selalunya bila masuk sepuluh terakhir berpuasa
ramai yg akan berbicara mengenai malam lailatulqadar
islam itu indah seni dan dalam quran juga ALLAH swt banyak berkias dengan kita
supaya kita menghayati ayat2 ALLAH swt
barulah kita dapat memahami apa yg dimaksudkan oleh ALLAH kepada kita
untuk menghayati ayat2 ALLAH swt kita perlulah membersihkan hati kita dahulu daripada kekotoran
kerana nabi saw pun sentiasa istifar mahon ampun kepada ALLAH swt sekurang2nya 70kali sehari
bermakna ALLAH swt itu maha suci jadi jika kita nak dekatkan diri kepada ALLAH swt
kita haruslah berusaha membersikan hati kita
bagaimana nak bersihkan hati kita
perbanyakan lah mengingati ALLAH swt didalam hati
maka apabila kita mengahayati ayat2 quran barulah senang mendapat kefahaman dari ALLAH swt
al quran itu mulia disisi ALLAH swt
dan dalam setahun ada 12bulan
ALLAH swt memilih 1bulan sahaja daripada 12bulan iaitu bulan ramadhan untuk menurunkan al quran yg mulia
jadi kita ni dikalangan umat manusia seluruh pelusuk dunia
hendaklah berusaha bersungguh2 menghayati al quran tadabur al quran
amalkan dalam kehidupan seharian
kerana jika al quran itu turun dihati kita dikalangan berjuta2 umat manusia
bererti kita lah yg dapat kemulian disisi ALLAH swt bukan disisi makhluk atau disisi manusia
turunya al quran dihati itu bererti kita dapat memahami ayat2 ALLAH swt seiring dengan kehendak ALLAH swt dan RASULNYA muhammad saw dan mendapat petunjuk daripada ALLAH swt didalam menjalani kehidupan seharian dan kita tak lah hidup berlandas nafsu akal fikiran logik kita yg tah apa2
tapi pada hari ini semua orang tercari2 lailatulqadar
dengan berbagai2 persiapan seperti solat malam tadarus dan sebagainya
dan lagi satu masalah yg kita tak perasan
adakah kita merasai jika kita beribadah pada malam tersebut
tak ada maknanya jika kita tak merasai apa2
dan bukanlah sia2 pula ibadah pada malam tersebut jika tak merasai
umpama kita makan nasi ayam mesti kita merasai keenakan nasi ayam tersebut
dengan lembutnya ayam terasa hingga kedalam isi ayam
sedapnya nasi dengan wanginya
sedapnya sambal yg tak berapa pedas dan tak berapa manis
tetapi berapakah orang yg dapat merasai bila makan nasi ayam
banyak yg makan kunyah2 terus telan ja ,kenyang jugak tapi tak ada nikmat
jadi marilah kita sama2 menTAUHIDkan kembali ALLAH swt dihati kita
dengan perbanyakan mengingati ALLAH swt
wallahhualam
inshallah ...
0 comments:
Post a Comment