kadang-kadang aku ke pantai timur menghantar barang yang dipesan
aku menggunakan van
van persendirian yang tidak didaftarkan untuk tujuan perdagangan
barang yang dipesan selalunya agak banyak mengenangkan perjalanan yang agak jauh
tidak memadai jika aku pergi menghantar barang yang sedikit pesanannya
berbanding dengan jarak perjalanan beratus kilometer
jadi aku terpaksa mengisi barang hingga betul-betul padat di dalam van
dan masalahnya ialah
ianya salah di sisi undang-undang pengangkutan jalan raya di malaysia
oleh kerana keadaan van yang mendap agak ketara
pasti akan ditahan oleh pihak berkuasa seperti polis atau JPJ jika aku terserempak dengan mereka
sebelum memulakan perjalanan
aku dah mula timbul rasa takut jika terserempak dengan pihak berkuasa
laluan perjalanan yang selalu aku guna aku tukar kepada laluan lain
hanya kerana meyakini bahawa laluan itu bebas daripada bertembung dengan pihak berkuasa
kununnya jika aku menggunakan laluan baru itu
padahal aku terlupa sebenarnya
pada siapakah yang perlu aku takut
kepada siapa harus aku berserah
aku terlupa pada ALLAH SWT yang maha kuasa
aku takut kepada makhluk
makhluk yang juga diciptakan oleh ALLAH SWT
kepada ALLAH SWT yang patut aku minta pertolongan ,aku terlupa
kebergantungan atau mengharap bantuan daripada ALLAH SWT hilang pada ketika itu
yakin aku kepada ALLAH SWT juga seperti tiada ketika itu
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar
(Al-Baqarah 2:153) "Apabila kamu hendak meminta ,maka mintalah kepada ALLAH dan bila kamu hendak mohon pertolongan ,maka mohonlah pertolongan kepada ALLAH ."
[hadis riwayat Al Tarmizi]
itulah yang menunjukkan bahawa
hati aku masih mudah dipermainkan oleh syaitan atau nafsu umarahbegitu rapuhnya keimanan aku
hanya dengan sedikit tipudaya aku dah terpengaruh dengan janji-janji manis syaitan
yang hendak gelincirkan akidah dan tauhid aku kepada ALLAH SWT
benarlah sabda rasullallah SAW yang bermaksud
"Bersegeralah kalian mengerjakan amal soleh ,kerana akan terjadi bencana yang menyerupai malam yang gelap ,iaitu seseorang yang pada waktu pagi beriman tetapi pada waktu petang dia kafir atau sebaliknya pada waktu petang dia beriman dan pada pagi harinya dia kafir .Dia menukar agama dengan sedikit keuntungan dunia."
[hadis riwayat Muslim]
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaaq 65:3)dan ketika melalui laluan yang aku sangkakan selamat daripada betembung dengan pihak berkuasa
memang seperti dijanjikan
sebuah kereta peronda polis membuat pusingan U dari arah bertentengan betul-betul di sebelah kanan aku
apa lagi
jawabnya menyalalah lampu siren di atas bumbung kereta peronda polis itu
menandakan yang aku mesti berhenti
alhamdulilah tiada adengan memberi rasuah berlaku
dan aku dilepaskan tanpa dikenakan saman
cuma yang paling mustahak ialah
kepada siapakah yang harus kita takut
0 comments:
Post a Comment