Thursday, 15 December 2011

0 inginkan nasihat ?

kami membesar bersama di kampung sekolah rendah sekali tetapi dia 'junior' aku setahun
masa sekolah menengah aku dah keluar dari kampung jadi kami terputus hubungan buat seketika
tetapi setiap kali balik kampung aku pasti akan mencari kawan aku kerana kami akan layan kepala (khayal) bersama
lepas spm kawan aku menyambung pelajaran di ibu kota
semasa itu lah dia mula bertambah 'advance' dengan dunia khayalan dia dan aku dengan dunia khayalan aku
tapi kami masih tetap berhubung kerana sealiran dalam dunia khayalan
kawan aku menatap dan bekerja di kampung lepas tamat pengajian
aku pula yang berhijrah ke ibu kota untuk bekerja

dan dia berkahwin seawal usianya 20an
aku tak pernah kenal isterinya walaupun kami kawan baik
semasa dia kahwin pun aku tak menghadiri kendurinya kerana tiada cuti
tetapi setiap kali aku balik kampung kami tetap berjumpa kerana dia boleh dapatkan bekalan bahan bahan khayalan
masih aku tidak ke rumah kawan aku dan tidak juga pernah berjumpa dengan isterinya

selang dua tiga tahun aku mendapat berita dari kawan kawan di kampung bahawa kawan aku dah mula menjinak jinak kan diri dengan heroin
alhamdulilah aku tidak pula sampai ke tahap itu
lama kelamaan aku dapat berita yang rumah tangga kawan aku tu pun dah mula huru hara kerana kawan aku tu dah mula ketagih heroin tahap serius
pada masa itu jika aku balik kampung pun dia dah tak mahu jumpa aku lagi dah kalau jumpa pun secara kebetulan ja
itu pun sekejap aja dia dok borak dengan aku kerana nak jaga hati
lagipun bahan khayalan kami dah tak setaraf
lama kami putus hubungan

dan pada hari raya korban baru baru ni aku balik kampung
sebelum tu ada kawan aku bagi tahu aku yang kawan aku tu baru sahaja keluar dari pusat serenti
jadi aku menghubungi kawan aku tu memberitahu bahawa yang aku hendak balik kampung pada hari raya korban kerana kami dah lama tak jumpa
memang ada jodoh kami berjumpa walaupun beberapa kali hendak berjumpa tetapi tak jadi
itu pun dah minit minit terakhir aku nak bertolak balik ke kuala lumpur
tak lama kami berbual hanya sempat bertanyakan khabar dan sempat juga pesan kepada dia supaya menjaga solat fardu
biasa lah orang yang baru keluar pusat serenti ni ,mereka masih panas lagi dengan pendidikkan agama semasa di dalam pusat
jadi dia nampak macam berminat nak bercerita pasal agama
aku hanya sampaikan satu pekara kepada nya iaitu
bertaubat dan kembali

kerana ramai orang yang bertaubat tetapi tidak kembali kepada ALLAH swt dan RASUL
nak bertaubat senang
akan tetapi jika nak kembali kepada agama ALLAH swt dalam erti kata yang sebenar di mana kita mesti mentaati dan mematuhi segala perintah ALLAH swt dan RASUL dan mesti juga sentiasa selaraskan kehendak kita dengan kehendak ALLAH swt adalah bukan satu pekara yang mudah

kita mesti perbetulkan diri sendiri dahulu
baru lah kita cuba perbetulkan isteri kita dan keluarga kita
kerana dahulu kita siapa kita mesti sedar
jika tanpa akhlak yang baik mana mungkin isteri kita hendak mengikut apa yang kita cakap
akan tetapi jika kita dahulu yang mula berubah dan menunjukan akhlak yang baik pada isteri kita
inshaallah tak perlu kita suruh ,isteri kita dengan sendiri yang akan mula mengikut apa yang kita suruh
pasti lah suruhan yang baik baik kerana kita dah mula mengikut al quran dan al hadis

bersambung semula kepada cerita kawan aku tadi
selepas perjumpaan kami pada hari raya korban itu
kawan aku tu memberitahu kepada isteri nya bahawa aku dah banyak berubah walaupun kami tak pernah berjumpa
jadi selang lebih kurang tiga minggu selepas hari raya korban isteri kawan aku tu menghantar 'sms' pada aku menyatakan yang ingin meluahkan perasaan dan inginkan aku menasihati kawan aku tu

aku kata kepada nya boleh tiada masalah
tetapi kita lah yang mesti berubah dahulu iaitu dengan kembali mentauhidkan ALLAH swt dalam erti kata sebenar bukan dengan ikut suka kita ja
kerana firman ALLAH swt

A182
(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan perbuatan yang - telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri. Dan (ingatlah), sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambanya." (A-li'Imraan 3:182)


isteri kawan aku tu tak boleh terima dia kata aku pilih kasih menyebelahi kawan aku dan jadi kan dia bahan untuk aku nak hentam
terpulang lah aku hanya menyampaikan kebenaran 

selang lepas tu kawan aku pula 'sms' aku memberitahu yang isteri dia dah semakin bermasalah sampai dah menjalin hubungan dengan lelaki lain semasa sepeninggalanya kursus di pusat serenti 
dalam hati aku ,patut lah huru hara dua dua tak betul rupanya 
yang bagusnya dia ada berjumpa dengan ustaz di kampung bertanyakan bagaimana cara penyelesaian yang terbaik 
alhamdulilah betul tempat kawan aku tu mencari pertolongan dan dia tak pulak pergi dapatkan dadah untuk selesaikan masalah 
dan sama lah apa yang aku cakap kan pada isterinya bahawa kitalah yang mesti berubah dahulu 
kemudian barulah ALLAH swt akan tunjukkan jalan kerana aku beritahu pada dia 
aku dahulu pun bukanya buat apa 
aku hanya mentauhidkan ALLAH swt sungguh sungguh di dalam hati dan aku menjaga solat fardu dan amal dengan ikhlas 
lama kelamaan inshaallah ALLAH swt akan lorongkan jalanya  kepada kita 


hadis qudsi
aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari

(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra) 

wallahhualam 

inshaallah ...

boleh komen ...

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates