Sunday, 11 September 2022

0 Jangan Sombong Sangat

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Ghafir, Verse 3:


Yang Mengampuni dosa dan Menerima taubat lagi keras hukuman-Nya. Yang mempunyai karunia. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Hanya kepada-Nya-lah kembali (semua makhluk).


Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi ” 

(Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah)


Dari Abdullah bin Mas’ud RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Tidak akan masuk syurga, orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari kesombongan.” Seorang laki-laki bertanya, “Sesungguhnya laki-laki menyukai apabila baju dan kasutnya bagus – cantik (apakah ini termasuk kesombongan)?” Baginda menjawab: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan  menyukai yang cantik, kesombongan itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia.” 

(HR Muslim No: 131)


-Sentiasalah mohon taubat pada Allah, sentiasalah istigfar di dalam hati agar Allah mengampuni dosa² kita yang lalu

Selagi tidak melakukan dosa² besar dan tidak sombong riak takbur serta sekutukan Allah SWT

Kerana sedarkah kita dahulunya jin(iblis) setaraf malaikat sudah berada di dalam syurga

*lihat surah Al Baqarah ayat 30-34

Hanya kerana sifat sombong ia di laknat oleh Allah

Jika di fikirkan logik akal pasti amal dan keikhlasan serta ilmu jin(iblis) ketika itu sangat tinggi

Sebab itu ia berada di dalam syurga sebelum di campakkam ke bumi

Kita hari ini janganlah ada sifat sombong di dalam diri, inilah yang Allah tak akan ampunkan malah mengundang kemurkaan Allah

Jadikan tabiaat dalam kehidupan kita, sentiasa kembali pada Al Quran dan Sunnah yang sebenar di dalam setiap perkara.


https://t.me/dakwahakhir


Tuesday, 2 August 2022

0 Masuk Sepenuhnya

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Al-Baqara, Verse 208:


Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.


Surah Ghafir, Verse 60:


Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina".


-pastikan sentiasa memilih jalan berlandaskan perintah Allah dan RasulNya di dalam kehidupan seharian. 

Jangan biarkan nafsu umarah menguasai hati kelak dia yang akan membimbing. 

Jangan mengamalkan islam hanya yang seronok dengan nafsu kita, latih diri berdoa bersungguh² mohon pertolongan Allah

Sentiasalah mengingati Allah di dalam hati dengan 

*kalimah tauhid

*selawat 

*istigfar dan 

*innalillahiwainailairojiun 

Apabila di timpa musibah


dan pelihara solat fardhu tanpa sekutukan Allah SWT 


Kuncinya ikhlas di dalam setiap perkara


https://t.me/dakwahakhir


Wednesday, 13 July 2022

0 Niat di mana

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Daripada Umar bin al-Khattab RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda:


“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”. [Riwayat al-Bukhari (1)]


Daripada Jundub RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


“Barangsiapa yang beramal kerana sum’ah (membuat sesuatu agar orang mendengarnya) maka Allah SWT akan menjadikannya (amalan) sebagai sum’ah dan barangsiapa yang beramal kerana riyak (membuat sesuatu amalan agar orang bercakap mengenainya) maka Allah SWT menjadikannya (amalan) sebagai riyak”. [Riwayat al-Bukhari (6499)]


Firman Allah SWT:


“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah SWT dengan mengikhlaskan ibadah kepada-Nya”. [al-Baniyyah:5]


-niat itu di dalam hati, hanya kita dan Allah sahaja yang tahu hatta malaikat pon tidak tahu apa yang kita niatkan.Jangan tipu diri sendiri, 

Perbanyakkanlah niat2 yang baik dan cubalah semampu yang mungkin tunaikan apa yang telah di niatkan itu kerana Allah semata². 

Umarah/qarin sentiasa akan menghalang kita daripada melaksanakan perkara yang haq, 

Hanya dengan memperbanyakkan zikrullah di dalam hati penuh ikhlas setiap masa, 

In sya Allah kita pasti akan dapat menunaikan setiap apa yang telah di niatkan. 

Peliharalah solat fardhu dengan ikhlas dan jangan sesekali sekutukan/syirikkan Allah SWT 


https://t.me/dakwahakhir

Saturday, 2 July 2022

0 Kemenangan Sebenar

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Surah Az-Zumar, Verse 17:


Dan orang-orang yang menjauhi thaghut (yaitu) tidak menyembahnya dan kembali kepada Allah, bagi mereka berita gembira; sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba-hamba-Ku,


Surah Az-Zumar, Verse 18:


yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.


Adalah Rasulullah SAW dalam khutbahnya, dia memuji Allah dan memuja-Nya mengikut yang selayaknya, kemudian bersabda: “Sesiapa yang Allah hidayatkan padanya, maka dia tidaklah sesat dan siapa yang disesatkannya, nescaya seseorang itu tidak akan mendapat petunjuk.”


Riwayat Muslim (867) dan al-Nasaie (1578)


-kemenangan yang sebenar dalam kehidupan

Sentiasalah mengingkari ajakkan nafsu umarah yang setiap masa menyuruh kita kufur kepada Allah SWT

dan senantiasa mencari/mengharapkan petunjuk yang haq dari Allah dalam menjalani kehidupan 

Mustahil tanpa keikhlasan dalam memelihara solat fardhu, tidak menyekutukan Allah

Malah sentiasa melazimi hati mengingati Allah/zikrullah dengan kalimah tauhid, selawat istigfar dan innalillahiwainailairojiun apabila di landa musibah 

Kita akan memperolehinya


https://t.me/dakwahakhir

Monday, 27 June 2022

0 Korban yang di angkat

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


“Daripada Ibn Abbas, Ia berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; Ada tiga perkara yang hukumnya wajib ke atasku dan sunat bagi kamu : sembahyang witir, ibadah korban dan sembahyang duha” 

HR Ahmad No 1946


Surah Al-Hajj, Verse 37:


Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.


-berusahalah melakukan ibadah korban, memadai seekor kambing

Lakukanlah kerana Allah, ikhlas dan takwa yang di pandang oleh Allah

Bagaimana nak ikhlaskan segala amal perbuatan kerana Allah

Bermula dari niat iaitu di dalam hati, tanpa melatih hati sentiasa mengingati Allah, agak susah keikhlasan muncul

Esa kanlah Allah, nafikan lah sungguh² tiada tuhan selain Allah di dalam hati, sentiasa pastikan Allah yang paling tinggi kedudukanNya di dalam hati kita 

Syirikan Allah jangan sesekali

Sentiasa pastikan setiap amal perbuatan yang kita nak laksanakan adakah sesuai dengan kehendak Allah dan RasulNya atau sesuai dengan kehendak nafsu umarah. 


https://t.me/dakwahakhir

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates