seawal jam enam pagi kami suami isteri bertolak ke ipoh
isteri aku mengandung empat bulan anak pertama kami ketika itu
tujuan kami ke sana ialah untuk menghadiri sesi temuduga isteri aku di sektor kerajaan
selesai temuduga isteri aku menceritakan bahawa
jawatan dan tempat kekosongan yang di tawarkan hanya di sungai siput perak
lalu aku bertanya 'bagaimana'
katanya 'di mana pun boleh' yang penting dapat
lepas itu barulah runding semula dengan pihak yang berkenaan
alhamdulilah
dan isteri aku mendapat tawaran yang ditawarkan
tempatnya juga seperti yang disebutkan ketika sesi temuduga
aku buntu seketika mengenangkan jarak kami akan berpisah
dan keadaan isteri aku yang mengandung
tak tergamak aku nak biarkan isteri aku keseorangan di sana
setiap kali solat aku tidak putus-putus berdoa
tak cukup dengan selepas solat fardu aku buat lagi solat sunat hajat tiap-tiap malam
agar isteri aku dapat ditukarkan ke kawasan yang berdekatan dengan rumah kami
akhirnya permohonan ieteri aku dijawab oleh pihak atasan
keputusannya berjaya dan isteri aku ditempatkan di kawasan selangor
alhamdulilah syukur yang amat sangat kepada ALLAH SWT
genap sembilan bulan
aku mengharapkan bayi lelaki yang akan dilahirkan oleh isteri aku
memang kami sengaja tidak membuat imbasan untuk melihat jantina
akan tetapi kami dikurniakan cahaya mata seorang 'baby girl'
alhamdulilah ...
aku sedikit kecewa tetapi bersyukur dan redha kerana keadaan bayi cukup sifat dan sihat lagi comel
selang dua tahun isteri aku mengandung lagi
alhamdulilah aku bersyukur kerana murah rezeki walaupun bukan dalam bentuk duit
dengan penuh kesabaran aku menanti kehadiran orang baru
dan masih mengharapkan dikurniakan bayi lelaki
bagitulah ketentuan ALLAH SWT
bayi perempuan yang sihat dan comel juga isteri aku melahirkan
lumrah manusia aku masih sedikit kecewa tetapi tetap kena redha
kerana aku sedar itutlah ketentuan ilahi kepada aku
tetap aku tidak berputus asa untuk mendapatkan bayi lelaki
dan tiga tahun selepas kelahiran
isteri aku mengandung lagi
alhamdulilah ...
kali ini aku berdoa siang dan malam sepanjang isteri aku mengandung
moga dikurniakan bayi lelaki
benarlah janji ALLAH SWT
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(Ghaafir 40:60)aku gembira yang teramat sangat
kerana doa aku dimakbulkan ALLAH SWT
kekuatiran pula yang menyelubungi aku
apabila semua perkara yang aku inginkan diperkenankan ALLAH SWT
kerana
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
(Al-Baqarah 2:45)
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah) ....
(Al-Ahzaab 33:35)aku meminta pertolongan kepadaNya
aku mungkin dapat bersabar
aku juga menunaikan solat
tetapi adakah aku merendahkan diri atau hati kepada ALAH SWT
jika tidak setiap masa ,adakah ketika solat aku benar-benar merendahkan diri atau hati
kerana selain daripada maksud berdoa dengan nada yang lemah lembut
rendah diri juga membawa maksud
mengikut segala kehendak ALLAH dan RASUL setiap masa
dengan sentiasa selaraskan kehendak kita mengikut kehendak ALLAH SWT
perkara itulah yang aku takutkan sekarang
kerana aku masih berani mengingkari perintah ALLAH dan RASUL
walaupun berbagai permintaan aku dimakbulkan oleh ALLAH SWT .
hadis Aisyah r.h katanya "apabila Rasullallah SAW mendirikan solat baginda berdiri hingga pecah-pecah telapak kaki baginda .Aisyah r.h berkata 'wahai Rasullallah ,mengapa engkau lakukan ini semua ? sedangkan ALLAH telah mengampunkan segala kesalahan mu samada yang telah lalu ataupun yang akan datang ,baginda menjawab : wahai Aisyah ,tidak bolehkah aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur ! "
(sahih Muslim)
adakah aku masih tidak bersyukur kepada ALLAH SWT ?
kerana bersyukur kepada ALLAH bukan sekadar lafaz "syukur alhamdulilah"
ianya mesti disertakan dengan perbuatan
dan yang paling penting ialah
merendah diri atau hati kepada ALLAH SWT
dengan sentiasa mentaati dan mematuhi segala perintah ALLAH dan RASUL
untuk dipermudahkan agar dapat mentaati dan mematuhi perintah ALLAH dan RASUL
marilah sama-sama kita perbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati
dengan solat atau zikrullah dengan penuh keikhlasan
wallahhualam
inshaallah ...
0 comments:
Post a Comment