Monday, 25 November 2013

0 saudara saudaraku



Islam agama yang haq di sisi ALLAH SWT
akan tetapi terus disoal dan dicabar oleh golongan golongan liberal yang berjuang atas dasar kebebasan dan hak asasi kemanusiaan

Islam dituduh bersifat mengongkong dan diskriminasi
dan mereka menuntut untuk kebebasan tanpa peraturan yang amat bercanggah dengan fitrah kejadian manusia itu sendiri

sangat mudah untuk kita melenting dan menuding jari kepada mereka golongan liberal
akan tetapi islam juga mengajar kita supaya bermuhasabah diri di atas setiap kejadian

kita terdedah kepada serangan bila kita lemah tidak berkeupayaan
samada dari segi rohani atau jasmani
jika kita gagah perkasa ia tidak akan jadi begitu
bila kita kuat kita dihormati dan digeruni
kita diserang kerana kita hanyalah sekadar buih buih di lautan dan hidangan yang akan diratah dan dimamah oleh mereka

Dalam satu hadis Nabi s.a.w., baginda telah menggambarkan umat di akhir zaman seperti buih.

“Akan datang umat-umat yang berkerumunan ke atas kalian seperti kerumunannya orang-orang yang makan pada satu pinggan.” 
Maka seorang bertanya : “Apakah jumlah kami pada ketika itu sedikit?” 
Baginda s.a.w menjawab: “Bahkan jumlah kamu pada saat itu ramai. Akan tetapi keadaan kamu seperti buih-buih di lautan. Dan sesunguhnya Allah akan mencabut dari (hati) musuh-musuh kamu rasa takut terhadap kamu serta akan ditimpakan (penyakit) al-Wahn di dalam hati-hati kamu.” 
Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah al-Wahn?” 
Baginda menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut mati.”

(Sahih - Hadis riwayat Abu Daud)

kenapa nak menyalahkan mereka
sudah tentu mereka musuh yang pasti akan beraksi sebagaimana wajarnya seorang musuh

soalan pokoknya

bagaimana kita umat islam
umat baginda Nabi SAW
hari ini kita umat yang amat lemah
kerana kita tidak lagi berpegang kepada tali agama ALLAH iaitu tauhid

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
(A-li'Imraan 3:103)

betul kita solat ...
kita banyak ilmu ...
tapi benar kah kita orang yang sungguh sungguh mentauhidkan ALLAH SWT dengan ikhlas

umat yang mensia siakan tauhid pasti ditimpa kehinaan
justeru itu marilah dengan ikhlas menanamkan benih benih tauhid ke dalam hati kita dan jiwa
dengan banyak mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan kalimah
la illah ha illallah muhammada rasullallah
serta mengelakkan diri dari syirik iaitu menduakan ALLAH SWT
moga ALLAH sentiasa merahmati dan memberkati kita

in sya allah ...


Tuesday, 19 November 2013

0 kisah benar



aku baca quran semalam
dan tersentak bila dapat tahu negara Brunei  Darussalam telah mula menguatkuasakan sepenuhnya hukum hudud
dalam hati aku memanjatkan rasa syukur kehadrat ALLAH SWT
kerana ada juga negara dari sebelah rantau Timur Jauh rumpun yang kecil tapi besar keberaniannya
walaupun sangat kaya tetapi tidak tertipu dengan kekayaannya
membuktikan rasa iman dan takwanya kepada maha pencitpa
akur dengan kehendak dan perintahNya ,lantas melaksanakan hukumNya

jika diteliti al quran
terlalu banyak firman ALLAH SWT yang maksudnya agar hukum dan peraturanNya itu dilaksanakan
tanpa perlu ragu ragu berdolak dalih apatah lagi takut dengan reaksi dan tindakbalas pihak yang tidak setuju

hayatilah dengan ikhlas firman ALLAH SWT pada ayat di bawah

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
(Al-Ahzaab 33:36)

tahniah dan syabas kepada pemerintah Brunei
moga ALLAH berikan kekuatan kepada kami untuk mengikut jejak langkah kalian ....

ketika menunaikan solat sunat dhuha pagi tadi
aku terlintas akan kejadian yang terjadi sekitar tahun 2000 di selatan tanah air
kawan aku yang bekerja sebagai 'fund manager' di Singapura dan menatap di Johor dengan seorang ahli abid yang kuat peganganya kepada al quran dan hadis
kawan aku itu dulunya bertugas di London dan amat mahir dengan selok belok kewangan dan ekonomi
lalu dia bertanya kepada ahli abid itu ,bolehkah tuan bermohon kepada ALLAH ...dalam masa sepuluh tahun akan datang ini ,matawang manakah di dunia ini yang paling kukuh dan stabil .
kerana ketika itu ekonomi amerika dan united kingdom amat kukuh
seperti tidak akan tergugat

si abid memejamkan matanya dan bermohon kehadrat ALLAH SWT
kemudian beliau membuka mata lantas menjawab ....
matawang brunei ...bukan amerika bukan united kingdom dan bukan jepun
malah brunei akan menjadi contoh dalam menjalankan hukum dan peraturan al quran

jawapan itu amat mengejutkan orang yang bertanya dan semua yang berada di situ

lima tahun berlalu ,kebetulan aku bertemu dengan kawan aku itu
dia tidak lagi bekerja di Singapura ,sekarang dia orang berjawatan tinggi di CIMB
katanya kepada aku ,dia pelik ,sungguh pelik bagaimana seorang yang tidak tahu pasal ekonomi dunia ,tak tahu pasal matawang antarabangsa tapi sebaliknya apa yang beliau(ahli abid) cakap itu benar benar terjadi

aku tersenyum dan memberitahu kepada kawan aku itu
bahawa ahli abid itu bukan meramal
akan tetapi bermohon petunjuk daripada ALLAH SWT
dan hari ini apa yang ahli abid itu cakap terbukti benar benar terjadi

maka aku teringat akan kata kata abid itu
agar kita sebagai orang yang beragama islam
wajib bersungguh sungguh mentauhidkan ALLAH SWT
memperbanyakkan zikrullah di dalam hati
dengan kalimah tauhid la'illah ha'illallah muhammada rasullallah
buatlah dengan keilkhlasan kerana ALLAH

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun


tauhid yang bertapak di hati itu akan menjadi satu kekuatan untuk kita mengamalkan isi kandungan al quran dan sunnah di dalam setiap juzuk kehidupan kita
benar ... ada orang mengatakan zikrullah dan kalimah tauhid itu hanya perkara kecil
tetapi hukum kehidupan mengatakan bahawa
bila kita tidak mengamalkan yang kecil mana mungkin kita akan mampu untuk memikul perkara yang lebih besar

jangan meremahkan tauhid kepada ALLAH SWT
kerana sudah ramai umat terdahulu sesat dan binasa apabila mereka mensia siakan tauhid kepada ALLAH SWT
bukankah perkara pertama yang ALLAH SWT ajar kepada Nabi Adam as di dalam syurga itu adalah kalimah tauhid dan kalimah tauhid itu juga perkataan yang paling mulia dan paling agong dari semua perkataan yang ada di dalam perbendaharaan kata umat manusia

itulah kesanya
apabila kita membuka hati memberi ruang kepada ajakan yang berlandaskan al quran dan hadis
kawan aku itu mengamalkan apa yang disarankan oleh abid
dan kini hidup kawan aku itu dan ahli keluarganya mula berubah kepada lebih baik





لا تنظروا إلى من قال انظروا إلى ما قال

Maksudnya: 

“Janganlah kamu lihat kepada siapa yang berkata, lihatlah kamu kepada apa yang dikatakan." 

[Dinukilkan oleh Imam Jalaluddin as-Suyuthi dari Ibn as-Sam'ani]

tak perlulah berpolemik
jika ingin tahu ...
buat dan amalkan sungguh sungguh dengan keikhlasan
moga kita diberi kekuatan untuk mencontohi Brunei yang dirahmati ALLAH SWT





Monday, 18 November 2013

0 betapa pentingnya kalimah tauhid



Sebagaimana yang disebutkan Ibnu katsir dalam tafsirnya. Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

” [ أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَقُوْلُوا لاَإِلَهَ إِلاَّ اللهُ ، فَمَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ فَقَدْ عَصَمَ مِنِّي مَالَهُ وَنَفْسَهُ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ وَحِسَابُهُ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ ] متفق عليه 

Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka mengucapkan La ilaaha illallah. 
Barangsiapa mengucapkan Laa ilaaha illallah maka terlindungi harta dan jiwanya dariku kecuali menurut hak Islam dan perhitungannya disisi Allah Azza wa Jalla 
(Muttafaq Alaihi) 


   Amanah Allah kepada kita, datang suci kembali suci.  Semasa di alam ROH suci, sedikit pun tidak ada syirik, sebab duduk nyata Allah sentiasa, tetapi setelah datang ke alam zahir (dunia) ini terdinding, sudah pun syirik, tidak suci lagi.  

Petikan dari sebuah hadis Rasullallah saw, dari Abu Hurairah, 

"Apabila diberi Amanah mereka khianati" (S.M.).  

Apa dia amanah yang dimaksudkan?  

Jawabnya ialah dari suci hendaklah kembali suci.  
Mestilah nyata Allah sentiasa pada tiap-tiap sesuatu.  Inilah amanah yang paling berat, yang tidak disanggupi oleh makhluk-makhluk jenis lain, melainkan manusia.

 Marilah kita menyahut seruan Nabi Muhammad SAW 
dengan memperbanyakkan zikir kalimah tauhid di dalam hati 

Friday, 8 November 2013

0 Menyayat Hati




Menyayat Hati: Perbualan Jururawat dan Pesakit. 

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan
sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.
Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap
masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...
Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar
masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid...  "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.

Friday, 1 November 2013

0 bangkitlah wahai saudaraku [wajib baca]



aku tak pernah tahu pasal tauhid 
aku tak pernah tahu pasal kalimah tauhid 
aku juga tak pernah tahu pasal mesti mentauhidkan ALLAH SWT 

hidup aku semberono
aku buat apa sahaja yang sesuai dengan kehendak nafsu 
dan yang baik mengikut akal logik fikiran 
asalkan tidak menggangu orang lain 

segala galanya berpusing tiga ratus enam puluh darjah
apabila aku mula mengingati ALLAH SWT di dalam hati dengan kalimah tauhid
LA'ILLAH HA'ILLALLAH MUHAMMADA RASULLALLAH 
apabila diteruskan di dalam hati 
aku menjadi semakin seronok 

di tambah pula dengan kelas usrah(tadabur al quran) seminggu sekali 
aku semakin memahami agama ALLAH

insaflah kita bahawa 
setiap kali berlakunya konflik ,akhirnya yang menjadi mangsa adalah umat islam .
tiap kali berlaku pertembungan akhirnya umat islam lah yang akan menanggung derita dan sengsara

manusia hari ini melindungi dan mengasihi haiwan 
tapi umat islam diperlakukan seperti objek yang langsung tidak ada nilai 
lebih hina dari haiwan  

ingatkan kembali musibah yang menimpa umat islam
sekarang ini di palestine gaza
dan di kemboja ,bosnia herzegovina ,chechenya,kashmir ,iraq ,mesir dan syria


umat inilah hari ini 
yang ditimpa kebuluran yang miskin yang merempat yang jadi pelarian yang diperangi dan dibunuh sesuka hati
bermusuhan sesama sendiri hanya kerana berbeza fahaman dan mazhab

wahai saudara saudarakku
hari ini dunia yang penuh dengan fitnah dan kejahatan ini menjadikan islam dan umat ini sebagai mangsa .
lebih malang lagi di kalangan sesama islam tidak wujud lagi ukhwah islamiyah 
hilang sudah semangat untuk berkorban dan membela sesama islam 
inilah saat saat akhir zaman 
di mana kuasa Dajjal Yakjut dan Makjut mencengkam dan menguasai dunia 
dan alam ini di penuhi dengan kejahatan

justeru itu wahai saudara saudaraku
aku dengan rendah hati mengajak kita semua untuk mengangkat tangan
bukan mengangkat senjata 
bermohon doa dan bermunajat kehaderat ALLAH SWT 
moga di datangkan Pemimpin Agong Umat Islam DI Akhir Zaman 
iaitu tidak lain dan tidak bukan Muhammad Abdullah Imam Al Mahdi a.s 
sebagai janji ALLAH SWT yang telah disebut oleh Baginda Nabi SAW 
sebagai penyelamat umat ini yang akan datang membawa keadilan 
keamanan dan kesejahteraan di bawah pimpinannya setelah dunia di penuhi dengan kejahatan 

beriman kepada hari kiamat itu wajib dan ia rukun iman 
maka semestinya beriman dengan Al Mahdi  as itu juga wajib kerana kemunculannya adalah tanda besar kiamat

marilah kita berhajat dengan ikhlas kehadrat ALLAH SWT 
di samping mengukuhkan tauhid kepada ALLAH SWT  
dengan memperbanyakkan zikrullah di dalam hati dengan kalimah la’illah ha’illallah muhammada rasullallah

ingatlah 
bahawa sesungguhnya tidak sempurna iman 
sehingga saudara seislam itu dikasihi sebagaimana kasihnya kita kepada diri kita sendiri

mohon di sebarkan .
Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates