Tuesday, 27 September 2011

0 jangan sesekali engkar





Siapa Yang Dibangkitkan Seperti Babi Hutan Yang Hitam?

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W. sedang duduk bersama dengan para sahabat, kemudian datang seorang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W. melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata: "Wahai orang pemuda, kenapa kamu menangis?"

Orang muda itu berkata: "Ya Rasulullah, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada pula orang yang hendak memandikannya."

Lalu Rasulullah S.A.W. memerintahkan Abu Bakar dan Umar ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah sampai di rumah orang itu maka Abu Bakar dan Umar mendapati ayah orang muda itu bertukar rupa menjadi babi hutan yang hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu Rasulullah S.A.W.: "Ya Rasulullah, kami lihat mayat orang ini bertukar menjadi seperti babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda itu dan baginda berdoa kepada Allah S.W.T. kemudian mayat itu bertukar menjadi seperti manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat tersebut hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W. bertanya kepada pemuda itu: "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu di dunia dulu?"

Orang muda itu berkata: "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."
Kemudian Rasulullah S.A.W. berkata: "Wahai sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan solat. Pada hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T. seperti babi hutan yang hitam."


Siapa Yang Akan Diseksa dengan Ular Membelit Badan Sehingga Hari Kiamat?

Pada zaman Abu Bakar r.a. ada seorang lelaki yang meninggal dunia, sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba-tiba kain kafan mayat itu bergerak-gerak. Apabila mereka buka kain kafan itu mereka lihat ada seekor ular sedang membelit mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka hendak membunuh ular itu maka ular itu berkata: "Laa ilaah illallahu Muhammmadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T. yang memerintahkan kepadaku supaya menyiksanya sehingga hari Kiamat."

Lalu para sahabat bertanya: "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Ular itu berkata: "Dia telah melakukan tiga kesalahan antaranya Apabila dia mendengar azan dia tidak mahu datang untuk solat berjamaah, Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya dan dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama’, maka inilah balasannya."

p/s maaf lah kerana asyik copy paste ja entri ,aku sibuk luar biasa akhir akhir ni tak sempat nak berkarya

macam biasa sila klik pada nama blog untuk post baru di blog wartamaya
jangan klik pada tajuk post kerana terdapat masalah trafik

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates