Wednesday, 24 August 2011

0 jaga kebersihan








Basahkanlah lidah kita dengan zikrullah, menyebut dan mengingati ALLAH swt  ketika berseorangan atau dengan  ahli keluarga dan sahabat-sahabat. Zikir yang dilaksanakan secara berterusan akan menghidupkan hati, merasa cinta yang mendalam kepada ALLAH swt dan telah terbina ikatan perhubungan yang erat dengan ALLAH swt. Alangkan bahagianya hidup ini sekiranya nur taufik dan hidayah daripada Tuhan yang Maha Pengasih  lagi Maha Penyayang menyerap masuk di dalam hati kita, kerana nikmat inilah yang telah dimiliki oleh golongan muttaqin, solihin, muhlisin dan muqarrabin.

Firman ALLAH swt maksudnya : "Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan takut dan bukan dengan suara keras, di waktu pagi dan petang dan janganlah engkau termasuk orang-orang yang lalai" (Surah al-A'raf ayat 205)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan berzikirlah engkau semua kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya, supaya engkau semua berbahagia." (Surah al-Jumu'ah ayat 10)

Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a. dari Nabi saw  sabdanya yang bermaksud : "Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepadaNya ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati." (Hadis Riwayat Bukhari)

Nabi saw bersabda maksudnya : "Perumpamaan rumah yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah dan rumah yang tidak digunakan untuk berzikir kepada Allah adalah seperti benda yang hidup dan benda yang mati."
(Hadis Riwayat Muslim)

kerana hati itu pinjaman dari ALLAH swt kepada kita 
jadi kita mestilah menjaga amanah yg diberikan oleh ALLAH supaya kekal bersih 
sepertimana mula2 ALLAH swt berikan kepada kita 
takkan kita nak pulangkan nanti dalam keadaan kotor 
jika manusia pun marah barang yg dipinjamkan dipulangkan dlm keadaan tidak sempurna 
begitu juga ALLAH swt lagi kita tak tahu bagaimana marahnya ALLAH 

Tuesday, 23 August 2011

1 bagaimana bermula





dulu aku kerja selalu 'outstation' jadi keraplah singgah di R&R lebuhraya atau surau2 untuk solat dan sebagainya
selalunya bila 'time' solat ja aku suka 'join' kalau ada yg sedang solat berjemaah
masalahnya aku ni tak tahu mcm mana solat jamak
kerap aku kena 'join' dgn jemaah yg sedang solat jamak
bila dia org habis dua rakaat zohor atau asar ,mula la aku terpinga2
nak teruskan atau sambung lagi dua rakaat atau berhenti ikut dia org
selalunya aku akan terus sambung solat mcm biasa
tapi aku rasa tak puas hati
sebab tak boleh sama2 berjemaah dgn dia org

satu hari tu aku balik kampung dan aku memang dah bertekad nak tanya kawan aku
dulu dia pun malaun mcm aku gak
tapi dia dah mula berubah yg aku perasan dia banyak cenderung kpd agama
biasa la kita ni bila dah berumur sikit mesti la malu kalau nak pi masjid atau pejabat agama nak tanya pasal  agama
jadi aku ambil kesempatan tanya kawan aku soalan2 agama
terutamanya pasal solat jamak
dia pun terangkan pada aku satu persatu

alhamdulillah aku mula paham pasal solat jamak
dan aku mula praktikan bila 'outstation'
jadi kami selalu berhubung selepas peristiwa tanya menanya
selang seminggu aku jumpa lagi kawan aku tu
kerana kali ni 'site' kerja aku dekat dgn kampung aku
jadi tiap2 minggu la aku balik kampung
pada minggu kedua kawan aku tu banyak cita pasal solat (tiang agama)
lagi pun aku pada masa tu bukanya jaga sangat solat
time ok solat la time sibuk sikit terus tinggal

minggu ketiga kawan aku banyak sampaikan mengenai zikir atau mengingati ALLAH didalam hati
kerana itu lah dasar agama
aku hanya dengar ja masa tu
dia suruh la aku jaga zikir kalimah tauhid (la'illah ha'illallah muhammadarasullallah)
masa tu aku bukanya tahu apa itu kalimah tauhid
dia juga suruh aku jaga selawat keatas baginda nabi saw
dan istifar
aku tak buat pun lepas dia cita tu cuma aku suruh dia tulis sebab aku tak ingat zikir2 tu

minggu seterusnya mcm biasa bila balik kampung aku aku mesti jumpa kawan aku tu untuk sembang pasal agama
dan memang nak dijadikan cerita
supervisor aku tu jenis yg tak 'friendly' banyak diam n 'moody'
jadi masa 'on the way' nak ke tempat keja diatas jambatan pulau pinang
aku dok termenung tengok laut sebab jalan jem dan dengan malas aku nak layan 'moody' supervisor aku tu
aku terlintas "daripada aku dok termenung pikir yg bukan2 baik aku zikir dalam hati"
maka ketika saat itu lah bermulanya zikir aku didalam hati
mula2 tu boring gak sebab asyik ulang2 zikir kan
tapi sebab malas nak melayan si 'moody' aku teruskan ja sampai ke petang
pas tu aku mula zikir bila boring ,kalau time aku sibuk aku terlupa nak zikir
lama kelamaan aku dah mula jadi seronok dan aku dah mula zikir setiap masa

hingga aku balik ke kuala lumpur ada seorang aku bagi hadis qudsi
bila aku mula membaca hadis qudsi tersebut barulah aku mula paham
wallahhualam
inshallah


Monday, 22 August 2011

0 alangkah nikmatnya






selalunya bila masuk sepuluh terakhir berpuasa
ramai yg akan berbicara mengenai malam lailatulqadar
islam itu indah seni dan dalam quran juga ALLAH swt banyak berkias dengan kita
supaya kita menghayati ayat2 ALLAH swt
barulah kita dapat memahami apa yg dimaksudkan oleh ALLAH kepada kita

untuk menghayati ayat2 ALLAH swt kita perlulah membersihkan hati kita dahulu daripada kekotoran
kerana nabi saw pun sentiasa istifar mahon ampun kepada ALLAH swt sekurang2nya 70kali sehari
bermakna ALLAH swt itu maha suci jadi jika kita nak dekatkan diri kepada ALLAH swt
kita haruslah berusaha membersikan hati kita
bagaimana nak bersihkan hati kita
perbanyakan lah mengingati ALLAH swt didalam hati
maka apabila kita mengahayati ayat2 quran barulah senang mendapat kefahaman dari ALLAH swt

al quran itu mulia disisi ALLAH swt
dan dalam setahun ada 12bulan
ALLAH swt memilih 1bulan sahaja daripada 12bulan iaitu bulan ramadhan untuk menurunkan al quran  yg mulia
jadi kita ni dikalangan umat manusia seluruh pelusuk dunia
hendaklah berusaha bersungguh2 menghayati al quran tadabur al quran
amalkan dalam kehidupan seharian
kerana jika al quran itu turun dihati kita dikalangan berjuta2 umat manusia
bererti kita lah yg dapat kemulian disisi ALLAH swt  bukan disisi makhluk atau disisi manusia
turunya al quran dihati itu bererti kita dapat memahami ayat2 ALLAH swt seiring dengan kehendak ALLAH swt dan RASULNYA muhammad saw dan mendapat petunjuk daripada ALLAH swt didalam menjalani kehidupan seharian dan kita tak lah hidup berlandas nafsu akal fikiran logik kita yg tah apa2

tapi pada hari ini semua orang tercari2 lailatulqadar
dengan berbagai2 persiapan seperti solat malam tadarus dan sebagainya
dan lagi satu masalah yg kita tak perasan
adakah kita merasai jika kita beribadah pada malam tersebut
tak ada maknanya jika kita tak merasai apa2
dan bukanlah sia2 pula ibadah pada malam tersebut jika tak merasai
umpama kita makan nasi ayam mesti kita merasai keenakan nasi ayam tersebut
dengan lembutnya ayam terasa hingga kedalam isi ayam
sedapnya nasi dengan wanginya
sedapnya sambal yg tak berapa pedas dan tak berapa manis
tetapi berapakah orang yg dapat merasai bila makan nasi ayam
banyak yg makan kunyah2 terus telan ja ,kenyang jugak tapi tak ada nikmat

jadi marilah kita sama2 menTAUHIDkan kembali ALLAH swt dihati kita
dengan perbanyakan mengingati ALLAH swt
wallahhualam
inshallah ...

Saturday, 20 August 2011

0 pekara yg mungkin kita tahu tapi tak diamalkan






malam ini selepas magrib kita sudah memasuki malam ganjil malam ke21 dibulan ramadhan
berbaki 9hari lagi untuk kita beribadat sebelum berakhirnya ramadhan
meh la sama2 kita bersungguh2 dengan penuh keIKHLASan menunaikan hak2 ALLAH swt
kerana janji ALLAH swt dalam hadis qudsi
jika kita tunaikan hak ALLAH
ALLAH akan tunaikan pula hak2 kita (inshaallah)
*tetapi ikhlas lah dalam beribadat mengharapkan rahmat dan redha dari ALLAH swt
  bukanya mengharapkan ganjaran

cubalah kita amalkan dalam kehidupan kita
-makan dengan tangan kanan
-minum juga dengan tangan kanan
-buang air besar bercangkung
-buang air kecil bercangkung
-keluar dari rumah dengan kaki kanan dahulu berserta (bismilah hitawakkal tuallallah)
-memakai kasut kaki kanan dahulu
-hendak masuk ke tandas dengan kaki kiri
-keluar dari tandas dengan kaki kanan
-hendak masuk masjid dengan kaki kanan
-keluar dari masjid dengan kaki kiri

disamping kita mengingati ALLAH swt setiap masa didalam hati
cubalah tunaikan dan istiqomah dalam ibadah2 sunat seperti
-solat sunat dhuha
-solat malam
-puasa sunat isnin dan kamis selain bulan ramadhan
-membaca al quran ,menghayati dan amalkan dalam kehidupan

inshaallah moga2 kita dapat merasai kenikmatan beribadah dimalam lailatulqadar
inshaallah ...

Friday, 19 August 2011

0 inilah hajiku dan zakat





Ini merupakan kisah yang membuat saya berkali kali tertarik untuk membacanya dan berkali kali juga menitikkan air mata..semoga bermanfaat dan menjadikannya cermin bagi kita semua, Amien…)
Ada seseorang yg ingin menunaikan ibadah haji yg ke-3 kalinya, beliau merasa bimbang karena mendengar pendapat ulama bahwa kewajiban haji hanya satu kali, maka ia bertanya pada seorang ustaz. Ustaz tersebut memohon maaf karena dia tidak dapat menjawab secara fekah tapi ia menceritakan sebuah kisah:
Dahulu pd zaman Tabi’in ada seorang ulama terkenal yg bernama Abdullah bin Mubarrak yang sedang menunaikan ibadah haji, setelah beliau selesai menunaikan seluruh syarat dan rukun haji beliau tertidur di tepi telaga zamzam, lalu dalam mimpinya beliau mendengar percakapan dua malaikat yg memperbincangkan bahwa dari sekitar 500 ribu orang yang mengerjakan ibadah haji tahun ini tidak ada seorang pun yang mabrur, tapi karena keikhlasan seorang hamba Allah yg bernama Muwaffaq, seorang tukang sepatu dari Baghdad, seluruh ibadah haji umat Islam pada tahun ini menjadi mabrur dan diterima oleh Allah SWT.
Abdullah tersentak bangun dari tidurnya, dan ia yakin bahwa ini bukan mimpi biasa maka pada hari itu juga beliau berangkat ke kota Baghdad dgn perjalanan mengambil masa berbulan bulan dan mengharungi padang pasir yg panas, akhirnya sampailah beliau di kota Baghdad.
Kedatangan beliau telah diketahui oleh masyarakat Baghdad karena beliau adalah seorang ulama terkenal, sesampainya disana setelah melakukan shalat sunnat dua rakaat beliau segera mencari dan bertanya kepada jamaah yg hadir apakah mereka mengetahui seorang tukang sepatu yg bernama Muwaffaq.Maka mereka pun menunjukkan rumahnya.
Sesampainya dirumah Muwaffaq, Abdullah bin Mubarrak langsung memeluknya, dan berkata, “ Duhai engkaulah yg menyelamatkan ibadah haji kami pada tahun ini.Amalan apakah yang engkau kerjakan sehingga Allah SWT tidak hanya ridha kepada Engkau tapi juga ridha kepada ibadah haji kami?”
Muwaffaq tertunduk diam. Tiba tiba ia berkata dengan suara tersekat, “ Alhamdulillah ya Allah, ternyata engkau terima juga hajiku akhirnya.” Air matanya mengalir dengan terisak menangis kebahagiaan.
Abdullah dan seluruh rombongan yg hadir pada saat itu tidak mengerti mengapa Muwaffaq menangis bahagia.
Setelah tangisnya reda Muwaffaq bercerita..
“Sudah puluhan tahun saya rindu untuk menunaikan ibadah haji, begitu mendabakan sampai terbawa mimpi, teramat sering saya bermimpi untuk dapat mencium hajar Aswad dan tawaf mengelilingi Ka’bah. Namun karena pekerjaan saya hanyalah seorang tukang sepatu saya hanya dapat mengumpulkan rezeki sedikit demi sedikit dan saya tabungkan hari demi hari.
Kemudian ia melanjutkan..
“Setelah sepuluh tahun menabung, pada suatu hari saya merasa bahwa duit itu sudah cukup untuk membawa saya pergi haji, dengan semangat yang berkobar kobar dan hati gembira teramat sangat ,saya ingin segera menyampaikan hasrat saya kepada isteri saya.Ketika itu isteri saya sedang hamil anak sulung . Namun baru saja saya sampai didepan pintu, isteri saya menyambut saya seraya berkata, “ Wahai suamiku syukurlah engkau sudah sampai. Dari tadi siang aku mencium bau masakan yang sangat lazat, pergillah mintakan sedikit untukku. Rasanya aku mengidam masakan itu. Cepatlah suamiku, aku sudah tidak sabar untuk menikmati masakan itu.
“ Permintaan isteri tercinta mengurangkan niat saya untuk bercerita tentang hasrat saya utk segera mengerjakan haji. Saya segera mengambil wadah dan keluar rumah mencari dimana bau masakan itu berasal. Hingga akhirnya saya sampai di rumah uzur . Saya mengetuk pintu dan mengucapkan salam setelah menunggu sejenak, keluarlah seorang anak perempuan yang berusia sekitar 15 tahun. Wajahnya pucat dan lemah. Saya agak ragu apakah benar ia yang memasak masakan itu.
“ Wa alaikum salam.Ada apa pakcik ?”, ia berkata dengan suara lemah .
Maka saya bercerita maksud saya mendatangi rumahnya, dan saya memohon padanya agar dapat memberi sedikit masakannya dan menggantinya dengan sedikit duit .
Gadis itu terdiam dan berlinang air mata sambil berkata, “ Maafkan saya, pakcik . Sebenarnya daging yang saya masak itu halal bagi kami tapi haram bagi pakcik .”
Saya langsung heran dan bertanya mengapa begitu ?
Lalu gadis itu kembali berkata, “ Pakcik di rumah ini ada tiga anak yatim piatu. Saya dan dua adik saya yg masih kecil. Sejak orang tua kami meninggal nasib kami sangat sengsara. Ini hari ketiga kami menahan lapar.Adik adik saya sudah tidak sanggup lagi menangis dan mereka sudah tidak bersuara karena kelaparan, saya kuatir mereka meninggal, dan saya pun keluar mencari cari kalau-kalau ada yang ingin bersedekah.
“ Setelah berjalan cukup lama dan tubuh saya lemah, tidak ada juga yang mau memberikan makanan untuk kami, dalam keadaan seperti itu saya melihat seekor bangkai unta di tepi jalan.Saya terpikir dari pada adik adik saya mati kelaparan maka saya ambil sebongkah daging bangkai itu dan itulah yang sekarang sedang saya masak, pakcik tentu tahu bagaimana hukumnya memakan daging bangkai, tapi bagi kami ini adalah makanan yang halal.”
Saat itu juga wadah yang saya bawa terjatuh, saya sungguh terkejut mendengar penderitaan gadis itu. Saya masuk ke rumah dan badan saya menggeletar menyaksikan dua anak kecil yang sedang memakan daging bangkai unta.
Saya peluk mereka dengan jiwa penuh penyesalan dan dosa. Saya tengadahkan wajah ke langit dengan mata tertutup seraya berkata, “ Ya Allah, sungguh zalim aku ya Allah. Tiga anak yatim piatu berjiran dengan ku tapi aku tidak pernah memperdulikan nasib mereka.
Saat itu juga saya berlari pulang, saya kumpulkan pundi pundi duit yang tadinya akan saya gunakan untuk berhaji. Saya bergegas pergi ke sebuah kedai untuk membeli sekarung gandum, kemudian saya pikul sendiri gandum itu menuju rumah anak anak yatim itu. Sesampainya disana saya serahkan gandum dan pundi pundi duit kepada tiga anak yatim itu seraya berkata kepada Allah, “ Allahumma, Hadza hajji, Allahumma, huna hajji”..( Ya Allah, inilah hajiku. Ya Allah, disinilah hajiku)..

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates