Monday, 12 September 2011

0 jika bersungguh pasti bertemu







Salman al-Farisi berasal daripada Isfahan & warga kampung bernama ‘Ji’. Bapanya seorang ketua kampung & sangat menyayangi anaknya, Salman, seperti menatang minyak yang penuh. Salman mencurahkan baktinya dalam agama Majusi dgn tugasan menjaga nyalaan api agar tidak terpadam. Bapanya memiliki sebidang tanah, lalu suatu hari Salman disuruh pergi ke sana.

Dalam perjalanan, Salman melewati sebuah gereja Nasrani(Kristian) & tertarik dgn cara mereka beribadah lantas terdetik hatinya bahawa agama Nasrani yg berasal dari Syria ini lebih baik drpd agamanya, Majusi.

Tatkala Salman pulang, kemudian bertemu bapanya lalu mereka berkonflik setelah menyatakan apa yg difikirkan mengenai agama Nasrani itu. Akibat drpd itu, dia dikurung & dirantai. Sempat dia mengirim berita kpd org Nasrani utk menghebahkan anutannya dlm agama mereka & jikalau terdapat rombongan dr Syria, diminta beritahunya sebelum mereka kembali kerana Salman ingin ikut bersama.

Permintaan itu terkabul, lalu dia berjaya melepaskan diri & menuju ke Syria.

Di Syria, dia bertanyakan jika ada seorag ahli dlm bidang agama Nasrani, didapatinya & tinggallah Salman bersamanya( Biskop gereja ).

Biskop itu tidak baik dlm agamanya kerana mengumpul sedekah orang ramai & menggunakannya utk tujuan peribadi.

Selepas Biskop itu meninggal dunia, dia diganti oleh Biskop yg baru & lebih baik agamanya sehingga Salman sgt menyayanginya.

Tibalah masa Biskop yg baik itu meninggal dunia. Ketika dia sdg nazak, Salman bertanyakan hajatnya utk mendampingi ahli agama sepertinya selepas peninggalannya.

Lalu dicadangkan bertemu dgn ahli agama seperti biskop tersebut di Mosul & tinggal sehingga waktu yg dikehendaki Allah subhanahu wa taa’la.

Seperti biasa atas takdir Allah subhanahu wa taa’la, Salman terpaksa berulang mencari ahli agama utk didampingi & diketemukannya di Nashibin, kemudian selepas itu di A’muria (wilayah Rom).

Ketika di A’muria, sebelum ahli agama menemui ajal, dia memberi wasiat kpd Salman utk kpd siapa harus dia temui selepas dirinya, ujarnya :

” Anakku! Tiada seorg pun yg ku kenal serupa dgn kita keadaannya & dpt kupercayakan engkau padanya. Tetapi skrg telah dekat datangnya masa kebangkitan seorang nabi yg mengikuti agama Ibrahim secara murni. Dia nanti akan berhijrah ke suatu tempat yang ditumbuhi kurma & terletak di antara 2 bidang tanah berbatu-bata hitam. Seandainya engkau dpt pergi ke sana, temuilah dia! Dia mempunyai tanda-tanda yg jelas iaitu, dia tidak mahu makan makanan sedekah; sebaliknya bersedia menerima hadiah; dan di bahunya terdapat cap kenabian yang bila engkau melihatnya, segeralah engkau mengenalinya. “

Suatu hari, Salman bertemu satu rombongan dari Jazirah Arab, lalu dia memberi cadangan agar membawanya ke negeri mereka sebgai tukaran sapi-sapi & kambing-kambing yg dia perolehi, dan mereka bersetuju.

Perjalanan dimulai & tibalah di sebuah negeri bernama Wadil Qura. Tetapi Salman dianiaya & dijual kpd seorg Yahudi, Salman menjadi hamba.

Si Yahudi tersebut kemudian menjualnya kpd seorg Yahudi drpd bani Quraidhah, kemudian dibawanya ke Yathrib. Apabila sampai lantas Salman yakin bahawa itulah negeri yg telah diberitahukannya sbg tmpt seorg nabi akan berhijrah.

Salman tinggal sebagai seorg hamba & bekerja di kebun kurma bani Quraidhah.

Suatu hari, dtg seorang saudara sepupu tuan Salman memberitahu kehadiran seorg lelaki di Quba & mengaku sbg nabi kpd tuannya.

Mendengar perbualan itu, Salman berada di puncak pokok kurma bergetar tubuhnya bagai bergoncang pokok kurma & hampir jatuh ke atas tuannya yg berada di bawah.

Lalu Salman bertanyakan kpd lelaki Yahudi perihal lelaki yg mengakui sbg nabi, tetapi dia dipukul oleh tuannya krn bukanlah kedudukan Salman utk bertanyakan perihal itu.

Ketika hari petang, Salman mengumpul makanan yg dia miliki & segera ke rombongan Rasulullah salallahu a’laihi wa salam di Quba.

Dipelawakan makanan tersebut kepada Baginda salallahu a’laihi wa salam & sahabat2 sbg sedekah, namun yg memakan makanan tersebut hanya sahabat Baginda salallahu a’laihi wa salam sahaja.

Pada keesokan hari, Salman kembali kpd Rasulullah salallahu a’laihi wa salam & sahabat2 dgn sejumlah makanan atas dasar hadiah, ketika ini makanan dimakan oleh Baginda salallahu a’laihi wa salam & para sahabat.

Kedua-dua tanda ini membawa satu kepastian bahawa benarlah lelaki itu adalah seorang nabi kecuali tanda yang ketiga.

Tidak beberapa lama selepas itu, Salman mencari Rasulullah salallahu a’laihi wa salam & mendapatinya di Baqi’ sdg mengiringi jenazah & dikelilingi para sahabat. Baginda salallahu a’laihi wa salam ketika itu memakai 2 lembar kain lebar, 1 sbg sarung & 1 lagi sbg baju.

Salman bertemu baginda & ditoleh-tolehnya agar dapat melihat sesuatu yg dicarinya.

Nabi salallahu a’laihi wa salam memahami pencarian Salman lalu menyingkap kain burdah dari lehernya sehingga ternampak pada bahunya tanda yang dicari oleh Salman, cap kenabian.

Selepas terbukti ketiga-tiga tanda itu, Salman terus meratap & mencium Baginda salallahu a’laihi wa salam sambil menangis. Lalu, Salman menceritakan kisahnya dari awal kepada Baginda salallahu a’laihi wa salam, maka Islam-lah Salman akhirnya.

p/s sila klik pada mencari kebenaran ,untuk post baru di blog wartamaya jgn klik pada tajuk post ,ada masalah trafik kerana link banyak

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates