Sunday, 4 September 2011

1 agaknya





agaknya memang sifat semula jadi manusia suka berlumba dan tak suka mengalah
kerana aku dulu ada empat kad kredit
dan kami berlumba antara kawan2 sekerja siapa yang paling banyak dapat memiliki kad kredit
ada kawan aku memiliki sampai enam kad kredit
aku dah kalah la sebab tak layak sebenarnya
tapi yang best nya semua berlumba swipe sampai maksimum
aku punya kad semuanya cecah maksimum
yang lain2 tu wallah hualam

lepas tu apa lagi tiap2 ujung bulan layan bayar minimum payment la
dan lepas tu swipe semula
jawabnya sampai bila pun tak habis bayar

pada mulanya aku bangga kerana memiliki banyak kad kredit
kononya banyak duit la
tetapi hakikatnya aku berhutang
dan akhirnya aku dirundung masalah kewangan

kerana aku tak kawin lagi masa tu
mana nak simpan duit untuk kawin lagi mana nak jelaskan hutang kad kredit tiap2 bulan
cuba kira ,minimum payment untuk 1kad dalam 250 dan darab la dengan empat
masa tu aku nampak memang tak kawin la aku

tetapi tu lah dia jika ALLAH swt tunjukkan jalan
aku tukar tempat kerja dan aku mulakan hidup baru
hidup dalam kesederhanaan
beli apa yang betul2 perlu aja
dan sebernanya tempat kerja aku yang baru tu tawarkan aku gaji bukanlah setanding gaji tempat lama
tetapi tu lah dia yang dikatakan barakah
sedikit demi sedikit aku dapat selesaikan hutang kad kredit
dalam aku menyelesaikan hutang kad kredit tu aku dapat melangsungkan perkahwinan lagi
sebenarnya aku macam tak percaya yang aku dapat berkahwin dengan keadaan kewangan aku ketika itu
kerana gaji aku hanya cukup2 aja
cuma sewa rumah aku tak payah bayar

aku macam biasa menjaga solat fardu
tetapi aku tidak pernah tinggalkan ibadah2 sunat
seperti puasa isnin khamis
solat dhuha dan solat malam
dan yang paling penting aku rasa ialah selalu menghayati ayat2 al quran nur karim
dan aku akan cuba amalkan didalam kehidupan aku
apa yang aku paham daripada penghayatan al quran

aku yakin sangat jika kita menunaikan hak2 ALLAH swt
nescaya ALLAH swt akan tunaikan pula hak2 kita
tetapi ingatlah tunaikanlah atas dasar keikhlasan
mengharapkan rahmat dan redha dari ALLAH swt semata2

wallahhualam
inshaallah ...

1 comments:

  1. Teringat kata bonda.. dunia ni kalu dikejar ia akan lari.. kalu mencari akhirat..pasti jumpa dan dunia akan mengikut kita pula..

    ReplyDelete

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates