Monday, 5 December 2011

0 PULL/TARIK

biasa lah awal awal bulan ini banyak la bil bil yang kena di jelaskan
pagi tadi aku pergi ke salah sebuah bank untuk menjelaskan bil
ramai jugak orang di dalam bank tersebut terutama di bahagian 'autoteller'

di pintu masuk bahagian mesin 'autoteller' tertera dengan tulisan PULL/TARIK
dalam masa aku menunggu giliran lebih kurang 1/2jam
aku dapati ramai sangat pelanggan pelanggan yang baru hendak memasuki bank tersebut menolak pintu bank itu bukanya menarik ,padahal dah tertera di tampal dengan perkataan PULL/TARIK
masalahnya pintu itu disendal dari belakang apabila ditolak pasti akan berdentumlah jawabnya

jadi di sini aku dapat mengaitkan bahawa memang sikap manusia suka melanggar atau engkar atau degil atau nak senang
kerana aku sendiri pun masih selalu engkar pada perintah perintah ALLAH swt walaupun aku dah mengetahui bahawa pekara itu adalah salah atau pun tak selaras dengan kehendak ALLAH swt dan kekasihnya
contohnya
aku masih melewatkan lewatkan solat ,terutamanya solat subuh
di dalam bekerja pula aku selalu tangguh urusan yang perlu di siapkan

di dalam al quran banyak sekali perintah perintah ALLAH swt yang mesti kita patuh dan taat
tak kira lah samada di dalam kehidupan seharian kita atau pun di dalam beribadah
kerana tidak ada cara lain untuk kita berjaya sampai kepada ALLAH swt iaitu hanya dengan mengekang nafsu umarah di dalam diri kita dengan sungguh sungguh
kerana nafsu umarah ini lah yang selalu mengajak kita supaya engkar kepada perintah perintah ALLAH swt
apabila kita engkar maka berjaya lah syaitan kelak dia ada teman di dalam neraka

jadi kita mestilah cuba sedaya upaya yang mungkin mentaati dan mematuhi segala perintah ALLAH swt dan RASULnya
kerana di dalam beribadah juga tiada jalan pintas untuk sampai kepada ALLAH swt
nabi junjungan besar kita muhammad saw sendiri pun solat sampai bengkak bengkak kaki untuk tunduk kepada ALLAH swt
takkan kita yang entah sapa sapa ada jalan pintas pulak untuk sampai kepada ALLAH swt
kerana hendak menuju ALLAH swt mesti dengan ALLAH swt juga
ertinya kita mestilah mentaati dan mematuhi segala perintah ALLAH swt dan RASULnya di dalam setiap pekara
hanya dengan keIKHLASan lah yang ALLAH swt pandang setiap amal itu

bukannya dengan memakai tangkal untuk rajin solat
bukannya dengan menghitung hitung dah berapa ribu zikir

oleh itu marilah kita sama sama mentauhidkan ALLAH swt di dalam hati kita dengan keIKHLASan
janganlah kita lalai daripada mengingati ALLAH swt
dan janganlah kita sesekali meninggalkan solat fardu

wallahhualam

inshaallah ...

sila komen jika ada yang salah ...
 

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates