Monday, 12 December 2011

0 bagaimana pula dengan pekara ini

dulu aku tak pernah risaukan pasal kesederan agama samada pada diri aku atau pun pada masyarakat sekeliling
aku jalan terus aja janji aku tak kacau orang apa yang aku buat di dalam kehidupan aku
kerana aku merasakan perbuatan aku dah betul pada masa itu
aku tidak merujuk pada al quran atau al hadis
tapi aku berpandukan akal fikiran logik dan nafsu aku sendiri di dalam menguruskan kehidupan seharian aku pada masa itu
pada aku senang aja ,apa yang aku buat asalkan tidak menggangu orang lain dan yang penting hati baik
sedangkan di dalam al quran tak suruh pun kita buat apa sahaja asalkan apa yang kita buat itu tidak menggangu orang lain dan  hati baik
tetapi di dalam al quran ada menyuruh kita melakukan kebaikan dan mencegah keburukan dan amal mesti ikhlas kepada ALLAH swt

A090
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. (Al-Nahl 16:90)


jika nak di kirakan hati baik ,aku rasakan orang yang bukan islam lagi baik hati budi mereka daripada yang beragama islam sendiri 
mereka ada menyumbangkan pendapatan mereka untuk persatuan demi kepentingan ugama mereka ,mereka lebih perihatin di dalam kehidupan binatang mereka juga ada mengutip tabung untuk kehidupan binatang seperti WWF 
tetapi ALLAH swt menyuruh kita menjaga kebersihan hati serta mengikhlaskan amal hanya kerananya 


A139
Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya; (Al-Baqarah 2:139

apa yang aku perasan pada zaman sekarang ini kesedaran agama islam di dalam kehidupan masyarakat islam amatlah teruk seperti dah tidak ada tempat bergantung iaitu ALLAH swt
sememangnya kita yang beragama islam harus bermohon apa sahaja kepada ALLAH swt ertinya kita mesti yakin bahawa hanya ALLAH swt lah tempat untuk kita minta sesuatu
dan mesti lah ada cara cara nya jiika kita hendak bermohon sesuatu kepada ALLAH swt
cara paling senang ialah doa dan jika kita rasa sesuatu pekara yang kita mahukan itu lebih besar atau pun lebih penting maka kita haruslah bermunajat atau pun solat sunat hajat khas untuk pekara yang kita inginkan itu

tetapi untuk berdoa kepada ALLAH swt dan meyakini bahawa ALLAH swt lah yang akan tunaikan kehendak kita itu bukan lah satu pekara yang mudah jika kita tidak pernah menunaikan hak hak ALLAH swt dengan ikhlas
kerana keyakinan sesorang kepada ALLAH swt bukanlah boleh di buat buat
ianya mesti dengan amal yang ikhlas dan istiqomah
kerana pekara ini memang benar benar terjadi kepaa diri aku dahulu
dahulu aku solat jugak tapi entah di mana keikhlasanya
istiqomah jangan ceritalah ,aku solat hanya apabila aku lapang
hak hak ALLAH swt jauh lagi  la
aku tak pernah tahu pun bahawa ada hak hak ALLAH swt yang mesti di tunaikan
iaitu cubalah semampu yang mungkin kita tunaikan sunah sunah nabi junjungan besar kita muhammad saw

sabda nabi
tunaikanlah sunah ku semampu yang mungkin
buhari muslim

memang terus terang aku katakan bahawa dahulu aku tidak pernah yakin apa yang aku doakan dan jauh lagi lah meyakini ALLAH swt
lepas solat saja lah aku berdoa  kerana pada masa itu yang aku tahu bahawa kita mesti berdoa selepas solat
padahal kita boleh berdoa pada bila bila masa sahaja apabila kita  perlukan bantuan daripada ALLAH swt

baru baru ini aku ada bersembang dengan kawan aku yang berlatarbelakangkan daripada keluarga yang islamik
memang kawan aku ini pun bersekolah di sekolah pondok
tetapi apa yang mengejut aku ialah
kawan aku itu masih was was akan kekuasaan ALLAH swt
itu seorang yang berpendidikan agama dan di besarkan di dalam keluarga yang islamik
bagaimana pula dengan masyarakat sekeliling kita yang tidak di besarkan di dalam keluarga yang islamik dan tidak di titik beratkan pasal ilmu agama
aku tak berani nak komen akan tetapi mesti kita boleh fikirkan sendiri
dan baru baru ini juga aku ada terdengar dalam radio no 1 di malaysia
ada seorang wanita ini minta tolong dj dj stesen radio terkemuka itu carikan jodoh untuk nya
nampak sangat yang tauhid kita kepada ALLAH swt terlalu amat jauh pada zaman sekarang ini

jadi aku berpesan kepada diri aku dan pembaca pembaca blog marilah kita kembali mentauhidkan ALLAH swt di dalam hati dengan kalimah LA ILLAH HA ILLALLAH MUHAMMADA RASULLALLLAH

dan sama sama lah kita sentiasa mengingati ALLAH swt di dalam hati di samping kita menjaga solat fardu dengan ikhlas

wallahhualam

inshaallah ...

komen jika ada yang tak berkenan ...




0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates