aku merokok seawal umur 13 tahun
ada cubaan untuk berhenti tetapi gagal sebab tiada pegangan yg kukuh pada masa tu
memang satu pekara yg amat susah untuk berhenti merokok
tetapi jika kita ada pegangan dan melatakan ALLAH swt yg paling tinggi dalam hati kita inshaallah ...
apa yg aku buat pada masa tu ialah aku cuba banyakan mengingati ALLAH swt di dlm hati
disamping melawan bisikan dalaman yg tak henti2 mengajak aku menghisap rokok
tiga bulan gak la aku berhempas pulas untuk tinggalkan tabiat buruk itu
pada mulanya aku beralih kepada rokok gulung kerana ia melambatkan
jika nak terpaksa menggulung baru dapat isap
pas tu masuk bulan kedua aku dah tak bawak rokok gulung ke tempat kerja
hanya isap di rumah ja
bulan ketiga aku tinggalkan rokok gulung dan main beli rokok batang2 pulak
waktu dirumah la ,di tempat kerja dah tak isap lagi
maknanya di rumah kalau aku nak isap rokok aku terpaksa turun tingkat 5 untuk beli rokok di kedai mamak
aku ni bukanya jenis suka naik turun n lepak kedai mamak
yg syoqnya masa tu dalaman aku siap tolong ajar lagi dan dia tau di kedai mamak tu ada rokok buka...
'p kedai mamak kena tea tarik dan kena rokok sebatang pas tu naik tidor la'
aku pun punya la bengong boleh ikut ajakan dalaman tu
banyak kali gak la aku terpedaya dengan hasutan dia
jadi bila diamati aku rasa sebenarnya aku tidak lawan sungguh2 bisikan yg dok ajak aku p kedai mamak
aku banyak mengingat rokok daripada mengingat ALLAH swt
lepas tu aku cuba banyakan mengingati ALLAH swt di dalam hati apabila bisikan dalaman mengajak merokok
alhamdulilah genap 3bulan aku berjaya berhenti merokok
tetapi keinginan untuk merokok masih kuat terutamanya bila ada orang isap rokok sebelah aku
dia punya bau ....huh punya la sedap kata dalaman
hampir 3tahun baru hilang perasaan tu
segalanya berpunca dihati kita
jika kita meletakan ALLAH dan RASUL tinggi didalam hati kita
inshaallah segalanya akan berjaya cuma lambat atau cepat ja
exactly... pengalaman kita hampir sama...
ReplyDeletecuma suatu ketika dulu, dikala itu, tiap kali ku nyalakan batang batang rokok, aku panjatkan doa:
"Ya ALLAH, aku ingin berhenti merokok tapi belum mampu. kuatkanlah hatiku. teguhkanlah jiwaku"
dan doa itu maqbul.... Tq ALLAH