Saturday, 3 December 2011

0 agama 'copy paste' ?

bukanya apa aku hairan sekarang ini semakin ramai orang berbicara pasal agama
terutamanya di laman sesawang facebook
ramai yang 'copy paste' pada ruangan status maklumat maklumat tentang agama
nampak macam bagus
tetapi aku amat musykil dan bukan buruk sangka ya

kerana pekara ini terjadi kepada diri aku dahulu sebenarnya
seperti pada maklumat tentang diri aku ,sememangnya aku buta agama
tetapi aku tetap nak bercakap pasal agama walaupun aku tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam dan aku tidak mendalami ilmu agama di mana mana tempat
aku sebenarnya pada masa itu hanya hendak menyatakan pada masyarakat dan kawan kawan bahawa aku ni seorang yang alim jugak walaupun aku berpenampilan sosial dengan keadaan semasa
hakikatnya aku tidak melaksanakan pun perintah perintah ALLAH swt dan kekasihnya dengan mengikut kehendak kehendak ALLAH swt dengan tepat
aku hanya sekadar solat apabila rasa rajin dan akan meninggalkan solat apabila sibuk atau tak sesuai dengan kehendak aku sendiri

sama seperti apa yang terjadi sekarang ini kepada keluarga aku
sedara mara aku yang perempuan ada yang tidak bertudung dan yang lelaki pula ada yang tak jaga solat pun
tetapi bila bercakap pasal agama bukan main lagi lantangnya
tak ketinggaan di ruangan sesawang facebook mereka
macam macam maklumat mengenai agama yang mereka 'copy paste'
akan tetapi mereka sendiri tidak melaksanakan pun perintah perintah ALLAH swt dan mengikut sunah sunah  rasullallah saw

kita hanya perlu sentiasa selaraskan kehendak kita dengan kehendak ALLAH swt
apabila kita cuba selaraskan kehendak kita dengan kehendak ALLAH swt kita pasti akan menemui pula sunah sunah baginda rasullallah saw di mana ALLAH swt firman kan di dalam al quran
sebab itulah kita mesti membaca al quran dan membaca maknanya dan menghayati pengertianya sesuai dengan kehidupan seharian kita
maka hanya dengan menghayati al quran lah kita akan menemui kehendak kehendak ALLAH swt yang harus kita selaraskan di dalam kehidupan seharian kita
 
kerana hidup kita tidak lain
hanya mengharapkan rahmat dan redha dari ALLAH swt sahaja

tidak bererti kita mesti meniggalkan keseronokan dunia apabila hendak mencari rahmat dan redha ALLAH swt
kita teruskan macam biasa kehidupan dunia cuma kecenderungan kita lebih kepada ukhrawi daripada duniawi jika sebelum ini kita amat rakus mengejar dunia
kerana dunia jika di kejar tidak akan pernah cukup
tetapi akhirat jika dicari dengan ikhlas pasti dunia akan mengikut di belakang

oleh itu aku berpesan kepada diri aku dan kenkawan yang membaca blog ini
marilah sama sama kita kembali tunduk kepada ALLAH swt dalam erti kata yang sebenar
iaitu dengan banyak mengingati ALLAH swt di dalam hati dengan kalimah tauhid
LA ILLAH HA'ILLALLAH  MUHAMMADA RASULLALLAH
disamping kita menjaga solat fardu dan sentiasa basahkan lidah kita dengan zikrullah di dalam hati

wallahhualam

inshaallah ....

komen jika ada yang salah

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates