Tuesday, 16 August 2011

0 dasar agama




aku selalu jugak mendengar ceramah2 agama tazkirah pasal mentauhidkan ALLAH swt
tetapi kebanyakan apa yg ustaz2 cerita tak sampai ,bagaimana nak laksanakanya
bukan la aku lebih handal dari ustaz2 diluar sana cuma pendapat aku setelah apa yg aku buat selama ni
aku percaya ramai yg tercari2 jalan kebenaran ...

ok kita kembali kepada sirah nabi saw secara ringkas dimana sebelum adanya perintah solat
agak2nya apa yg nabi saw ajarkan kepada org2 yg baru memeluk islam pada masa tu
dan selama 13tahun nabi saw di kota mekah berdakwah tanpa kena solat lagi

pekara ini lah yg kita pandang remeh sekarang ini iaitu TAUHID
mentauhidkan ALLAH swt dihati kita dengan meletakan kedudukan ALAH swt paling tinggi dalam hati kita
dengan sentiasa mengingati ALLAH swt
maksudnya cubalah kita latih berzikir didalam hati setiap masa dengan
-kalimah tauhid (laillah hail'lalallah muhammadarasullallah) 
-selawat keatas nabi saw
-istifar
disamping kita
-NIAT aku buat ni semua kerana nak dekatkan kepada ALLAH swt 
-YAKIN hanya ALLAH swt yg berkuasa keatas sesuatu 
-IKHLAS buatlah tanpa mengharapkan balasan

kerana pekara ini bukanlah satu pekara yg mudah
sebab itu nabi saw pun mengambil masa 13tahun untuk mentauhid kan sahabat2 dan orang2 islam pada masa tu
tetapi kita pada sekarang ini adakah kita fikirkan setakat manakah tauhid kita pada ALLAH swt

inilah dasar agama
kerana solat itu tiang agama
pernah  kita terpikir jika tiang ditegakan tinggi2 ,agak2nya terbalik tak jika tak periksa dasarnya
samalah dengan kita jika hanya solat tapi dasar agama tak ada ...
bila kena goda sikit ja mula lah goyang atau terus terbabas

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates