Thursday, 25 August 2011

0 mashaALLAH





ar rad-28 (yaitu) orang orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati ALLAH .ingat lah hanya dengan mengingati ALLAH lah hati menjadi tenteram




latar belakang aku agak teruk cuma mungkin dari dulu aku ni jenis yg ingat jugak solat
walaupun compang camping tak pernah lengkap 5waktu
macam budak2 lain jugak aku ni bila tiba musim perayaan
mesti nak dapatkan bekalan untuk layan pala secukupnya (benda2 khayal)
pada malam raya kami akan masuk 'port' dan 'cas' sambil lepak dgn kenkawan

ada kenkawan kata tak boleh solat kalau pala tengah penuh
tapi aku tak peduli aku solat jugak sebab pada aku itu antara aku dengan ALLAH swt
masa solat tu tau2 ja lah bukanya dapat tumpukan pada bacaan pun
hanya buat 13rukun solat ja yang penting pada aku ,aku buat daripada tak buat


masa aku mula berzikir dalam hati ketika tu sekitar bulan rejab 

bermakna dah dekat nak masuk ramadan 
sepanjang bulan rejab hingga ramadhan tu aku dah mula berjinak2 dgn solat malam 
puasa isnin kamis dan solat dhuha 
dalam masa yg sama aku masih tak tinggakan tabiat buruk aku ambil benda2 khayal
aku masih mencampur adukan antara nak mentauhidkan ALLAH swt dan nak berseronok dgn dunia


kerana aku bertanggapan pada masa tu jika aku beragama aku mesti berubah 
berubah dari segi penampilan 
berubah tak boleh berseronok lagi 
berubah dari berpakaian 
rupa rupanya aku tertipu dgn diri sendiri sebab dangkal ilmu agama 
aku tetap boleh berpakaian mcm biasa selagi menutup aurat 
aku boleh berseronok selagi tidak memalaikan terutamanya menunaikan solat 
dan aku tak payah lah berjubah 
semuanya terletak dihati rupanya 


bersambung pada kisah malam raya ...
jadi pada malamnya aku pun masuk la 'port' dgn kenkawan lepas solat teraweh 
macam biasa 'cas' habis habisan sebab malam tu malam raya 
kebetulan pulak ada kawan bawak stok banyak 
pergh apa lagi ,layan tak ingat 
tup tup kawan aku yg selalu bercerita pasal agama tu call ajak keluar ngeteh
aduh potong betol ...
dah tu siap ada kat depan rumah aku pulak 
aku pun dgn berat hati tinggalkan 'port'
kami ngeteh di pekan dgn kwn2 yg lama tak jumpa


dalam jam 2pagi mcm tu kwn aku hantar aku balik rumah 
macam biasa aku nak solat malam dulu sebelum tidur 
siap semua dah wuduk dan tukar pakaiaan aku pun solat lah
selesai ja solat malam tima aku nak tidur 
tiba2 aku jadi berdebar2 
aku hairan yg amat sangat kerana selalunya bila pala penuh senang nak tidur 
kali ni memang lain sangat 
lepas tu aku mula rasa goncangan yg amat kuat 
bukan rumah aku bergoncang tapi dalaman aku yg bergoncang 
bergoncang macam kita melompat tapi didalam
aku cemas tak tau nak buat apa 
dan terlintas dihati aku 


rasanya dah tiba masanya aku tinggalkan benda2 khayal ni semua 
kerana kununnya aku mencari ketenangan dgn mengambil benda2 khayal 
pada hal itu semua ketenangan duniawi yg bersifat sementara 
dan aku tak perasan sebernanya aku dah mula merasai ketenangan yg di kurniakan oleh ALLAH swt 


hingga selesai solat subuh baru aku dapat tidur 
mashaallah aku tak tau nak buat apa sepanjang digoncang 
daripada lepas solat malam dalam jam 3pagi hingga selesai solat subuh
aku hanya istifar pada ALLAH swt  

  
   

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates