Thursday, 15 September 2011

0 bagaimana dengan kita ?





Kisah ini berlaku pada Tha'labah bin Abd. Rahman. Suatu hari dia terpadang aurat anak perempuan sahabat yang lain dengan pandangan yang agak lama. Dia terasa pandangannya itu salah dan menyesal. Lalu dia tinggalkan Kota Madinah dan pergi ke kawasan pergunungan yang terpencil untuk bermunajat kepada-Nya memohon keampunan. Apabila Rasulullah s.a.w. tahu, baginda menghantar Sayidina Umar dan Salman untuk mencarinya. Ketika ditemui, Tha'labah sedang berlari anak seperti orang gila sambil berkata dan menangis "Ya Allah, aku menyesal, ampunilah aku". Sayidina Umar dan Salman mengajaknya pulang ke Madinah tetapi dia enggan.

Katanya, "aku tidak mahu pulang ke Madinah kerana aku orang yang bersalah" diulangnya pekataan itu sambil menangis hiba. Bila disebut itu adalah permintaan Nabi, dia tidak lagi membantah. Dalam perjalanan pulang, dia yang semakin uzur itu semakin lama semakin terkebelakang dari Sayidina Umar dan Salman.

Apabila ditanya, kenapa lambat, dia menjawab "aku orang yang bersalah, tidak layak berjalan bersama kalian orang yang baik-baik". Mereka bertiga terus menangis. Ketika sampai di Masjid Madinah, Nabi sedang mengimamkan solat Isyak. Sayidina Umar dan Salman terus mengikut Nabi bersolat. Tha'labah, apabila terdengar suara nabi membaca Al-Quran terus jatuh pengsan. Selesai bersolat, Nabi terus mendapat kan Tha'labah dan terus dibawa ke rumahnya dalam keadaannya yang semakin lemah dan uzur.

Pada hari yang lain, Nabi pergi menziarahinya. Nabi meletakkan kepala Tha'labah keatas ribanya. Bila Tha'labah merasakan kepalanya di letakkan di atas riba Nabi, dia cepat-cepat menurunkannya semula. Lalu Nabi bertanya "Tha'labah, engkau tidak sukakah meletakkan kepalamu di atas riba Nabimu? Tha'labah dengan penuh hiba dan sayu berkata "Bukan aku tak mahu ya rasulullah, tapi diriku yang banyak salah ini tak layak meletakkan kepalaku di ribamu."

"Habis, apa yang engkau mahu?" tanya Nabi. Tha'labah menjawab "aku tidak mahu yang lain ya Rasulullah. Aku mahukan keampunan Allah, Tuhan sekalian alam".

Ketika itu datang Jibril membawa berita dan nabi menjawab "Wahai Tha'labah, telah datang perkhabaran dari-Nya, kiranya dosa dan kesalahanmu memenuhi langit dan bumi ini, maka keampunan Allah juga memenuhi langit dan bumi ini". Terdengar sahaja perkhabaran itu, terkeluarlah dari mulut Tha'labah, "Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar". Pulanglah Tha'labah kepada Tuhan-Nya dalam keadaan tenang disisi Nabinya.

Semasa jenazahnya dibawa kekubur, Nabi berjalan terhoyong-hayang, seolah-olah mengelak sesuatu. Apabila ditanya oleh para sahabat, baginda menyatakan bahawa dia mengelak dari terpijak dan terlanggar jutaan malaikat yang turun sama menghantar jenazah Tha'labah. Allahu akbar....

Lihatlah pada Tha'labah, 'apalah' salah dia? hanya terlihat aurat seorang perempuan. Bagaimana dia mencari keredhaan, kasih-sayang dari-Nya? sedarlah. Bagaimana dengan diri kita yang sentiasa penuh dengan dosa yang tidak terkira, kecil atau besar. Tapi apakah penyesalan telah wujud di hati. apakah yang telah dilakukan demi menebus kesalahan2 itu. Insaflah diri.

0 comments:

Post a Comment

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun. (Al-Israa' 17:44)

aku adalah sepertimana sangkaan hambaku dan aku bersama denganya ketika ia mengingati aku .jika ia ingat kepada aku di dalam hatinya ,aku ingat kepadanya di dalam hati ku .dan jika ia ingat kepada ku di khalayak ramai ,nescaya aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai yang lebih baik .dan jika ia mendekati kepada ku sejengkal ,aku pun mendekatinya sehasta .dan jika ia mendekati ku sehasta ,nescaya aku mendekatinya sedepa .dan jika ia datang kepada ku berjalan ,maka aku datang kepadanya sambil berlari
(hadis qudsi riwayat syaikhan dan tarmizi dari abu hurairah ra)

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.(Ar-Ra'd 13:28)

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(Al-Baqarah 2:152)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts

 

mencari kebenaran Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates