim solat jadi kita tak perlu menanam kalimah tauhid di hati kita  lagi

dan seharusnya kita berfikir bagaimana pula dengan ganerasi yang sedang membesar seperti anak anak kita sendiri
bukankah mereka masih belum solat sebelum akil baligh
jadi di sini lah kaitanya
di mana sama seperti pada zaman rasullallah saw dahulu kerana anak anak kita kan masih tidak tahu apa apa
jika kita hanya mengajar anak anak kita solat tetapi kita kita tidak menanam kan kalimah tauhid di hati hati mereka kelak mereka hanya akan solat sebagai 'ritual' tidak ada pengabdian hamba dan tuan di dalam solat tidak ada rasa bertuhan ketika solat tidak ada rasa sedang menyembah ALLAH swt ketika solat
dan akhlak anak anak kita  juga tidak mustahil akan rosak kerana di dalam diri mereka tiada rasa takut kepada ALLAH swt malah anak anak kita lebih takut kan hantu di sebabkan kedudukan ALLAH swt tah di mana mana di dalam hati hati mereka

biarlah pekara ini terjadi hanya kepada golongan ibu bapa kita sahaja kerana terus terang aku katakan di sini  bahawa mak ayah aku memang tidak pernah menyuruh aku menanam kan kalimah tauhid di hati aku ketika aku masih kecik hinggalah aku dewasa
tetapi bukan bererti kita membiarkan mereka malahan mereka akan menerima doa daripada kita kerana kita  dah mula cenderung kepada agama ALLAH swt dalam erti kata sebenar

aku perasan pekara ini apabila kami sekeluarga berkumpul d hujung minggu di rumah ayah aku
aku melihat anak buah aku bukan main liat nak solat apabila dah masuk waktu
dan ada yang bercakap tu macam tak reti nak hormat kita yang lebih tua ni
bukanya aku nak di hormati tetapi kan itu akhlak daripada didikan ibu bapa di rumah yang menitik beratkan al quran dan hadis

jadi aku macam biasa berpesan kepada diri aku sendiri disini marilah kita sama sama kembali mentauhidkan ALLAH swt di dalam hati kita dengan kalimah
LA ILLAH HA'ILLALLAH MUHAMMADA RASULLALLAH
dan sentisalah kita mengingati ALLAH swt di dalam hati kita dengan menjaga solat fardu dan ibadah dengan IKHLAS

wallahhualam

inshaallah ...

komen jika ada yang tak salah ...

Monday, 5 December 2011

0 PULL/TARIK

biasa lah awal awal bulan ini banyak la bil bil yang kena di jelaskan
pagi tadi aku pergi ke salah sebuah bank untuk menjelaskan bil
ramai jugak orang di dalam bank tersebut terutama di bahagian 'autoteller'

di pintu masuk bahagian mesin 'autoteller' tertera dengan tulisan PULL/TARIK
dalam masa aku menunggu giliran lebih kurang 1/2jam
aku dapati ramai sangat pelanggan pelanggan yang baru hendak memasuki bank tersebut menolak pintu bank itu bukanya menarik ,padahal dah tertera di tampal dengan perkataan PULL/TARIK
masalahnya pintu itu disendal dari belakang apabila ditolak pasti akan berdentumlah jawabnya

jadi di sini aku dapat mengaitkan bahawa memang sikap manusia suka melanggar atau engkar atau degil atau nak senang
kerana aku sendiri pun masih selalu engkar pada perintah perintah ALLAH swt walaupun aku dah mengetahui bahawa pekara itu adalah salah atau pun tak selaras dengan kehendak ALLAH swt dan kekasihnya
contohnya
aku masih melewatkan lewatkan solat ,terutamanya solat subuh
di dalam bekerja pula aku selalu tangguh urusan yang perlu di siapkan

di dalam al quran banyak sekali perintah perintah ALLAH swt yang mesti kita patuh dan taat
tak kira lah samada di dalam kehidupan seharian kita atau pun di dalam beribadah
kerana tidak ada cara lain untuk kita berjaya sampai kepada ALLAH swt iaitu hanya dengan mengekang nafsu umarah di dalam diri kita dengan sungguh sungguh
kerana nafsu umarah ini lah yang selalu mengajak kita supaya engkar kepada perintah perintah ALLAH swt
apabila kita engkar maka berjaya lah syaitan kelak dia ada teman di dalam neraka

jadi kita mestilah cuba sedaya upaya yang mungkin mentaati dan mematuhi segala perintah ALLAH swt dan RASULnya
kerana di dalam beribadah juga tiada jalan pintas untuk sampai kepada ALLAH swt
nabi junjungan besar kita muhammad saw sendiri pun solat sampai bengkak bengkak kaki untuk tunduk kepada ALLAH swt
takkan kita yang entah sapa sapa ada jalan pintas pulak untuk sampai kepada ALLAH swt
kerana hendak menuju ALLAH swt mesti dengan ALLAH swt juga
ertinya kita mestilah mentaati dan mematuhi segala perintah ALLAH swt dan RASULnya di dalam setiap pekara
hanya dengan keIKHLASan lah yang ALLAH swt pandang setiap amal itu

bukannya dengan memakai tangkal untuk rajin solat
bukannya dengan menghitung hitung dah berapa ribu zikir

oleh itu marilah kita sama sama mentauhidkan ALLAH swt di dalam hati kita dengan keIKHLASan
janganlah kita lalai daripada mengingati ALLAH swt
dan janganlah kita sesekali meninggalkan solat fardu

wallahhualam

inshaallah ...

sila komen jika ada yang salah ...
 

Saturday, 3 December 2011

0 agama 'copy paste' ?

bukanya apa aku hairan sekarang ini semakin ramai orang berbicara pasal agama
terutamanya di laman sesawang facebook
ramai yang 'copy paste' pada ruangan status maklumat maklumat tentang agama
nampak macam bagus
tetapi aku amat musykil dan bukan buruk sangka ya

kerana pekara ini terjadi kepada diri aku dahulu sebenarnya
seperti pada maklumat tentang diri aku ,sememangnya aku buta agama
tetapi aku tetap nak bercakap pasal agama walaupun aku tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam dan aku tidak mendalami ilmu agama di mana mana tempat
aku sebenarnya pada masa itu hanya hendak menyatakan pada masyarakat dan kawan kawan bahawa aku ni seorang yang alim jugak walaupun aku berpenampilan sosial dengan keadaan semasa
hakikatnya aku tidak melaksanakan pun perintah perintah ALLAH swt dan kekasihnya dengan mengikut kehendak kehendak ALLAH swt dengan tepat
aku hanya sekadar solat apabila rasa rajin dan akan meninggalkan solat apabila sibuk atau tak sesuai dengan kehendak aku sendiri

sama seperti apa yang terjadi sekarang ini kepada keluarga aku
sedara mara aku yang perempuan ada yang tidak bertudung dan yang lelaki pula ada yang tak jaga solat pun
tetapi bila bercakap pasal agama bukan main lagi lantangnya
tak ketinggaan di ruangan sesawang facebook mereka
macam macam maklumat mengenai agama yang mereka 'copy paste'
akan tetapi mereka sendiri tidak melaksanakan pun perintah perintah ALLAH swt dan mengikut sunah sunah  rasullallah saw

kita hanya perlu sentiasa selaraskan kehendak kita dengan kehendak ALLAH swt
apabila kita cuba selaraskan kehendak kita dengan kehendak ALLAH swt kita pasti akan menemui pula sunah sunah baginda rasullallah saw di mana ALLAH swt firman kan di dalam al quran
sebab itulah kita mesti membaca al quran dan membaca maknanya dan menghayati pengertianya sesuai dengan kehidupan seharian kita
maka hanya dengan menghayati al quran lah kita akan menemui kehendak kehendak ALLAH swt yang harus kita selaraskan di dalam kehidupan seharian kita
 
kerana hidup kita tidak lain
hanya mengharapkan rahmat dan redha dari ALLAH swt sahaja

tidak bererti kita mesti meniggalkan keseronokan dunia apabila hendak mencari rahmat dan redha ALLAH swt
kita teruskan macam biasa kehidupan dunia cuma kecenderungan kita lebih kepada ukhrawi daripada duniawi jika sebelum ini kita amat rakus mengejar dunia
kerana dunia jika di kejar tidak akan pernah cukup
tetapi akhirat jika dicari dengan ikhlas pasti dunia akan mengikut di belakang

oleh itu aku berpesan kepada diri aku dan kenkawan yang membaca blog ini
marilah sama sama kita kembali tunduk kepada ALLAH swt dalam erti kata yang sebenar
iaitu dengan banyak mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan kalimah tauhid
LA ILLAH HA'ILLALLAH  MUHAMMADA RASULLALLAH
disamping kita menjaga solat fardu dan sentiasa basahkan lidah kita dengan zikrullah di dalam hati

wallahhualam

inshaallah ....

komen jika ada yang salah

Friday, 2 December 2011

0 Mari kita baca 14 Perkara dibawah dan renung-renungkan…

1. Yang Singkat Itu “WAKTU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Mensia-siakannya?
2. Yang Menipu Itu “DUNIA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Sukakannya?
3. Yang Dekat Itu “KEMATIAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Buat Persiapan Untuk Menghadapinya?
4. Yang Besar Itu “HAWA NAFSU”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Mengawalnya?
5. Yang Berat Itu “AMANAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Berebut-rebut Mahu Memikulnya?
6. Yang Sulit Itu “IKHLAS”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Cuba Mendapatkannya?
7. Yang Mudah Itu “BERBUAT DOSA”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Menghindarinya?
8. Yang Susah Itu “SABAR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Merasai Kepentingan Dan Bermujahadah Dalam Menahan Perasaan?
9. Yang Sering Lupa Itu “BERSYUKUR”…Tapi Kenapa Masih Ramai Lagi Yang Kufur?
10. Yang Membakar Amal Itu “GHIBAH” (MENGUMPAT)…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Menjadikannya Hobi, Mengumpat Sana Sini?
11. Yang Mendorong Ke Neraka Itu “LIDAH”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang BermulutLazer, Bercakap Bohong Dan Berkata Dusta? Atau asyik Nak Mengata Orang Saja?
12. Yang Berharga Itu “IMAN”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tidak Berusaha Memantapkannya?
13. Yang Menenteramkan Hati Itu “TEMAN SEJATI”…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Suka Cari Musuh Dari Cari Teman Sejati?
14. Yang Ditunggu Allah SWT Itu “TAUBAT” hambaNya…Tapi Kenapa Masih Ramai Yang Tak Sedar Diri…Berasa Dirinya Sudah Cukup Baik?
Oleh itu, aku berpesan kepada diri aku dan  kita semua untuk sama-sama bermuhasabah diri dan sentiasa mencerca diri sendiri . Ingatlah tujuan kita hidup atas dunia yang sementara ini. Maut pasti menjelma.
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates