Wednesday, 21 September 2011

0 mesti tentang





mesti ramai yang dah habis puasa enam atau masih berbaki satu dua hari lagi
tak kisah ,yang penting buat daripada tak buat
samada terus daripada 2syawal atau selang selang disepanjang bulan syawal ni

apa yang aku rasa selepas habis puasa enam ialah
aku mudah sangat digoda oleh nafsu dan mudah sangat mengikutnya tanpa berpikir panjang
huh !
tetapi apabila tiba hari isnin aku berpuasa sunat semula
alhamdulilah ...aku dapat rasa perbezaan
nafsu yang menggoda tu agak kurang dan aku pun tak mahu mengikut ajakkanya

kalau tak ,apa yang diajak oleh bisikan dalaman
aku senang senang ja mengikut
terutamanya melihat wanita seksi
aku dengan bernafsu akan melayan nafsu mata tanpa rasa bersalah dan takut pada ALLAH swt
dan bila tiba waktu solat
aku akan menangguhkan hingga ujung waktu
begitu juga dengan solat malam
macam macam dibisiknya supaya aku terus tidur
kebiasaan aku solat sunat taubat ,hajat dan witir
tetapi dalaman aku selalu bisik supaya aku leka dengan internet
dan apabila dah lewat malam dia bisik lagi
nanti solat la taubat dulu sebab kau banyak dosa jangan la solat witir ja
dan mesti solat hajat jugak sebab macam macam yang kau nak daripada ALLAH

padahal yang penting ialah ikhlas dan istiqomah
jadi nafsu sentiasa bisik supaya aku rasa beban dengan solat malam
hingga hilang rasa seronok bersolat

akhirnya aku solat malam ikut kemampuan
jangan dilayan bisikan dalaman tu
betulkan niat semula
yang penting buat daripada tak buat

maka benarlah nafsu umarah akan menjadi lemah apabila kita berpuasa
tetapi harus ingat
hanya dengan keikhlasan baru ada perlindungan daripada ALLAH swt

p/s klik mencari kebenaran pada blog wartamaya untuk post baru ,
jangan klik pada tajuk post ,ada masalah trafik tajuk post tidak bertukar

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates