Thursday, 28 July 2011

0 manisnya beragama






solat aku hanya ikutan tak ada sebab yg kukuh kenapa aku solat
dan aku akan tinggal solat bila sibuk (kununya) tak sibuk pun sebenarnya
hanya kerana aku ni adalah islam keturunan sebab aku dilahirkan dlm keluarga islam
jadi setelah aku cuba istiqomah berzikir dlm hati disamping menjaga solat fardu

alhamdulillah aku mula rasa seronok bersolat
hinggakan apabila selesai solat isya sementara nak tunggu tidur aku rasa nak solat lagi
tapi aku tak tau solat apa yg aku boleh buat pada waktu itu
aku pun bertanya kawan aku dan dia kata banyak solat yg kita boleh buat pada waktu malam
seperti solat taubat ,hajat ,tasbih dan witir
jadi aku tanya dia apa yg nak dibaca dalam solat2 tu
dia pun bagitau dalam solat taubat di anjurkan surah al alaq ayat 1-4 pada rakaat pertama
dan surah al fath pada rakaat kedua
solat hajat pulak ayat kursi pada rakaat pertama
dan surah al ikhlas pada rakaat kedua
solat witir dengan surah tiga qul jika 1rakaat

maka ia menjadi satu masalah besar pada aku sebab aku tak hafal surah ayat2 lazim
yg aku tau hanya surah tiga qul
terpaksalah aku pendamkan dulu minat nak solat malam kerana tak tahu nak baca surah2 berkenaan
selang sebulan lepas tu kawan aku hubungi aku dan bagitau bahawa dalam solat pekara yg wajib adalah rukun solat 13 dan antaranya ialah al fatihah ,bacaan surah lepas al fatihah bukanya wajib
punya seronok aku lepas dapat berita tu dan dah tak sabar nak tunggu malam sebab nak solat malam

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates