Monday, 19 September 2011

0 berterus terang





menceritakan tentang sejarah perancangan Rom dan Parsi untuk menyerang Madinah. Apabila Rasulullah saw mendapat berita tentang perancangan tersebut, Baginda memutuskan untuk tidak berperang dalam Kota Madinah. Pada waktu itu, Madinah sedang berada dalam musim menuai kurma. Namun Rasulullah saw mengarahkan sahabat-sahabat Baginda pergi keluar berperang dan meninggalkan hasil kurma.

Salah seorang daripada sahabat yang sangat disayangi oleh Baginda iaitu Ka’ab ibn Malik tidak bersetuju dengan arahan tersebut dan mencadangkan supaya diberi masa menunggu sehinga kurma matang dan dapat dikutip hasilnya. Rasulullah saw dan para sahabat sudah berangkat ke medan, sedangkan Ka’ab masih berada di rumah walaupun dia merupakan seorang lelaki yang muda lagi gagah dan memiliki 2 ekor kuda dan semua kelengkapan perang.

Apabila angkatan yang dipimpin Rasulullah saw itu tiba di Tabuk (Jordan,) Baginda saw bertanya di manakah Ka’ab. Ada dari kalangan para sahabat yang mengatakan bahawa Ka’ab sedang bersama orang-orang munafik. Ada dari kalangan para sahabat yang lain tidak percaya kepada hal tersebut kerana apa yang mereka tahu tentang Ka’ab ialah perkara-perkara yang baik-baik sahaja.

Apabila Rasulullah saw dan para sahabat pulang dari peperangan, mereka yang ditinggalkan di Madinah mula memberi alasan mengapa tidak menyertai Rasulullah saw. Antara lain, orang-orang Yahudi memberikan alasan bahawa mereka tidak tahan melihat kecantikan wanita-wanita Rom, jadi mereka harus menguzurkan diri.

Bagi Ka’ab, walaupun dia merupakan seorang yang sangat bijak mengada-adakan cerita, dia faham sekiranya dia berbohong akhirnya Allah akan membongkarkan juga cerita sebenar. Apabila Rasulullah saw bertanya kenapa dia tidak pergi berperang, Ka’ab menjawab, “sekiranya aku berbohong kepadamu, maka Allah akan mendedahkan perkara yang sebenar. Aku tidak ada apa-apa keuzuran.” Mendengar alasan Ka’ab itu, Rasulullah menjawab, “inilah jawapan yang sebenarnya.”

Berikutan kesalahannya itu, semua para sabahat telah memulau Ka’ab ibn Malik. Melihat musibah Ka’ab itu, satu kabilah Arab bernama Qasasil telah menghantar surat kepada beliau, menghasut dengan bertanya kenapa Ka’ab masih beserta dengan golongan yang sudah tidak suka kepadanya. Malahan kabilah itu juga memberi tawaran bahawa sekiranya Ka’ab menyertai mereka, beliau akan dimuliakan.

Ka’ab berasa sangat marah dan terus membakar surat itu. Beliau dipulaukan selama 50 hari, dan sepanjang tempoh itu dia menangis. Kehidupannya dirasakan sangat sempit, sehingga turunlah ayat terakhir dari surah at-Taubah yang mengatakan bahawa Allah telah mengampunkan dosanya. Allah juga telah mengampunkan dosa orang-orang Ansar dan Muhajirin beserta 3 orang yang tidak pergi berperang.

Selepas turun ayat tersebut, datanglah seorang sahabat kepada Ka’ab dan mengatakan, “bergembiralah wahai Ka’ab!” Apabila mendengar berita yang disampaikan itu, Ka’ab terus memberikan jubah yang dipakainya kepada sahabat tersebut dan bergegas ke masjid untuk berjumpa Rasulullah saw. Apabila beliau sampai, Rasulullah tersenyum dan membacakan ayat terakhir surah at-Taubah itu.

Daripada sejarah tersebut,menjelaskan bahawa apa yang berlaku kepada Ka’ab merupakan satu manifestasi seseorang yang melakukan dosa. Orang yang melakukan dosa perlu berusaha untuk memohon keampuan dari Allah. Tiada kegembiraan yang paling tinggi melainkan mendapat rahmat Allah. Untuk mendapat rahmat Allah, sesorang perlu bersungguh-sungguh dalam taubatnya.

Setiap anak Adam berbuat salah, sebaik-baik orang yang berbuat salah ialah mereka yang bertaubat.

“Kita manusia tidak asing daripada maksiat. Maksiat-maksiat itu tidak sedikitpun mengganggu kehebatan Allah swt, tetapi maksiat itu sebenarnya mengganggu kita sebagai manusia,” sifat Allah swt yang sentiasa mengampunkan hamba-hambaNya yang berbuat maksiat.

Hati orang mukmin sebenarnya dapat membezakan di antara kebaikan dan kejahatan, di mana seseorang itu akan merasa lapang dan gembira apabila melakukan kebaikan dan sebaliknya merasa sempit dan sedih apabila melakukan maksiat. Walaupun Allah sentiasa membuka pintu keampunan, setiap orang mukmin harus merasa parah dengan kemaksiatan dan gembira dengan kebaikan

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates