Thursday, 1 December 2011

0 elakan daripada terpedaya

aku ada terbaca satu artikel menceritakan tentang yahudi mengetahui lebih daripada orang islam
memang sikap orang yahudi suka mengkaji di mana kelemahan musuhnya supaya dia dapat terus mentadbir manusia sejagat hanya dengan pengaruhnya secara tidak di sedari 

di dalam artikel tu menceritakan bagaimana orang yahudi mempertikaikan orang islam dengan al quran 
mereka bertanya 
sekarang ini berapa ramai orang islam yang masih boleh membaca al quran 
jika yang boleh membaca al quran pulak adakah dia boleh menulis semula apa yang di baca nya tadi
jika yang boleh membaca dan menulis semula ayat ayat al quran 
adakah dia menghayati ayat ayat yang di baca nya tadi mencari maknanya apakah kehendak ALLAH swt terhadap diri pembaca 
dan jika yang dah boleh membaca dan boleh menulis dan menghayati pula di dalam setiap ayat ayat yang di baca 
adakah dia mengamalkan pula apa yang di hayatinya  di dalam kehidupan seharianya 


kerana hadis saheh dari buhari muslim 
bertanya sahabat kepada saidatina aisyah ,ya aisyah apakah akhlak rasullallah 
jawab aisyah ,al quran lah akhlak baginda saw 
kerana al quran itu pembeza antara hak dan batil 

orang yahudi mengetahui bahawa di dalam diri kita ada nafsu umarah yang sentiasa mengajak kita supaya kufur kepada ALLAH swt 
mereka juga tahu bahawa hanya ALLAH swt yang layak di puji dan di beri pujian 
kerana mereka juga tahu bahawa ALLAH swt benci kepada orang yang suka berbangga bangga 
jadi mereka menciptakan dalam dunia perniagaan satu kedudukan kepada pelanggan 
iaitu mereka sedar yang pelanggan mereka suka di puji atau di agongkan 
maka tertampallah di serata cermin depan kereta kita terutamanya yang bangsa melayu dan beragama islam 

CEO makanan segera VVIP makanan segera 

dua kali kita tertipu sebenarnya 
pertama dengan mainan nafsu umarah kita sendiri kerana kita sendiri tak mahu mengingati ALLAH swt dalam erti kata sebenar 
dan kedua kita terpedaya dengan promosi syarikat tersebut yang kununnya mengutamakan kita yang mempunyai stiker tersebut 
itu lah kelicikan orang yahudi yang sentiasa hendakan orang orang islam terutamanya supaya lalai daripada mengingati ALLAH swt 
kerana mereka sedar jika kita umat islam semuanya sentiasa mengingati ALLAH swt 
maka penaklukkan dunia islam untuk kali kedua setelah zaman kegemilangan baginda rasullallah saw  tak mustahil terjadi

oleh itu marilah kita semua kembali semula mengingati ALLAH swt di dalam hati 
dengan kalimah tauhid  LA ILLAH HA'IL LALLAH MUHAMMADARASULLALLAH
sentiasalah kita basahkan lidah kita dengan zikrullah di dalam hati di samping kita menjaga solat fardu

wallah hualam 

inshallah ...

komen jika ada yang salah ...

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates