aku nak berkongsi satu kisah pada zaman dahulu
ada seorang budak yg sedang mencari guru untuk mendalami ilmu agama
sedang dia tercari2 disatu daerah ke satu daerah maka terjumpa lah dia dengan seorang pengembala
yg tinggal seorang diri dihujung kampung sedang bercakap cakap dengan binatang
terlintas dihati nya tentu orang ini tinggi ilmunya
lalu budak itu minta izin untuk menjadi anak murid
pengembala itu bersetuju mengambil budak itu menjadi anak muridnya
keesokan hari budak itu tertunggu2 apakah yg akan dia pelajari daripada gurunya itu
dia hanya melihat pengembala itu buang air besar dibawah pokok besar
itulah yg diulang2 pengembala tersebut setiap pagi
dan pada satu pagi sedang budak itu hendak menegur gurunya itu
dia melihat pengembala sedang menangis sambil melihat najis nya dibawah pokok besar
dia menjadi hairan kenapa pengembala itu menangis dihadapan najisnya
dia pun bertanya pada gurunya
dan pengembala itu berkata
ulat taik itu berkata kepada ku bahawa dia tak pernah mintak pada ALLAH swt supaya diubah tempat nya
ketempat yg lebih elok
dia tetap akan melaksanakan tugas yg ALLAH tetapkan padanya iaitu memproses taik
walaupun tugas itu kotor disisi manusia tetapi pada ulat itu tetap akan melaksanakan tugas yg diberikan ALLAH swt kepadanya tanpa menginkarinya
jadi setakat manakah taat dan patuh kita kepada ALLAH dan RASUL
adakah kita banyak inkar perintah dan rasul atau banyak patuh seperti ulat tersebut
maka marilah kita sama2 selaraskan kembali kehendak kita dengan kehendak ALLAH swt
barulah hidup mendapat rahmat dan redha dari ALLAH swt
wallahhualam ... inshallah
0 comments:
Post a Comment