Friday, 23 December 2011

0 ibu ketam


A125

Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya. (An-Nisaa' 4:125)


walaupun aku jahil tapi jika dah sampai depan masjid aku akan solat juga 
aku tak pernah tahu pasal ikhlas 
aku beramal ikut suka hati aku 
yang aku tahu masa itu ialah 
apa apa pekara yang aku buat ialah antara aku dengan ALLAH swt 


kerana dahulu ada kawan aku yang mengatakan bahawa mak ayah dia mengajar dia bahwa 
kita jika tak ikhlas tak guna beribadah kerana ALLAH swt  tak terima amal yang tak ikhlas dan jika tak pandai membaca al quran jangan baca nanti lain jadi maksud terjemahanya 
dan setiap kali kami singgah untuk solat di surau atau masjid kawan aku ni tidak akan solat 


di sinilah silapnya masyarakat  zaman ini beragama 
kita sendiri tak paham kita ajar pula kepada anak anak kita ilmu yang tak betul
tahukah kita kenapa al quran di turunkan kepada junjungan besar kita nabi muhammad saw 
dan jika kita membaca sirah nabiwiyah 
setiap kali baginda rasullallah saw mendapat wahyu baginda rasullallah saw akan memanggil para sahabat baginda untuk mencari apakah maksud dari ALLAH swt pada wahyu yang baru di turunkan itu 
atau apakah kehendak ALLAH swt dalam wahyu yang baru di turunkan itu untuk di laksanakan di dalam kehidupan masing masing 
dan kita pula mesti mencari kelemahan atau kesalahan diri sendiri daripada ayat yang kita baca itu barulah kita dapat memperbaiki kesalahan diri kita mengikut kehendak ALLAH swt 
jangan pula kita nampak salah orang lain pada ayat yang ita baca itu dan diri kita betul 


memang dah menjadi sikap manusia yang suka mencari kesalahan orang daripada melihat kesalahan dirinya sendiri 
asyik orang aja yang salah dirinya tetap betul 


kerana al quran itu mesti di baca kemudian di fahami (tadabur) dan cuba di amalkan semampu yang mungkin di dalam kehidupan seharian kita 
apabila kita sendiri tidak paham apakah kehendak ALLAH swt terhadap diri kita dan apakah yang mesti kita selaraskan dengan kehendak ALLAH swt 
maka ini lah yang terjadi 


keikhlasan mesti di cari 
memang betul amal tanpa ikhlas di tolak tetapi jika kita tidak berusaha mencari keikhlasan bagaimana mungkin ALLAH swt  nak berikan 
ingat kita ni siapa senang senang ALLAH swt nak berikan dengan mudah mudah keikhlasan 
baginda rasullallah saw pun solat sampai bengkak bengkak kaki kerana hanya nak menjadi hamba yang bersyukur kepada ALLAH swt 
itu nabi muhammad saw yang maksum iaitu yang bebas daripada dosa dan neraka
kita ni yang entah di mana hujung pangkal syurga neraka mesti lah berusaha bersungguh sungguh mencari keikhlasan


cara yang paling mudah ialah 
buat sahaja amal yang berlandaskan al quran dan al hadis 
tak perlu nak fikirkan berapa banyak dah pahala 
yang penting niat kita untuk mendekatkan diri kepada ALLAH swt sentiasa di jaga    
kerana setiap pekara itu bermula daripada niat 


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.


oleh itu aku berpesan kepada diri aku sendiri dan kepada para pembaca yang di hormati 
marilah sama sama kita berusaha mencari keikhlasan dalam apa jua yang kita lakukan dengan sentiasa memerhatikan niat dalam setiap amal perbuatan yang hendak kita lakukan 


wallahhualam 


inshaallah ...


komen silakan ...



0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates