Friday, 2 September 2011

0 macam ni ka merdeka






aku normal mcm org lain jugak
ada awek
'clubbing'
tengok wayang
bersosial ikut keadaan semasa ...

dulu aku bertanggapan jika kerajaan diterajui oleh pas
habis semua aktiviti sosial aku dah tak boleh diteruskan lagi
sebab kerajaan dibawah pemerintahan pas akan melaksanakan pemerintahan berlandasankan agama
atau mengikut hukum dalam al quran
jadi itu semua akan membuatkan aku tak boleh lagi berseronok dan berfoya2 dengan bebas mengikut kehendak aku yg jahil agama
kerana pada aku apa yg ada sekarang dibawah pemerintahan kerajaan sekarang adalah cukup sempurna dan aman damai
tetapi sebernanya kita satu negara sedang hidup dalam kemungkaran iaitu tenang dalam murka ALLAH swt

terus terang aku katakan dulu aku menyokong kerajaan sekarang ini kerana jahil tidak beragama
alhamdulilah sekarang setelah aku mula mengenal agama ALLAH swt
aku mula nampak siapakah yg sepatutnya kita sokong untuk terajui negara kita yg dicintai
kerana pada aku senang aja
jika parti apa pun yg betul2 nak menegakkan agama ALLAH swt
parti itu lah yg patut disokong
tak kira la pas atau pun umno
yg penting ialah sungguh2 nak tegakkan hukum ALLAH swt dalam pemerintahan
bukannya nak cari keuntungan daripada kedudukan yg ada

dan aku percaya sebernanya yg lain2 diluar sana pun mcm aku jugak
sebernanya terpedaya dengan dakyah diri  sendiri sebab tidak benar2 mentauhidkan ALLAH swt didalam hati
jadi sebernanya marilah kita semua kembali mentauhidkan ALLAH swt dihati kita
wallahhualam
inshaallah

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates