Islam agama yang haq di sisi ALLAH SWT
akan tetapi terus disoal dan dicabar oleh golongan golongan liberal yang berjuang atas dasar kebebasan dan hak asasi kemanusiaan
Islam dituduh bersifat mengongkong dan diskriminasi
dan mereka menuntut untuk kebebasan tanpa peraturan yang amat bercanggah dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri
sangat mudah untuk kita melenting dan menuding jari kepada mereka golongan liberal
akan tetapi islam juga mengajar kita supaya bermuhasabah diri di atas setiap kejadian
kita terdedah kepada serangan bila kita lemah tidak berkeupayaan
samada dari segi rohani atau jasmani
jika kita gagah perkasa ia tidak akan jadi begitu
bila kita kuat kita dihormati dan digeruni
kita diserang kerana kita hanyalah sekadar buih buih di lautan dan hidangan yang akan diratah dan dimamah oleh mereka
Dalam satu hadis Nabi s.a.w., baginda telah menggambarkan umat di akhir zaman seperti buih.
“Akan datang umat-umat yang berkerumunan ke atas kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan.”
Maka seorang bertanya : “Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?”
Baginda s.a.w menjawab: “Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesunguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu.”
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah al-Wahn?”
Baginda menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut mati.”
(Sahih - Hadis riwayat Abu Daud)
kenapa nak menyalahkan mereka
sudah tentu mereka musuh yang pasti akan beraksi sebagaimana wajarnya seorang musuh
soalan pokoknya
bagaimana kita umat islam
umat baginda Nabi SAW
hari ini kita umat yang amat lemah
kerana kita tidak lagi berpegang kepada tali agama ALLAH iaitu tauhid
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
(A-li'Imraan 3:103)betul kita solat ...
kita banyak ilmu ...
tapi benar kah kita orang yang sungguh sungguh mentauhidkan ALLAH SWT dengan ikhlas
umat yang mensia siakan tauhid pasti ditimpa kehinaan
justeru itu marilah dengan ikhlas menanamkan benih benih tauhid ke dalam hati kita dan jiwa
dengan banyak mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan kalimah
la illah ha illallah muhammada rasullallah
serta mengelakkan diri dari syirik iaitu menduakan ALLAH SWT
moga ALLAH sentiasa merahmati dan memberkati kita
in sya allah ...
0 comments:
Post a Comment