Wednesday, 31 August 2011

1 ini lah yg kita tak tahu






astafirullah halazim ...rupanya rupanya aku ni dalam keadaan riak yg teramat sgt
jika seorang artis berjalan dipasaraya tentulah ramai org yg kenal denganya
dan jika artis itu memakai barang2 yg 'branded' pun tentu berbaloi dengan pendapatanya

masalahnya sekarang aku ni hanya orang awam yg biasa ja
pendapatan pun tak la seberapa tapi cukup la hidup di kotaraya
oleh kerana hidup berlandaskan nafsu dan akal logik
tidak berpegang kepada al quran dan hadis
tetapi beranggapan sudah ok dengan pengetahuan agama yg ada

maka hala tuju aku semuanya kearah barang2 yg mahal dan minat kepada sukan yg mahal juga
aku masih bujang ketika tu jadi barang2 dapur aku pun semuanya yg berjenama juga
aku tak pernah beli barang2 tiruan atau tak ori
sebab nak jaga standart
seluar kalu levi's mesti cecah rm200
baju pun ada yg cecah rm100 baru t shirt
jam tangan 3-4ribu
kasut 6-700rm
tali pinggang pun mesti cecah rm200
hinggakan stoking pun 'branded'

kalau nak ikutkan kemampuan memang la aku tak terbeli barang2 tu semua
tapi aku beli dengan kredit kad
'biar papa asal bergaya'
disinilah salahnya kerana nak penuhkan kehendak nafsu aku sanggup berhutang

dan masalah lagi besar ialah apabila aku berjalan dipasaraya atau tempat ramai orang
aku menjadi riak kerana beranggapan orang melihat aku
kerana aku memakai pakaiaan yg mahal jam tangan 4-5ribu
padahal orang sekeliling bukanya kenal aku pun
tetapi disebabkan oleh dangkal ilmu agama
aku seronok dengan bisikan dalaman yg memberitahu bahawa
'ha tengok orang sedang tengok kau sebab kau pakai barang2 yg mahal'
aku tak kenal pun suara yg bisik tu tapi aku ikut ja sebab dah terbisa dari dulu

dan didalam diri kita ada yg hak dan yg batil
ini lah yg kita tak tahu
dan kita ikut ja semberono
sebab tu kita kena mengingati ALLAH swt setiap masa didalam hati
apabila kita istifar
bererti kita memohon taubat kepada ALLAH secara tak langsung hati kita juga dibersihkan
daripada hijab2 kesalahan kita yg lalu
ertinya bila hati kotor dan kita tak mengingati ALLAH swt setiap masa
yg selalu berbisik didalam diri kita tu tentu lah yg batil atau nama lain nafsu umarah yg selalu mengajak kita engkar kepada ALLAH dan RASUL

1 comments:

  1. diri ini pun selalu, dah bertekad untuk tak mahu melupakan-Nya walaupun satu saat. tapi kadang-kadang lupa dan lalai:(

    ReplyDelete

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates