Tuesday, 23 August 2011

1 bagaimana bermula





dulu aku kerja selalu 'outstation' jadi keraplah singgah di R&R lebuhraya atau surau2 untuk solat dan sebagainya
selalunya bila 'time' solat ja aku suka 'join' kalau ada yg sedang solat berjemaah
masalahnya aku ni tak tahu mcm mana solat jamak
kerap aku kena 'join' dgn jemaah yg sedang solat jamak
bila dia org habis dua rakaat zohor atau asar ,mula la aku terpinga2
nak teruskan atau sambung lagi dua rakaat atau berhenti ikut dia org
selalunya aku akan terus sambung solat mcm biasa
tapi aku rasa tak puas hati
sebab tak boleh sama2 berjemaah dgn dia org

satu hari tu aku balik kampung dan aku memang dah bertekad nak tanya kawan aku
dulu dia pun malaun mcm aku gak
tapi dia dah mula berubah yg aku perasan dia banyak cenderung kpd agama
biasa la kita ni bila dah berumur sikit mesti la malu kalau nak pi masjid atau pejabat agama nak tanya pasal  agama
jadi aku ambil kesempatan tanya kawan aku soalan2 agama
terutamanya pasal solat jamak
dia pun terangkan pada aku satu persatu

alhamdulillah aku mula paham pasal solat jamak
dan aku mula praktikan bila 'outstation'
jadi kami selalu berhubung selepas peristiwa tanya menanya
selang seminggu aku jumpa lagi kawan aku tu
kerana kali ni 'site' kerja aku dekat dgn kampung aku
jadi tiap2 minggu la aku balik kampung
pada minggu kedua kawan aku tu banyak cita pasal solat (tiang agama)
lagi pun aku pada masa tu bukanya jaga sangat solat
time ok solat la time sibuk sikit terus tinggal

minggu ketiga kawan aku banyak sampaikan mengenai zikir atau mengingati ALLAH didalam hati
kerana itu lah dasar agama
aku hanya dengar ja masa tu
dia suruh la aku jaga zikir kalimah tauhid (la'illah ha'illallah muhammadarasullallah)
masa tu aku bukanya tahu apa itu kalimah tauhid
dia juga suruh aku jaga selawat keatas baginda nabi saw
dan istifar
aku tak buat pun lepas dia cita tu cuma aku suruh dia tulis sebab aku tak ingat zikir2 tu

minggu seterusnya mcm biasa bila balik kampung aku aku mesti jumpa kawan aku tu untuk sembang pasal agama
dan memang nak dijadikan cerita
supervisor aku tu jenis yg tak 'friendly' banyak diam n 'moody'
jadi masa 'on the way' nak ke tempat keja diatas jambatan pulau pinang
aku dok termenung tengok laut sebab jalan jem dan dengan malas aku nak layan 'moody' supervisor aku tu
aku terlintas "daripada aku dok termenung pikir yg bukan2 baik aku zikir dalam hati"
maka ketika saat itu lah bermulanya zikir aku didalam hati
mula2 tu boring gak sebab asyik ulang2 zikir kan
tapi sebab malas nak melayan si 'moody' aku teruskan ja sampai ke petang
pas tu aku mula zikir bila boring ,kalau time aku sibuk aku terlupa nak zikir
lama kelamaan aku dah mula jadi seronok dan aku dah mula zikir setiap masa

hingga aku balik ke kuala lumpur ada seorang aku bagi hadis qudsi
bila aku mula membaca hadis qudsi tersebut barulah aku mula paham
wallahhualam
inshallah


1 comments:

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates