Friday, 29 November 2013

0 pesan ahli suffah

‘janganlah turun dan naik nafas mu itu kosong begitu saja tanpa ingatan kepada ALLAH SWT ‘ pesan ahli suffah klik sini untuk ketahui ahli suffah firman ALLAH ... serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Al-Jumu'ah 62:10) Ingat kepada ALLAH SWT adalah asas kepada pembinaan iman dan takwa .Sedangkan iman dan takwa itu adalah jaminan keselamatan di  dunia dan alam akhirat . Baginda Nabi Muhammad Rasullallah SAW. bersabda:  "Iman memiliki 60 atau 70 cabang lebih. Cabangnya yang paling tinggi adalah ucapan LAA ILAAHA ILLALLAAH (Tiada tuhan...

Monday, 25 November 2013

0 saudara saudaraku

Islam agama yang haq di sisi ALLAH SWT akan tetapi terus disoal dan dicabar oleh golongan golongan liberal yang berjuang atas dasar kebebasan dan hak asasi kemanusiaan Islam dituduh bersifat mengongkong dan diskriminasi dan mereka menuntut untuk kebebasan tanpa peraturan yang amat bercanggah dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri sangat mudah untuk kita melenting dan menuding jari kepada mereka golongan liberal akan tetapi islam juga mengajar kita supaya bermuhasabah diri di atas setiap kejadian kita terdedah kepada serangan bila kita lemah tidak berkeupayaan samada dari segi rohani atau jasmani jika kita gagah perkasa ia tidak akan...

Tuesday, 19 November 2013

0 kisah benar

aku baca quran semalam dan tersentak bila dapat tahu negara Brunei  Darussalam telah mula menguatkuasakan sepenuhnya hukum hudud dalam hati aku memanjatkan rasa syukur kehadrat ALLAH SWT kerana ada juga negara dari sebelah rantau Timur Jauh rumpun yang kecil tapi besar keberaniannya walaupun sangat kaya tetapi tidak tertipu dengan kekayaannya membuktikan rasa iman dan takwanya kepada maha pencitpa akur dengan kehendak dan perintahNya ,lantas melaksanakan hukumNya jika diteliti al quran terlalu banyak firman ALLAH SWT yang maksudnya agar hukum dan peraturanNya itu dilaksanakan tanpa perlu ragu ragu berdolak dalih apatah lagi takut dengan...

Monday, 18 November 2013

0 betapa pentingnya kalimah tauhid

Sebagaimana yang disebutkan Ibnu katsir dalam tafsirnya. Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ” [ أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَقُوْلُوا لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ ، فَمَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ فَقَدْ عَصَمَ مِنِّي مَالَهُ وَنَفْسَهُ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ وَحِسَابُهُ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ ] متفق عليه  Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan La ilaaha illallah.  Barangsiapa mengucapkan Laa ilaaha illallah maka terlindungi harta dan jiwanya dariku kecuali menurut hak Islam dan perhitungannya disisi Allah Azza wa Jalla  (Muttafaq Alaihi)     Amanah...

Friday, 8 November 2013

0 Menyayat Hati

Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit. Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."Pesakit: "Wah, apa dia?"Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di...

Friday, 1 November 2013

0 bangkitlah wahai saudaraku [wajib baca]

aku tak pernah tahu pasal tauhid  aku tak pernah tahu pasal kalimah tauhid  aku juga tak pernah tahu pasal mesti mentauhidkan ALLAH SWT  hidup aku semberono aku buat apa sahaja yang sesuai dengan kehendak nafsu  dan yang baik mengikut akal logik fikiran  asalkan tidak menggangu orang lain  segala galanya berpusing tiga ratus enam puluh darjah apabila aku mula mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan kalimah tauhid LA'ILLAH HA'ILLALLAH MUHAMMADA RASULLALLAH  apabila diteruskan di dalam hati  aku menjadi semakin seronok  di tambah pula dengan kelas usrah(tadabur al quran) seminggu sekali  aku...
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates