tak ada maknanya
jika aku kuat beribadah
tetapi aku gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pekerja
begitu juga
jika aku kuat bekerja
akan tetapi aku gagal menunaikan tuntutan ALLAH SWT
kerana dulu aku seorang yang rajin bekerja
kerja adalah segala-galanya pada aku
aku akan tinggalkan solat jika terlalu banyak kerja
malah aku sanggup tak makan jika ada kerja yang mesti disiapkan dengan segera
keutamaan pada aku ialah kerja mesti beres walau apa jua keadaan
itu ketika aku tidak mengenal islam agama ALLAH
malangnya ...
apabila aku mula mendekatkan diri kepada ALLAH dan RASUL
dan aku semakin memahami sedikit sebanyak tentang nafsu
nafsu yang selalu mengajak aku agar mengingkari segala perintah ALLAH dan RASUL
yang tak henti-henti berbual padahal aku sendiri tidak kenal suara siapakah itu
adakah suara syaitan atau suara yang membisikkan perkara-perkara yang hak di sisi ALLAH dan RASUL
semuanya jadi terbalik
aku harus memaksa diri untuk bangun pagi terutamanya
tentulah untuk solat subuh dan pergi bekerja
kerana dahulunya aku tidak ada masalah untuk bangun pagi
untuk pergi bekerja pula
aku terpaksa pergi juga kerana dah banyak kali aku bertangguh
kerana aku menyedari bahawa ianya tidak selari dengan al quran dan hadis
ketika bertugas pula
aku asyik hendak pulang awal
padahal kerja yang harus diselesaikan masih banyak
dan walaupun masih kenyang dan waktu masih awal
aku hendak juga pergi makan atau berehat
aku tetap nak ikut keseronokkan hati aku sendiri
aku berdegil dan mengutamakan kehendak diri sendiri
daripada aku selaraskannya mengikut kehendak ALLAH dan RASUL
keseronokkan bekerja sudah tidak ada
aku bekerja kerana terpaksa
bukanya kerana lilah hi ta'ala lagi atau ikhlas
apabila diteliti
sebenarnya niat aku dah lari dari landasan yang hak di sisi ALLAH dan RASUL
dan dulu aku rajin bekerja kerana niat aku hanya mahukan duit semata-mata dan naik pangkat jika berkesempatan
bukanlah ertinya sekarang ini aku tidak mahukan duit
akan tetapi mana yang harus diutamakan
niat buat sesuatu perkara ikhlas kerana ALLAH SWT
atau masih nak dahulukan dunia
hidup kita tidak akan boleh lari daripada niat
kerana setiap perkara akan bermula daripada niat
jadi marilah kita sentiasa memeriksa niat kita dalam setiap amal perbuatan
agar kita tidak tergelincir dari landasan yang hak di sisi ALLAH dan RASUL
begitu juga dengan yakin kita kepada ALLAH
marilah sama-sama kita perbanyakkan mengingati ALLAH SWT di dalam hati kita dengan zikrullah atau solat dengan ikhlas
mudah-mudahan keyakinan kita terhadap ALLAH SWT akan meningkat sedikit demi sedikit
barulah kebergantungan hanya kepada ALLAH semata-mata
dan akhir sekali mengenai ikhlas
senang ja
buatlah kerana ALLAH SWT
tidak mengharapkan apa-apa ganjaran dalam setiap amal perbuatan
buat hanya kerana mahukan rahmat dan redha ALLAH SWT sahaja
wallahhualam
inshaallah ...
0 comments:
Post a Comment