Tuesday, 29 January 2013

0 pendirian

ada kawan marahkan aku kerana aku memperlekehkannya suka menjual barang-barang kegemarannya tujuan kawan aku tu menjual barangnya pula ialah kerana duitnya tidak berapa cukup untuk membeli barangan kegemarannya lain dan dalam membuat sesuatu perkara juga kawan aku tu tidak bersungguh-sungguh aku kununnya jenis yang berpendirian apa sahaja yang aku inginkan pasti akan aku usahakan hingga tercapai cuma antara cepat atau lambat sahaja aku dapat kununnya aku ni jenis yang bersungguh-sungguh atau 'extreme' di dalam hendak dapatkan sesuatu malangnya sekarang apabila aku mula memahami sedikit sebanyak tentang agama ALLAH yang dibawa oleh junjungan...

Thursday, 24 January 2013

0 tertipu

di dalam mencari rahmat dan redha ALLAH aku seringkali tertipu tertipu apakah yang harus di utamakan dahulu di dalam kehidupan seharian aku tertipu dengan diri sendiri sebenarnya kerana aku seringkali mengutamakan hak-hak diri aku dahulu kemudian barulah aku laksanakan hak-hak ALLAH SWT dan kerana itulah pentingnya taat dan patuh kepada segala perintah ALLAH dan RASUL kesan daripada mentaati dan mematuhi segala perintah ALLAH dan RASUL akan membuatkan kita sentiasa ingin selaraskan kehandak diri kita mengikut kehendak ALLAH SWT di dalam kehidupan seharian taat dan patuh juga bererti kita tunduk atau merendah diri dalam kata lain tidak sombong sombong...

Monday, 21 January 2013

0 diri ?

"Pandu Dengan Cermat Sayangilah DIRI Anda" Aku baru balik dari 'outstation' dalam perjalanan tadi aku ternampak satu papan tanda berbunyi seperti di atas jika sekali baca ,seperti tiada yang salah pada maknanya malah memberi peringatan kepada kita supaya lebih berhati-hati ketika memandu inilah permasalahnya pada diri aku ... kenapa aku asyik mengulang-ulangi kesalahan yang sama walaupun aku mengetahui bahawa perkara itu adalah tidak selaras dengan kehendak ALLAH SWT tiada kekuatan untuk aku tegakkan kebenaran di dalam diri aku sendiri bagaimana pula aku hendak menegakkan kebenaran dii sekeliling aku ? DIRI ... kerana tunduk dengan kehendak...

Friday, 18 January 2013

0 ikut siapa

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu kitab ALLAH (al-Quran) dan Sunnahku.” (Hadis Riwayat Malik Ibn Anas) Para nabi dan para rasul sentiasa bersedia hendak melaksanakan perintah atau petunjuk daripada ALLAH   SWT dan sebaliknya dengan keadaan diri aku   sepatutnya semakin banyak aku mengingati ALLAH SWT  samada dengan zikrullah atau solat  aku semakin mentaati dan mematuhi segala perintah ALLAH dan RASUL akan tetapi  aku masih terus-terusan melanggar perintah ALLAH  malah aku berani buat kemungkaran yang baharu tanpa merasai...

Monday, 7 January 2013

0 pertahankan

Benteng-Benteng ImanIman memerlukan benteng yang kukuh yang dapat menahannya daripada terlucut daripada diri seseorang. Antara bentengbentengpenyelamatnya ialah:Yakin: Yakin terhadap semua rukun- rukun Iman dan Islam.Ikhlas: Membuat atau meninggalkan sesuatu perkara hanya kerana Allah.Istiqamah: Menyempurnakan amalan wajib serta meninggikan pangkat dan darjat di sisi                       Allah s.w.t.Beramal Soleh: Melakukan amal soleh sedikit tetapi berkekalan ianya lebih baik dan berkesan daripada banyak tidak istiqamah (berterusan).Mengawal Iman: Dari gangguan nafsu dan syaitan.Bertertib:...
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates