Tuesday, 27 December 2011

0 akhlak ini pula

macam mana orang yang bukan islam nak menghormati atau kagum dengan agama islam
jika kita yang beragama islam sendiri tidak mempraktikan ciri ciri islam di dalam kehidupan seharian kita
lebih lebih lagi yang berpenampilan islamik seperti berkopiah putih berjubah dsb

kerana dalam entri aku yang lepas  kita dah sedia maklum bahawa akhlak rasullallah saw adalah umpama al quran yang berjalan di atas muka bumi
ertinya nabi muhammad rasullallah saw mengamalkan atau mempraktikan al quran di dalam kehidupan seharian baginda
bagaimana pula cara baginda rasullallah saw  mencari bagaimanakah yang mesti di laksanakan  atau di praktikan
jawapanya ialah junjungan besar kita nabi muhammad rasullallah saw membaca al quran kemudian baginda mentadabur atau menghayati ayat yang baginda baca dan kemudian baginda rasullallah saw akan mengamalkan atau mempraktikan di dalam kehidupan seharian baginda apa yang baginda rasullalllah saw paham daripada ayat yang baginda baca
itu lah maksud saidatina aisyah

Badui ini lalu menemui Siti Aisyah r. a. Isteri Nabi yang sering disapa "Khumairah" oleh Nabi ini hanya menjawab, khuluquhu al-Qur'an (Akhlaknya Muhammad itu Al-Qur'an). Seakan-akan Aisyah ingin mengatakan bahwa Nabi itu bagaikan Al-Qur'an berjalan. Badui ini tidak puas, bagaimana bisa ia segera menangkap akhlak Nabi kalau ia harus melihat ke seluruh kandungan Qur'an. Aisyah akhirnya menyarankan Badui ini untuk membaca dan menyimak QS Al-Mu'minun[23]: 1-11. 

bagaimana pula dengan kita hari ini 
adakan kita masih membaca al quran 
jika membaca al quran adakah kita menghayati atau tadabur al quran 
jika kita menghayati al quran dan mentadaburnya adakah kita cuba mengamalkan atau mempraktikan di dalam kehidupan seharian kita 

kerana baru baru ini aku berhadapan dengan 3 kejadian yang berasingan dengan orang orang yang berpenampilan islamik 

-pertama aku ke ibu kota dengan menaiki motorsikal 
 ketika sampai di hadapan masjid negara ada sebuah kereta agak mewah menurunkan tingkapnya 
 dan terus meludah tanpa melihat dahulu ada tak orang di sebelah atau di belakang  keretanya 
 memang nyaris nyaris lah nak kena aku 

-kedua ketika di R&R lebuhraya utara selatan semasa cuti raya korban tempoh hari 
 macam biasa lah jika tiba musim perayaan ,kereta akan bertambah menggunakan lebuhraya 
 jadi untuk nak dapatkan parkir di kawasan R&R amatlah susah sedikit 
 terpaksalah aku menunggu kereta lain keluar dahulu ,lebih kurang setengah jam aku menugggu 
 ada sebuah kereta yang hendak keluar ,tiba tiba ja ada sebuah kereta terus masuk apabila kereta 
 tadi keluar tanpa rasa bersalah 
 aku bunyikan hon tanda tak puas hati ,nasib baik dia undur keluar 

-ketiga ketika hari khamis lepas ,aku berpuasa sunat dan terlupa pulak aku hendak membeli bekalan 
 makanan untuk berbuka dan aku terus ja masuk ke masjid untuk solat magrib kerana dah dekat nak 
 masuk waktu .nak keluar semula nampak macam tak kena ja sebab dah sampai masjid 
 jadi aku mencari cari kalau kalau ada air mineral untuk di jual kerana sekarang kan banyak masjid 
 yang meletakan air mineral untuk di jual 
 ternampak aku seorang ajk masjid kot sedang mengangkat air air mineral lalu aku bertanya 
 untuk di jual air mineral ini pakcik ,dengan garang pakcik tadi menjawab oh aku tidak boleh menjual 
 air mineral ini kepada kamu .air mineral ini untuk orang orang yang membaca yasin pada malam ini 
 dengan suara yang agak kuat hingga orang sekeliling melihat aku 

 padahal jika pakcik itu mengetahui kan lebih baik memberikan makanan atau minuman kepada orang 
 untuk berbuka puasa daripada memberikan kepada orang yang membaca yasin


pada tazkirah sebelum solat jumaat lepas aku ada dengar ustaz cerita daripada syekh mana aku tak ingat ,kata syekh itu lebih kurang begini 

aku melihat islam di dalam kedai orang yang bukan islam
dan aku melihat kekufuran di dalam kedai orang yang beragama islam
kerana katanya orang yang bukan islam lebih mengamakan cara hidup islam berbanding orang yang beragama islam

tapi itu lah kan apabila kita tidak menghayati islam sebenarnya 
kerana islam itu bukan sekadar solat puasa zakat dan mengerjakan haji 
islam adalah "the way of life' dan amat indah islam itu sebenarnya jika kita menghayati melalui al quran dan al hadis 

aku berpesan kepada diri aku sendiri dan kepada pembaca marilah kita membaca al quran dan menghayati atau tadabur dan cuba semampu yang mungkin mengamalkan di dalam kehidupan seharian kita apa yang kita paham daripada ayat yang kita baca 

wallahhualam 

inshaallah ...



      

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates